Followers

27 Nov 2012

Pekan Rabu - tak payah tunggu hari rabu untuk membeli belah di sini.


MAk Abah nak dok sini sampai Jumaat.
MAka, seminggu nilah merupakan Minggu Tanpa Diet bagi seluruh isi rumah Makbed.
Asyik masak... Makan. Kalau tak masak, kuar makan di luar.
Even dah masak pun, kalau rasa nak makan di luar, slamber je pecut gi. 
Perut ni sampai tak sempat nak LAPAR, asik masuk makanan jer. 


Semalam, walaupun semua pakat sakit gigi lepas kena servis, gulai udang beso tapak tangan yang Mak masak pagi tu tetap sedap dinikmati. 
Walaupun kesan pedih-pedih masih ada, pening-pening dek ubat bius masih bersisa, sempat jugak lagi berjimba kat Pekan Rabu dalam hujan nan lebat. 
Sempat jugak gi teman Mak wat kredit kad baru untuk dia. 
Sempat jugak gi bukak akaun Tabung Haji untuk Oni dan Wawan. ALang-alang teman Mak gi tukar alamat surat-menyurat nya.
Oni ngan Wawan dapat tabung free...sorang satu.
So, aku dah ada 2 replika bangunan Tabung Haji dalam umah.



Pekan Rabu... tayah tunggu Wordless Wednesday untuk gi tempat ni. 

Kat sini nak beli tudung, baju melayu, baju kurung, jubah, baju nikah, nak upah jahit baju nikah, baju tunang... suma ada la. 
Baju mandi yang Kim KArdashians pakai tu je tak jual. 
Minyak angin segala buleh beli kat sini.
AKu salu beli minyak kayu putih untuk Wawan di sini. Sebab kat sini je senang jumpa.
Selain baju-baju, leh jugak beli jajan-jajan , kuih-kuih yang zaman nenek-nenek, zaman P-Ramlee tu, ada la. 
Segala kuih la. Sebut je. Yang tak tersebut (sebab tatau nama) pun ada.
TApi, aku kalau gi sini salu beli bahulu, kuih siput, dodol (sedap weh!) ... Aih..memacam ahh.
Pekasam pun ada. Memacam jenih. Pilih je mana suka.



Kendian, bawak Mak gi Pejabat Zakat, di mana kat situ aku terjumpa rakan kelas masa skolah menengah. 
HEheee...
Keje kat situ rupanya Encik Dandrawi.
Tak sempat borak panjang tapi aku dah tinggalkan biz kad kot-kot le beliau rajin nak nelepon penolong ketua tingkatan beliau. 



Pagi ni, bawak Abah gi market besar.
JAlan-jalan cari ikan untuk digulaikan. 
Tapi,ari ni takde plak rezeki udang besar. Ingat nak beli sikit bagi kat ibu mertua. 
BArang di pasar pun tak banyak, jadi kami beli apa yg nak dimasak je. 

Belum bekfes lagi....
Keluar ramai-ramai gi makan roti jala kat Stadium Darulaman. 







Haha..

Hari pertama selepas ketiadaan gigi 'kejayaan' berlansung meriah.
Tiada lagi kesakitan.
Tiada lagi sakit kepala sebab gusi berdenyut.
MAsalah selesai sekelip mata.

Ok ..bulan depan kita gi cuci gigi plak sebab dentist tu sungguh best. 



Oni dan Wawan semenjak Atok dan MakTok berada di sini, kekerekan mereka semakin menjadi-jadi.
Ibu ni hanyalah tempat mereka menumpang ketiak ketika mengantuk sahaja.
Wah..Wah..Wahhhh~
Inilah bahananya bila Atok mai.
Tukang dukung pun ramai. 
Wawan sampai tak jejak tanah la. Asik kembangkan tangan mintak didukung Anjang Lin.
Kalau letak ke tanah je, nangeh sampai cium lantai. 
Ngeh! Nyampah~


Nanti sambung lagi ye. 



Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram