Followers

25 Nov 2012

MAkan Kenduri means bye bye diet



Ate terbizi la pulak minggu ni dan minggu depan. 
Teringin nak menghapdet blog sebab takut lupa..
NAmpaknya cam banyak je nak lupa. 


MAk Abah di Sik sejak Jumaat. 
Ada kenduri... 
Boleh diconsiderkan lah sebagai kenduri ahli keluarga terdekat sebab masa aku dan Angah kawin dulu, mereka juga banyak membantu dari mula majlis sampai selesai. 
MAk Abah je la tolong.
Aku tolong makan je. 
Ngeh ngeh ngeh..~


Stended kenduri di kampung, lauknya semua dimasak sendiri oleh orang kampung.
Tak main la katering-katering nihh!
LAuk kebangsaan harus ada - GULAI BATANG PISANG.
Nyummm~
Oleh kerana dah lama sangat aku tak menjamah gulai tu, maka aku haruslah buat-buat rajin membantu supaya dapat makan lebih. 


MAlam sebelum majlis, ada bacaan tahlil.
Kenduri di Sik adalah kenduri sambut menantu dari pihak lelaki. 
JAdi, majlisnya sederhana sahaja. 
Pada malam tika tahlil dibacakan, aku dan Mak beserta geng-geng kamceng lain (kawan ngan makcik-makcik la aku ni...) dok dapur. 
AKu tak buat ape sangat sebab ramai orang kat dapo, dan aku kena mengawasi dua otomen yang dibawa bersama. 
Wawan pulak dah start meragam sebab sudah melewati waktu beradu. 


Aku tak snap gambo sebab masa tu Gnoty dah nak abeh betri. 
Lupa cas!
Sayang sangat sebab ada banyak menda buleh tunjuk kat korang.
Antaranya aku nampak kerang beso penumbuk, tersedia untuk dijadikan lauk kenduri. 
Korang bayangkan kerang, pastu korang tengok penumbuk korang lak. 
Haa.. saiznya gitu.
Siyes aku tak penah jumpa kerang sebesar tu. Buleh pulak kerang membesar camtu ek.. 
Aku panggil nye kerang resakse. 


Kompem! AKU TAK MAKAN KERANG, apatah lagi la kerang resakse itew. 


Gulai batang pisang dimasak dalam kawah.
Berpeluang lah makan. Alhamdulillah..
Pastu, Li (anak kawan Abah) sibuk masak di dapor.. juadahnya sendiri. 
Gulai siput sedut.
Miahahahaha..


Dipendekkan citer, hilang sudah segan nak makan sebab diet, sebab gulai siput sedut yg beliau masak adalah sedap!
So, 2 kali tambah nasik untuk makan gulai batang pisang.
PAstu, meratah siput sedut pulak sampai mengah.


Balik umah terus tido!




PAda hari kenduri berlansung, aku gi lambat.
Niat nak gi makan kenduri je, pehtu terus balik Alor Setar.
Mak je yang pegi awal pagi untuk tolong tuan rumah kenduri.
Abah pun gi tolong semelih lembu. 
Begitu juga dengan adinda-adinda perwira ku yang 4 orang tu. Semua bawak pisau potong daging memasing untuk memotong daging. 
Rajin dema... 


Beshnya kenduri di Sik, walaupun takde joget lambak dan karoke, even lagu-lagu orang kawin pun takde, tapi kemeriahannya terasa. 
MEriah dengan suara-suara riuh para hadirin. 
KOmpang, pakai player jerrr... HAHHAA.. 

Tapi, pengantin datang disambut dengan dentuman mercun lebih kurang macam sambutan raya cina.
Pastu....

Ada bunyi tembakan plak tau!
Pakai shotgun. 

Sebab...
Yang kawin tu adalah geng masuk hutan. Hobinya menembak. So they took the liberty to tembak ke udara sebagai meraikan si pengantin. 

Dumm! Dumm! Dumm!!! Dum!!


Dok kat kampung bleh laa main senapang.
Aku rasa setiap orang ada senapang hape.. paling koman pun senapang gajah. 
Kalau dok dalam taman aku ni, aku rasa baru keluarkan senapang pun orang dah cakap ko tereris. KEkekkekek~


Aku tak kira berada das tembakan mengiringi pengantin.
Sebab memula je terkejut beruk, pastu telinga aku dah konpius sama da tu bunyi senapang atau bunyi mercun atau bunyi meriam buluh. 



Note: Alang memang takleh dengar bunyi letupan apa pun. Melatah!







Lepas habih kenduri tu, kami pun balik.



Dan... spoiler kecintaan yang Inche Kitchi pasang di Bambam Bee telah patah seribu.
MAklumlah, masuk kampung kan. 





Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram