Followers

5 Nov 2012

PERKARA KECIL YANG MEROSAKKAN MOOD SEHARIAN

Korang pun sure selalu je mengalami situasi yg mencacatkan mood kan? Selalunya bila mood tercalar ni yg paling diperlukan ialah 'sesuatu' yg boleh mengembalikan mood bergantung kepada jenis situasi tu. 
So tadi, time aku tetengah dok masak, aku terpikir la nak wat satu entri yg bertajuk :
ANTARA PERKARA YG BOLEH MENCACATKAN MOOD DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN.






Tetengah berkobar nak dating, pastu pasangan dating datang lambat. 
Ini tidak tertakluk kepada yang tak kawin lagi. Kamu ingat, kalu dah kawin perkara lambat show up ketika acara dating tidak berlaku? No NO NO..... Salah tanggapan tu. Ianya tetap berlaku jugak!
 Kita ni bersiap punya la ayu, wangi-wangi, tunggu si teman tu datang. Sampai masam ketiak , baru le datang si pakwe. Wahh...~ Musti mood kantoi kn? Lagi pulak kalu pakwe tu datang serabai je, tak sepadan dengan kita yg bersiap bagai artis nak gi red carpet! 
Cara megembalikan mood yg hilang : Berleter sehingga pakwe menghadiahkan anda seutas jam tangan Fossil. TAkpun, sebekas Ferrero Rocher saiz L.  Bunga? Bunga lawang tak boleh. 


Time nak gi keje atau nak kuar somewhere, anak berak. 
HAaa.. ni selalu berlaku kepada aku, especially time aku dah lambat atau dekat-dekat nak lambat. Udah sesiap wangi-wangi, nak kuar tetiba Oni cakap "Ibu... Saya telah berak." Dan bukan itu sahaja ye puan-puan. Wawan pun turut serta berak bersama kakak beliau. Oh my children!

Cara mengembalikan mood yang hilang: Kuatkan semangat. Gi basuh berak dan basuh tangan bagi wangi. Setelah anak-anak siap, grab a chocolate dalam peti ais, dan makan sambil menuju ke kereta. 


Barang takde bila nak masak.
Dulu, masa berjiran ngan Cik Puan Bidan dan Illa Seman, saya jarang mengalami masalah di atas. Ini kerana, bila bahan dapo takde je, aku terus melangkah kaki keluar ke rumah mereka yang jaraknya hanya sekentut jer untuk merembat bahan yg ado di dapo mereka pula. 
Tetapi setelah berpindah kini, tiada lagi jiran sebegitu. Ihikk~ MAlulah nak pinjam jiran sebab jiran-jiran suma tak sebaya dengan aku. Kang kalu aku pinjam kang, kna berleter. Diorang sebaya ngan mak saya. Tu yg sonok dok sini. Terasa muda! 

Tetengah siok nak masak sup untuk mee sup hari ini, tetiba lobak masin takde. Dan ramuan paling penting jugak takde iaitu SUP BUNJUT. Oh, memang begitu merosakkan mood. Dan ketika itu tiada sapa pulak di rumah untuk aku perintahkan gi kedai. Bila jadi camni ,kalau anda jenis yang cepat berpaling tadah dengan misi, mungkin takjadi le mee sup tu. TApi, sebab aku nak makan sangat mee tu, kena la mencari jalan agar misi mee sup menjadik!

Cara mengatasi : 
1) Takyah masak. Terus telepon dominos soh hantaq lunch. 
2) Start moto gi beli sendiri la bahan yg takde tu. JAngan lupa tutup api dapoq dulu no.....     
 



Tetiba rasa nak memerut bila sedang menanti giliran di bank. 
AHahhahaaa... sapa penah rasa nak terberak bila dok di bank? Dan sapa yg dapat guna tandas kat bank? HEee..... Rasa hampeh kan? Sama jugak situasinya di pejabat pos. Kalau pejabat pos tu takde tandas untuk kastemer, memang sangat 'menyakit'kan. Makbed suka gi pejabat pos dalam supomarket. Sejuk dan tandas memang confirm ada. Dan ..... sangat mudah menghabihkan duit selepas selesai urusan. 
Cara mengatasi mood yg hilang: LEpas membuang tu mood terus oke dahh. hewhewhewhew~



Menunggu barang yg dibeli online yang tak kunjung tiba
Yang ni memang kerap mencacatkan mood seharian. TEtambah la pulak lately selalu je shopping online , kan? Ngeh Ngeh... Ntah ngape courier service skang agak lembab. Kebiasaannya pos hari ni, besok sampai. TApi, skang pos hari Selasa, hari Selasa minggu depan baru sampai. HAaa...~ Tahulah sekarang sibuk raya-raya sana sini. Tapi itu bukan alasan lambat hantar barang. Dan insan-insan courier ni tak reti menggunakan henpon untuk memaklumkan akan kelambatan ketibaan barang. Ape la salah call kan? Skang prepaid pun dah murah. Ni nak tunggu kastemer terkena rasukan ablasa, barulah nak sampai. 
Cata mengatasi mood yg hilang: Telepon syarikat penghantaran dan nyanyikan lagu UNTUK DIA. *Kuatkan radio. Kuatkan radio.... 



Kena beratoq panjang bila nak makan fast food. 
Udah namanya FAST FOOD, apesal lak nak kena beratoq kan? Kalau beratoq sekejap je takpe. Cam ritu aku gi Domino's Jitra, beratoq dia sangat lah mabeles. Fast Food bagi aku adalah segalanya fast. KAlau beratoq je dah sejam , pehtu nak nunggu food is well-prepared pulak lagi setengah jam, bek aku balik masak kat umah je. Itu maknanya food tu tak berapa nak fast la! Dah le menggemokkkan la tu. HAHAHAHAH~ 
" Yang menggemokkan itu sedap" - slogan untuk bulan ini. 
Cara mengembalikan mood yg hilang: Gi je la kedai lain. TAk elok makan paspud ni. 


apekahla..
NOta tambahan: Domino's dah pun membuka cawangan di Alor Setar. Bukan 1, tetapi dua!!! Tapi, ia masih tetap beratoq seperti yg ado kat Jitra tuh. Apekah orang KEdah sudah jemu makan nasik? 






Itu adalah antara perkara yang merosakkan mood yg seringkali terjadi kepada aku. Anda pula bagaimana?
Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram