Followers

13 Nov 2012

Entri Tanpa KErelaan!





Semalam aku letak gambo kusi yg disusun gini dala instagram... tapi aku tak tulih pape detail pasal kusi ni. 

Kalau datang umah aku , kusi makan akan disusun di sini, begini lah susunannya. 
Kalau tak susun , maka anak teruna aku akan panjat dengan sewenang-wenangnya dan lepas panjat kusi, dia panjat pulak meja makan. 
YAaa.... biasalah bebudak baru terer panjat-panjat, yedak. 

So, untuk mengelakkan aku kena lemah jantung dek tengok Wawan berdiri gagah atas meja, lebih baik aku susun kusi gini.
BIarlah rumah tak lawa skalipun, takpe.
Aku pasrah je.
KAlau tak, memang sakit tekak aku menjerit soh turun namun jeritan aku ibarat mencurah air ke daun keladi. 



Abaikan spekulasi ini~


******

Semalam dalam pukul 10.30 , tengah asyik melayan K-Pop bersama ONi sambil bersenam setempat (memalam bersenam dowh..) tetiba je PLOP!!!!
KAran takdak kat umah.
Bergelap lah seluruh taman perumahan aku. Lampu jalan pon takde.
Kesian jiran aku yang sambut malam Deepavali. Terpaksa sambut dalam gelap tanpa cahaya. Tapi, takpe..lebih thrill sebab buleh pakai lilin secara berleluasa kan?

Memula tunggu la setengah jam. 
Wawan yg awalnya dah tido , terjaga.plak
PAstu, dia dah start garu-garu kepala.



"Nak tunggu sampai ada karan ke ni?Wawan dah panas da ni" suami dah mula bersuara apabila anak kecayangan nye yg putih melepak itu dah start berpeluh-peluh. 
Wawan kalu panas melampau, naik le ruamya. Sekejap je.


"Nak gi mana? Check-in hotel?" tanya aku plak. 
Aku takde mende lain dah. Check in  je yg aku pikir.


"Haih... gi umah Umie la!" 


"Oooooooooo............... Bleh gak~" 



So, aku siap-siapkan barang semer. Ala kadar je. Umie (MIL) dah aku talipon dan umah dia memang ada karan. 
JAm dah kol 11 malam. 


Aku tengok jenjiran pun senyap je dalam umah.
GElap-gelemat lorong umah aku.
Nampak le ada keta kuar dari rumah Dato' Paduka Ahmad Bashah. TApi tak sure le beliau yg drive atau anak dia. 
Opss... Jiran tu. 
Selang beberapa pintu gitu. 
Mesti dia bangga bejiran sebelah Makbed. HAHAHAHAHAH * Tolon tampo sat!


Sebelum gi umah Umie di Pokok Sena, kami ronda-ronda dulu keliling taman. 
Rupanya, satu taman kami , semua fasa pulak tu tiada elektrik. 
KAwasan lain suma ada.
Siap sampai kedai makan, warung Maybank dan CIMB sederet pun takde karan.
Yang peliknya, taman aku belakang TNB je.
LAlu kat TNB, ada pulak karannya. 
Apesal kami bergelap nih?


TAkpe... jalan lagi ronda-ronda.
Elok-elok je lepas taman aku, tetiba ADA BALIK KARAN!!!



Hoh....



Alang-alang, kami terus je la jalan gi umah Umie.
Penat siap beg.
Lagipun, Umie sure dah tunggu. 
So.. malam semalam kami semua tido umah Umie. 





Dan pagi tadi bangun lewat...
HAHAHHA!




Melepek seketika di buaian sambil menikmati keindahan taman astakona milik Umie.
Di mana di situ tertanam segala apa je lah yg ada.
Kunyit, serai, bunga ros, kelapa, ulam raja, kacang botol, daun sup, daun bawang... bla bla bla...


MAk, menantu mak tanam serai pun mati mak...


Cam biasa, Umie selaku ibu mertua yang berhemah akan tanya keperluan dapur cukup ke.

Miahahha..
KAlau tak tanya pun, aku sure akan amik daun kunyit yang beliau tanam tu.
Gemok-gemok!!!
Sumpah geram. 


Jeles tengok ulam raja yang naik dengan ghairah kat taman Umie, aku pun nak gak tanam. So, Umie bagi benih ulam raja soh tabur kat tepi 'tembok berlin' kat umah aku. 
Tak susah.. tabur je. Musim hujan ni senang naik. NAnti dah mula naik, penuh plak tanah tu. 

TAkpe..janji ada la ulam kat umah.





HAsil kutipan Umie di taman untuk menantu kecayangan bawak pulang. 
TAk sabar nak balik.
Di kepala otak dah mereka-reka cipta resepi nak makan lunch kang. 


Tetiba Umie tanya plak...

"Hang makan kambing?"


Hoh.... kambing?

"Makan Mak.... Tapi masaknya tak reti...." jawab aku dengan jujur lagi telus. 


"Ohh... Mak nak bagi kurma kambing. Ada dalam peti ais. Amik la bawak balik makan kat umah..." 

Ooo... ingatkan Umie nak bagi aku daging kambing soh balik masak. 
HAHAHAHAHA..
Cemas sekejap.


MAka, tengahri itu kami balik dengan lauk makan tengahari.. siap ulam-ulaman. 
Dan juga beberapa barang lain pemberian Umie.
Inche Kichi hanya mampu menggeleng kepala melihat isterinya merembat brg di rumah ibunya dan ibunya juga turut sama merelakannya. hHIiIhihi..




Umie kasi bekas-bekas berisi rempah ratus, segala kulit kayu manis, pelaga, cengkih, bunga lawang, harba campur.....  Dengan bekas-bekasnya yang berjenama Apple LAdy perlbagai warna itu.  COmel sungguh!!


Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram