Followers

1 Nov 2012

[Family Gathering] Entri Penghargaan









Whoaaa....
Oren mata itam ku , bebeh!



Inilah gambar terakhir yang Makbed nantikan sebab kat aku takde gambo family yg complete.

Memperkenalkan ahli-ahli keluarga Makbed yang gi Family Gathering di A Famose Resort raya haji lepas. BErbesar hatilah aku mengatakan yang majlis 2 hari 1 malam itu berjalan dengan jayanya tanpa sebarang masalah.



Setinggi-tinggi awan biru tahniah Makbed ucapkan pada kazen-kazen yang bersusah-payah dari mula mengadakan gathering ni. 
KAlau takde mereka-mereka yang sporting, maka memang mustahil lah kami-kami ni dapat berkumpul dan bercuti pada masa yang sama. TAkde sapa sanggup nak pikul tugas jadi Organizer nih!




Terutamanya skali nak ucap mekasih bebanyak kat Pidah (paling kiri, depan sekali) sebab dia yang paling terpenat aku tengok. 
Banyak dibalik tabir, menyediakan makanan, memastikan kami dapat tempat yang selesa. Pidah memang 'makcik kantin' terbaik dan merupakan aset besar ACTS United. 
Hehehehhehe!


Kendian, kat Cik Pah, yang berjersi biru itu, dia pu bertungkus-lumus gak. TApi, paling best hari aku sampai tu dia tolong urut belakang aku sebab dah sakit bahu. Jalan jauh..~
(padahal duduk je. bukannya jalan pakai tangan pun kan...)















Mandi malam tanpa rasa bersalah!

Aku memang bertuah dianugerahkan ahli keluarga yang ramai dan semuanya bersatu hati. Bukan senang nak mengumpulkan ahli keluarga dan semuanya berwajah manis dan ceria.
Alhamdulillah.... saudara-saudara aku ini pencipta keceriaan di kala duka nestapa.
TAk sempat berduka kot, bila jumpa diorang ni terus lupa duka tu.

Apa saja majlis yang diadakan, semuanya berjaya dengan adanya bantuan kazen-kazen haku yg ramai neh...




Terima kasih banyak kat penaja bunga api malam tu Cik Ain Sallehuddin. Sangat tak bes beliau tak dapat join sekali. 
Semoga next 'perhimpunan' dapat lah awak turun ye...



Kilah dan Pidah

2 orang kuat majlis dan sangat kamceng ngan Abah. 
Mereka ni jugak orang yang gigih turut sama berpeluh ketika majlis pernikahan Angah pada June 2011. Di saat itu aku sudah terlampau sarat , hanya mampu duduk dan makan sahaja. GAGAGAGAG~
JAsa kalian dikenang. 



apesal gambo aku takde ni??



Baru muncul gambo Makbed.
Huuuuu...


Sangat rendah diri ku ini...







Princess Adelle

Memperkenalkan budak yang sangat menggeramkan!!!!
Asal jumpa dia jek musti gigi taring haku keluar. NAk geget! Nak geget!
Adeliya sebaya Wawan. 
Anak sulung kazen aku , Arif. 
Dulu dia ada blog. Skang tatau la jadi apa dah ngan blog tu. Ngehehehe...~ (Ke aku tak add blog dia after tukar link ari tu?)

Adeliya sangat comel berbaju tema hawai berwarna oren. Sangat seswai dengan dirinya yang kiut seperti Makbed. EH, tetiba!!!



Puan Presiden adalah yang berbaju purple. 

Yang berbaju hijau itu adalah Mak Makbed. 
Yang berbaju purple itu pulak adalah Mak kepada Mak MAkbed. 
Paham ke?


Itulah Puan Presiden ACTS United, Puan Salasiah atau nama glam beliau, Tok Siah. 
Dah berusia sangat Tok tapi larat lagi jenjalan ngan kami.
Selagi boleh, kami akan bawak Tok jenjalan ye Tok. Kita berkumpul lebih kerap lagi. 
One thing about my Tok, setiap kali datang bertemu cucu, Tok akan bawak kek yang dibuat sendiri di rumahnya. 
Saaayaangg Tok saye~





Kilah dan yours truly. 


Kilah akan menamatkan zaman bujang MAc akan datang. 
Akan diadakan lagi satu gathering besar-besaran selepas itu. 
Semoga kali ini, semua kazen dapat hadir supaya lebih meriah. 


Akhir kalam, majulah ACTS United untuk negara!!




Photobucket

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram