Followers

5 Nov 2012

Mi Sup Gila Kolagen




Naahh...

Mahu kolagen lebih di dalam badan?


Bukan setakat minum HKCC je buleh dapat collagen. 
HKCC takleh dimasak dan dinikmati sebagai sup. 
HAnya boleh diminum sahaja. 


Justeru, pada petang nan bening ini, Makbed nak kongsikan resepi sup kolagen yang jika diamalkan secara berkala, boleh mencantikkan kulit wajah sekaligus menghindarkan diri dari osteoporosis. 



MEE SUP KAKI AYAM 



HAHAA..

Tak makan kaki ayam?
Rugi beb.

Kaki ayam ni punya la digemari oleh masyarakat cina dan menjadi amalan orang-orang veteran sebelum kita. 
Sapa yg eksiden teruk, patah riuk digalakkan makan kaki ayam lebih-lebih lagi yang dibuat sup atau kukus.
Kerana kaki ayam ini mengandungi banyak protein yang membantu merawat kulit, otot dan tulang.
Dan ia memang terkandung kolagen. 




MAri lihat resepi..



BAhan-bahannya (utk 2 - 3 orang makan)


450 gm Mee kuning (aku pakai Cap Ibu sebab sangat mudah dan tak kembang)
kaki ayam (sesuka hati)
ulas bawang putih (tumbuk)
7 ulas bawang merah (tumbuk)
2 cm halia (tumbuk)
2 cam halia (ketuk)
1 peket sup bunjut ADABI
1 batang kulit kayu manis (nipis je)
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum buah pelaga
daun sup
daun bawang
air



Cara- Caranya:


Tumis bahan yg ditumbuk sampai naik bau. 
MAsukkan air secukupnya agak-agak la ye nak buat sup. Pastu, masukkan kaki ayam dan halia yg diketuk tadi. Biarkan menggelegak. 
Disebabkan ianya kaki ayam, so, nak masaknya tak le lama sangat. JAdi, kalau air tu cam nak kering, buleh tambah air. Dan masukkan sup bunjut. Boleh jugak nak masukkan isi ayam yang dirincik-rincik. 
Bila sup dah mendidih, masukkan garam dan perasa. Makbed suka letak kiub ayam seketoi. 
PAstu, potong daun sup , daun bawang kecik-kecik, masukkan dalam sup. 
Jika suka, boleh tumis sedikit bawang merah dan lepas dah masak sup, masukkan hasil tumisan barang goreng tadi. Kira, tumis darat la. Tu pun ok gak. Cuma, Makbed tak buat je sebab Inche Kitchi tak gemarkan bawang goreng. 


Hiasan bersama mee sup adalah :

daun sup dan daun bawang
 bawang goreng
sawi yg dicelur
taugeh yang dicelur
tauhu goreng (potong kecik)
potonngan limau nipis
cili merah yg dipotong kecik
lobak masin
ayam yang direbus kemudian dirincik-rincik halus 

Pilih la mana yg berkenan


Dan 


Bahan untuk sambal hitam (faveret)

bawang putih 2 ulas
cili api 20 biji or lebih
setengah botol kicap masin cap kipas udang
2 sudu kecik cuka
2 sudu kecik garam halus
2 potong limau nipis. 


Cara masakannya:
Blend atau tumbuk semua, pastu masak atas api sampai menggelegak. Tutup api. 





Boleh juga ditukar kaki ayam tu jadi daging ke tulang ke....
Kaki lembu, aku tak pasti buleh diaplikasi ke tak dalam resepi ini. 








Selamat mencuba.





Sumber:: Urban Mommy, Safiyyah Osman



Memang suka resepi bihun sup ni. Simple sangat. 

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram