Followers

10 Nov 2012

Bayi Terbiar







Sape le kejam buang bayi sebeso ini merata-rata?
Siap bagi beg baju lagi. 


GInilah tabiat Wawan sejak akhir-akhir ni yang aku tak sangatlah tak pasti sejak bila.
Wawan ni kalau dia dah ngantuk sesangat, apa pun tak buleh.
Ko bagi le apa pun, gula-gula ke,kepsi ke cikedis hatta eskrim mahupun ajak gi Legoland skali pun, dia tetap berkeras NAK TIDO jugak. 

KAlau ko tak bekerjasama tidokan dia, maka gini le jadinya.








Ini punya la ngantuk sesangat...
Ajak Ibu tido tapi IBu asik ngan work dan 'menjaga kobun' yg sekangkang kera itu.
LAst skali, tetido ateh simen , susu pun tak habih minum. 
Sebagai Ibu yang sangat 'osem' haruslah snap dulu gambo baru dukung bawak masuk bilik. 


JAga Wawan sangat la mudah.
Semudah ABC.
Dari zaman berpantang sampai ke skang, Wawan lebih berdikari.
JAga Wawan simple je. Oni plak yg kena jaga lebih masa berpantang dulu. MAcam dia je yang baru lahir. Huh~
Mujurlah masa bersalinkan Wawan, aku buleh duduk bersila. Sebab Oni punya manja tak hengat, nak tido pun beriba. TErpaksa kena bersila. 
Tu la.. Allah lebih mengetahui akan segala sesuatu. 


Skang Wawan sudah 1 tahun 5 bulan. 
Tiada tanda-tanda beliau akan mendapat adik baru setakat ini... hewhewhewhew..
KEbolehan terkini, menjerit seperti pontianak. 
HAri tu dia wat aksi menjerit-jerit keliling umah dengan gaya Usop dalam Zombie Kampung Pisang itew. NAsib baik tangan dia normal je, tak dikepakkan. Tapi, gitulah gayanya skang, ke hulu kehilir menjerit umpama nampak zombie. 
Oh..rumah saya sekarang dipenuhi pakar raja lawak meskipun saya sedikitpun tak minat citer maharajalawak tu. 




Ini pun antara kebolehan terkini yang sungguh mendebarkan. 
Berdiri di mana sahaja tempat yang dia suka tanpa mengambil peduli akan kestabilan sesuatu tapak pendirian beliau. 
Apekah la ayat aku ni?
Udah le berdiri tu pun tak baper nak stabil... Almaklum le, perut boncit, bontot pun 'buncit' jugak, so masa berdiri tu goyang-goyang ke depan ke belakang... 
Siyes klako.
Ko belum tengok dia berjalan lagi.
Dah cam JAck Sparrow dah jalannya. 
HAHAHAHAHHAH~
Ni lah padanhya tengok JAck Sparrow masa ngandung. *Tepuk dahi.
Tabiat berdiri dengan gagahnya ni berlaku di rumah juga. 
Boleh bayangkan tak dia berdiri kat arm rest sofa kesayangan aku yang berwarna brown itu?
Arm rest adalah tempat letak tangan, tapi dia buleh berdiri di situ?
Adalah dalam 12 ke 15 inci lebar arm rest tu tau. 



Oh My Wawan....







Same tak?


Abaikan kesan 'degil' kat mata Wawan tu. 
HAHAHAHAHHAAA



Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram