Followers

10 Nov 2012

Ingat tak?





Teringat zaman aku kekanak riang lagi degil , suka sangat beli cekelet dalam kotak ni.
MAk larang tak bagi beli, tapi aku beli jugak. 
Bukan la sedap sangat pun.


Bila van biru milik apek roti datang sambil membunyikan hon di sekitar perumahan, rasa teruja.
Tak sabar nak gi kat apek roti tu dan tengok apa roti dan bun yg dibawanya utk minum petang.
Dan , cekelet dalam kotak ni aku beli saje, selit-selit makan dalam bilik. 


Tu pun, kena tunggu Mak keluarkan arahan soh kejar apek tu untuk beli roti.
Kalau Mak tak cakap pape tu, maknanya, takde harapan la aku nak beli cekelet ni.....

Tapi, terasa osem bila buleh beli menda sorok-sorok dari pengetahuan Mak......



MAsa dulu-dulu la.



Hahaha.. skang apa saja aku beli sume nak tunjuk Mak.











Zaman aku membesar dulu, tak penah timbul soal kalau roti haram makan kalau cina yg jual. 
Zaman aku membesar dulu, slamber cina bukak kedai runcit dan kita membeli apa saja keperluan rumah dari situ. Tak pernah timbul soal haram.
Yang aku nampak, kedai melayu dan kedai cina , jual roti Gardenia, jual tepung cap blukey..mosty jual produk yg sama. Tapi kedai cina tu lebih ramai pengunjung dari kedai melayu.
Sebab? 
MAsa kecik-kecik aku tatau la sebab apa.
TApi, skang...aku dah besar.. AKu amat paham reasonnya. 


Dalam Islam, tak de pun kata , jangan berurusniaga dengan orang tak Islam. 
Membeli barang dari orang bukan Islam, tidak menjadikan kita kafir. 
Even sembelihan dari ahli kitab juga diterima (ada terms and condition juga la ye).




Setakat itu ajelah dulu.
MAlas nak letak hadis bagai nanti cakap nak tunjuk terer lak.
Just bagi terbukak minda je.



Sedih dengan sikap sebilangan kita yg malas menggali ilmu tapi hanya suka ikut telunjuk dan kata orang.
KEmudian, disebar-sebarkan umpama perkara itu betul dan sahih.
PAdahal, yang benar lagi tulus itu ada..tidak pula disebarkan.
Yang buruk lagi jijik dan menimbulkan impak negatif yang gemar digembar-gembur serta disebarkan... demi nak dapatkan perhatian (dan laluan trafik).
Hehehhee...

Tetiba terbebel. 



BUleh menggali ilmu sedikit di SINI. KAlau nak tau pasal jual beli dengan orang bukan Islam. 



Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram