Followers

30 Nov 2012

BERJOGGING DI PADANG BESAR



Mengumumkan khabar gembira bahawasanya tuan punya belog Mommy's Diary Of Life, Puan Shehan telah pun selamat melahirkan anak kedua beliau pada 28 Nov 2012, beberapa minit selepas jam 7 malam. 
Adik kepada Hannah Damia.
Tahniah Hannah. Hannah dapat adik lelaki...


Dengan rasa terharu, Makbed ucapkan tahniah buat Shehan dan suami atas kelahiran bayi kedua mereka. Semoga hubungan kasih sayang kalian akan terus mekar bersama dampingan anak-anak kurniaan Yang Maha Esa. 

Shehan blom wat announcement kat belog dia.
Hanya berfb sahaja.
JAdi, stakat skang dia still takleh hapdet blog.
HEHEHHE...

Status terbaru fb beliau, katenye dia dah sampai KEdah dah.
Berpantang di kampung halaman.
Insyaallah, jika tiada aral, Makbed akan gi melawat dia tak lama lagi...

Sudi-sudikanlah gi blog dia untuk ucapkan tahniah ye...

Mommy's Diary of Life




****



Di kesempatan malam yang indah ni, MAkbed yang caspian (kesepian) tanpa asben di sisi sesaja la nak hapdet blog.
Terpaksa hapdet time sume orang tido. Isk..iskk..


Tadi dengan tak semena-menanya aku gi Padang Besar korang tau.
Ni plan Abah la ni.
Tetiba je.
Asalnya pagi tu aku nak gi keje jap.
Nak wat postage sume, nak wat payment. NAk jumpa prospek.
ALih-alih, plan aku terganggu sebab Mak cakap nak jalan-jalan gi Padang Besar.

Huh!!...
Tempting betui.

Apa lagi...
PAs aku wat pos-pos suma, aku gi la jugak folo dema gi PAdang Besar.
Nah.... nasib baik ada GNoty. Buleh gak wat keje online sambil Abah aku drive. Sampai kering kontang betri henpon aku menjawab email, fesbuk, wasap..sms. 
Sakit mata!


Welcome.... to Big Field. Ehhh??

FACT:  Last gi Padang Besar adalah tahun 2011 di mana ketika itu aku sedang sarat mengandungkan Wawan. Pegi ngan MIL dan FIL. Time tu bawak Oni. Wah, gila takleh berjalan ngan Oni yang masa tu kena dukung jer. LAst skali, balik gitu je. Oni meragam sebab demam. Aku lak meragam sebab rimas. Sila bayangkan aku semasa ngandung Wawan. BAyangkan aku yang montel semontel-montelnya itu.
HAAAA... buleh imagine??


FACT: HAri ni gi Padang Besar dalam keadaan yang betul-betul bersedia untuk BerPAdang Besar. Masa kekecik dulu ada gak pi tapi masa tu bodoh lagi. Apa pun tatau. Ikut je MAk Abah gi mana. MAsa tu jugak aku tak paham apesal la dema ni suka sangat gi tempat-tempat besar dan sesak penuh barang ni. 
Yelah... masa tu mana le kita paham erti membeli-belah kan???


So, kali ni gi Padang Besar kena betul-betul bersedia.
Oni dan Wawan dihantar ke pengasuh. 
Takleh bawak lansung. 
Memang niat tu nak gi cari cardigan.
Wooo... susah nak cari cardigan yang bebetul aku nak. 
PAstu, nak cari baju Oni dan Wawan. 
Banyak yg dah kecik. 


Mak Abah lak nak gi beli barang sekolah Adik. 
Nak cari seluar sukan, beg sekolah ...Baju-baju .
Alang pulak takleh pegi sebab kena siapkan tesis. 
HAHAHAHHAH...
Sedih betui beliau. 






Kereta adalah banyak di Padang Besar.
Meskipun begitu, orang takde la ramai sangat. TAkde la sampai berhimpit-himpit. Seingat aku, masa aku gi ngan MIL tu, ramai bebeno orang! TApi hari ni takde sangat. Maybe sebab aku gi hari Khamis. 
Kami jalan-jalan dalam arked je. 
MAsuk dalam tu pun buleh menangih pipi aku. Berpeluh saja! Cayaq mekap aiii.....~
Tapi, biarpun wajah berminyak umpama penebar roti canai, aku tetap bersemangat tatkala melihat kedai-kedai yang menjual pakaian wanita.
Dan bertambah bersemangat bila ada pulak yang jual cardigan yang aku sangat inginkan. 


Cardigan tu ada je kat Tesco. 
Tapi, jual dengan harga RM49.90.

KAt PAdang BEsar, kalau ko pandai mengorat tuan kedai , cardigan tu tetiba je jadi RM25 sehelai. HAHAHAHAA. Jauh beza kan??

Kendian beli baju tido bebudak. Sepasang seploh hengget....! Membeli dengan perasaan terharu tanpa sebab. Adui...emo.Pasni, say gudbye to Tesco lah ye...!

Kendian, sampai le ke satu kedai... Ekceli ni persinggahan terakhir sebelum gi kat keta. TEtiba ternampak kemeja yang ala-ala blouse. Bunga-bunga cam ala-ala vantage gitu. 
Awalnya, aku hanya memberi pandangan sinis je kat baju tu sebab aku dah lama dah tak leh pakai kemeja. Puncanya, aku salu takleh button kemeja tu. Ada la masalah teknikaliti di situ.kan..kan.... 
Tapi, aku gatai tangan jugak la pi sentuh-sentuh kemeja tu. Santekkk....
Kemudian, berangan-angan cam aku leh je pakai kemeja tu. 

Sekali... akak kedai tu sergah..

"Adik, nak beli ke? Kalau kemeja yang tu Adik buleh pakai.... Cukup muat...." 


I was like... hek eleh.... Akak ni nak jual barang je. MEnda tak muat pun cakap muat. Tapi, aku tanya gak la poyo-poyo, "yeke kak muat ni?"


Akak tu cakap lagi..."muaaaaaattttttttt..... Tak caya try..." Suruh Akak Kedai tu.


So, aku pun pas la henbeg , beg pastik sume kat Linda soh pegang. Aku pun try. TAkyah londeh-londeh baju ape pun. Aku cuma nak make sure yang KEMEJA YG AKU NAK TEST NI BOLEH BUTTON KE TAK BLEY...






Eh... boleh plak??!!!!!




Aku bersorak keriangan. Terus aku minta maap kat Akak Kedai kerana meragui kepakaran beliau. Hukhukhuk..
TApi, Akak tu just rekemenkan kemeja dan blouse di bahagian sebelah kiri kedai je. Katanya, sebelah kiri ni hanya untuk orang Besar-Besar. HAHAHA... Tengok?!!! Tak pasal je aku dikatanya Orang BEsar-Besar.... VIP hokeee~


Bahagian sebelah kanan adalah untuk orang Kecil-Kecil... 


Sehelai kemeja is RM23. 
Ok... terharu lagi. 
TESCO semakin lama semakin hilang dari ingatan. 


Beli la 2 helai. Sebab bukan senang kot nak jumpa kemeja-buleh-butang ni. Selalu, pakai kemeja, lansung tak leh butang. HAHAHAHAH~ Kalau buleh pun,kena pinkan jugak. Untuk keselamatan. 




Ko tengok makcik ni.
Aku tak kenal makcik ni. Tapi kebetulan masa aku nak snap pemandangan kedai beg ni, tetiba makcik ni lalu. HAhaha... muka dia brutal gila ko!
Belakang dia adalah Mak dan Linda yang sedang gigih memilih henbeg. Mak aku pun grab satu henbeg. Disebabkan aku tak minat henbeg, aku pun tak join mereka.
Walaupun aku tak minat henbeg, tapi aku juga peminat beg.
Cuma bukan henbeg. 
Aku suka beg galas.
Ala...cam beg skolah tu. 
HA... skang, beg skolah ada macam-macam kaler kan. JEles aku. Apesal la time aku sekolah dulu, takde beg gitu? 





Pilih!


Linda sedang berkira-kira nak beli sunglasses , tapi Mak menjeling beliau.
"Hang nak wat apa spek mata itam? Hang nak pi skolah pondok..."

HAHAHA...
Kesimpulannya, kalau sekolah pondok tak buleh pakai spek mata hitam. Paham?



LAstnya tak dapat le Lin bergaya dengan spek mata itam tuh....
Kuikuikui~
Nak tiru kakak dia la kan. KAkak dia kan vogue. Pi Padang Besaq je pun nak dressing cam gi Paris. Chait!




Ni le Kakak yang bertuah tu!

Penat woh...
NAmpak muka berminyak macam penebar roti canai di kedai mamak?
Tapi puas la. Dapat bawak Mak shopping walaupun semua barang shopping tu Mak yang bayar sendiri. 


Abah pula lepas jemu nunggu kami shopping, dia gi kedai makan.
Order bihun tomyam satu.
MAkaaannn.......

Aku pun tumpang sekaki.
Eh...sedap la bihun tomyam tu.
Siyes..
Terlupa la yang aku ni dok kat sempadan Thai.



Bidan Tersohor merangkap CEO Haida Kamaruzaman Collagen Cappucino pesan kelambu mudah alih.
Beli kat Padang BEsar murah.
Kalau juai online-online tu , kena la RM45.
Kat Padang BEsar, jika mengorat dengan teknik yang betul, buleh dapat RM26 satu. 
Atau  lebih rendah lagi dari tu.
Humm...




So, pasni, kalau update almari baju, aku just gi PAdang BEsar je.
Segala baju ada.
Yang tutup aurat, yang tak berapa nak tutup pun ada.



Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram