Followers

4 Nov 2012

Kenapa Ibu Tak Sayang Oni?



BAru lepas pekene Turkish Indulgence gara-gara terpengaruh ngan Deqlis la ni. 
Ntah mengapa hari ini seperti tensen saja. Suma menda nak marah. 
BIasalah, yang kena marah mestilah budak kecik 2 orang itu.



MAka, hari ini aku mengisytiharkan hari ini ialah ......




HARI NAIK HANGEN SEDONIA!












Skang Wawan pun dah leh bergabung tenaga dengan Oni.
Bila Oni berhenti membuat onar, Wawan pulak tolong sambungkan. 
Bila Oni berhenti menangih, Wawan pula sambung ber'dendang'. 

Oni makin menyerlah bijaknya ditambahkan lagi dengan ketokohannya berkata-kata.
Kalau letak kat Tom Tom Bak, 3 bulan pastu, maybe leh jadi pelakon kekanak ganti Mia Sarah. Rambut dah gaya dah.


Bercakap umpama nenek-nenek. 
Tak terlayan. 
Bab bercakap sahaja buleh tahan lagi.
Ini nakalnya pun menjadi jugak.
Tapi time aku menulih ni, dah hilang rasa marah-marah. Tetiba plak jadi klako mengenangkan si Oni. 
Seriously, sakit dada menjerit-jerit marahkan dia.
Tak bagus betul!~


HAri-hari, setiap menet ajak gi Tesco. Ntah hape yg beshnya kat Tesco. Kalau nak ugut suruh tido, kena janji gi Tesco , baru nak tido.
Udah aku bawak gi Tesco, elok je keta kuar dari kawasan parking, dia cakap nak gi Tesco lagi. 

Udaahh...



HAri-hari minta dibawak gi jenjalan.
Padahal, aku rasa aku ni adalah Ibu yang paling kuat berjalan - tu pun tak cukup lagi bagi dia. 
Bila di rumah, dia tak kasi aku bukak tudung.
KAlau bukak tudung, dia merajuk sebab aku tak keluar gi jenjalan. 
Acaner tu? Acaner?


Pun begitu, kami yang selalu bergaduh tanpa sebab yg kukuh ni kadang tak de idea dah nak bergaduh. Bila jadi gitu, Wawan pulak take over. 
Selalunya , Wawan akan masuk bilik dan main laci di mana tersimpannya anak tudung awning aku. 
Setakat ini, mengikut rekod, dah 3 helai anak tudung awning aku jahanam kena kepak ngan beliau. 
Itulah Wawan.
PAstu, dia pun ada kepantangan yg sama cam ONi...
Pantang tengok menda tersusun elok atas tilam atau atas meja study. 
Semuanya akan ditarik turun ke bawah. Bersepah....

Dan dia tau sangat Ibu ni ada masalah sakit pinggang dan perkara paling hangen nak buat adalah menonggeng-nonggeng kutip menan yg berselerak di bawah 
Dan, paling Wawan suka adalah menaburkan barang di bawah kerusi dan bawah katil...
Dan aku lak annoying betui nengok menda ber'semadi' kat bawah-bawah ni.


Oh my children!


Baru gi Tesco beli file-file dan barang dapo.
File terpaksa ditambah bilangan kerana dokumentasi insurans sudah menggunung.
Filing perlu dilakukan dengan segera!

Kendian, dah sampai umah, aku nak gi 'HARVEST' dulu hasil tanaman.
Opss.. aku skang tengah main Farm Ville 2. Silalah jadi jiran saya. Plis..Pliss...!
Sementara itu, Oni sedang melakukan aktiviti bebas bersama Wawan.

Keletung..Keletang.. Ntah papelah.

Si Inche Kitchi pulak sibuk ngan anime jepun beliau. 

Rumah bingit seperti biasa walaupun cuma ada 4 orang sahaja.
2 orang dewasa. 2 kanak-kanak bawah umur. 


Aku tengok Oni sibuk main file yg aku baru beli.
Mulalah mengaum (aku la mengaum!)

"Kamu wakpe tu? Bak file Ibu tu.." 


Takde jawapan. 
Oni meneruskan permainan dengan file tersebut.


Sekali lagi aku mintak.

Pun tak de respon.


HAaa.. pastu aku pun ibarat halilintar lah suaranya. 
Kehkehkeh..

BAru datang pelan-pelan bawak file tu.








Rupanya, file itu telah basah kuyup dimandikan susu botol.
Bukan itu sahaja, beliau juga turut sama basah.


MAIN SUSUU!!!!!!!!!


ke mandi susu?






HAngen.


Lepas aku marah-marah dengan 'riang' aku terus majuk. 
Main game.


Nangeh-nangeh si Oni, mintakan perhatian.
Dia memang sangat gusar kalau aku merajuk dengannya. 


"Tidak sehingga kamu habiskan susu kamu. Then, baru Ibu bercakap dengan kamu.." 



"Wooo!! Woo!! Ibu...! Ibu!!!"  teriak ONi sambil menarik-narik tangan aku. 



Buat derk jeee..




"Ibu.... nak sayaaaangggggg...." rayu Oni dengan linangan air mata.




Aih... caner nak marah?





Semalam, aku marahkan dia pun, lastnya dia minta aku sayang(cium) dia.
TApi, sebab aku sibuk uruskan Wawan (sambil marah dia) aku tak cium pun. Terlupa.
Bila dia nak tido, dia datang dekat-dekat..


"Ibu... kenapa Ibu tak sayang Oni?" 




Tetiba je jantung ni rasa tertikam.



Uhuk!!!



Eventhough she's just referring 'sayang' to as a kiss, tapi aku terasa cam dia tanya aku WhY I DON'T LOVE HER.


Ibu sayangggg kamu tawww...





Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram