Followers

15 Nov 2012

Oni pun kena marah jugak



Rumah semakin hingar dan bingar dengan mereka-mereka.




Topeng ni beli masa gi Family Day kat Melaka ari tu.
Cari topeng otomen takde.
So aku sambar yg ini je. 
Tu pun dah lusuh sangat sebab selalu kena pijak ngan Wawan. 
Oni akan pakai topeng ni bila citer otomen ke udara.
So, masa tu semangat otomen akan wujud dalam dirinya dan lepas tu mulalah habih lintang-pukang segala menan disepak terajang oleh beliau.


Kesian dak Oni kerap kena marah sekarang.
Rasa macam nak kena cepat-cepat hantar dia ke sekolah.
Bukan nak lepas tangan ke hape. Rasanya ke sekolah environment lebih seronok. Ada kawan-kawan sebaya dia.
Oni kan suka kawan ramai. 

Bebaru ni aku merajuk habih kat Oni sebab main contact lense aku sampai jahanam.
Terbelah dua lense aku ko taw!
Aku letak bekas lense dalam laci. Selalunya aku letak bekas tu atas lemari Angry Bird Oni. Tapi ari tu lupa lak.
Time aku mandi adalah time yg sangat menakjubkan bagi Oni sebab dia leh selongkar laci aku yang penuh dengan barangan terlarang.
Masa tu la ko akan keluar dari bilik air dan terus menjadi kingkong bila melihat Oni bibirnya sudah berwarna-warni bak pelangi petang. 

Tapi tang lekstik tu aku ok la.
Bila dia main aku nye lense tu tetiba je naik antu.
Aku pukul-pukul manje tangannya yang comel itu. Pastu, terus diam tak bercakap dengan dia.
Oni sudah kepanikan.
Buat salah tidak menjadi hal kepada Oni. Dia tak kisah dirotan-rotan Ibu atas kesalahan yg dia buat, tetapi jika Ibu merajuk, tidak bercakap dan tak mahu pandang wajahnya, Oni akan nangeh teresak-esak sampai bengkak matanya. 

Aku takmo tengok wajahnya yg sedih.
Tutup lampu bilik. Biar bergelap.
Aku selubung badan dengan selimut. Konon protes lettew.
Oni nangeh memangguil-manggil Ibu sambil gosok-gosok belakang aku. 
Kesiann~ TApi, aku kena tunjuk aku marahkan dia. 
Tangisan Oni kendiannya semakin slow, kendian dia tersedu-sedu.
Dia cuba selak selimut nak tengok muka aku.
Aku tekup muka, bebuat cam nangeh.
Lagi kuat dia nangeh.... sambil cuba merungkai tangan aku yg menutupi muka. 


"Ibu.... uuuuUuu..Uuuuu... Oni minta hahap... Oni minta hahaaapp...." Oni gagahi juga habihkan ayat tu biarpun dia tersedu teruk.


Hati Ibu terus cair.
NAk nangeh pun ade gak. 
Tapi, kena juga ajar bagi paham apa itu SALAH. 
Kenapa Ibu MArah
dan
APA ITU MAAF..


~ganti balik contact lense i~
hehhehe..





Yang ini pula masih suci dari kesalahan.
Tapi...
Dia pun sama jugak suka bukak laci.
Laci spende..
Laci anak tudung..
Almari angry bird.
Ini pun aku pukul tangannya.
TApi .. Ni lah dia..
Bila dimarah, keluar pulak muka camni.
KAdang tu, aku saja je acah-acah marah Wawan sebab nak tengok muka camni keluar. HAHAHAHAHH!!


Ibu kan nakal orangnyer...



Tu lah dia karenah anak-anak yang perlu dilayan setiap hari. 



Woh, penat!

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram