Followers

28 Nov 2012

Babai Inche Kitchi ku Cayang....


Inche Kitchi udah selamat naik bas tengahmalam tadi.
BErlepas ke KL. Lapor diri dulu kemudian baru lah dia memulakan tugasnya sebagai pisang emas dibawa belayar. HEHEHE...


Inche Kitchi naik kapal semula. 



Cuma bukan sebagai navy je. 


Maka, bermulalah semula hubungan jarak jauh kami. 
Mungkin kedengarannya sangat menyedihkan. Maybe, ada yang terbayang kesukaran. 
Pun begitu, ramai je orang yang berPJJ dengan suami.
Malahan , ada jugak suami yg berPJJ dengan isterinya.
Semuanya kerana tugas.
Susah atau senang, kalau kita dah pilih, maka kenalah deal dengan perkara tu.


KAlau cam aku, kome tanya siok ke tak PJJ, aku jawab SERONOK. 
Tapi penat.
SIyes....

Bab jaga diri ni, tada masalah sebab aku memang terer bab jaga diri bila kena tinggal.
Masalah aku ialah, bila suma orang ada, nak-nak lagi la laki aku ada kat sebelah, tetiba je jadi tak reti pape. Semua menda nak suruh dia buat.
Pastu, bila dia tak buat, aku mulalah nak sentap. 
Tengok dia main game semedang pun rasa cam nak HULK SMASH je!
Abeh, dah dia tak layan aku kan?


Papepun, asalkan pekerjaan yang suami pilih tu adalah sesuatu yang dia enjoy dan suka, dan mendatangkan pendapatan mencukupi untuk menampung keperluan gergasi isteri dan anak-anak, aku tak kisah berjauhan pun. 
Biarlah dia berjihad mencari rezeki dengan tenang tanpa risaukan kami.
Dan biar aku lak berjihad di sini menjaga dan mendidik anak-anak kami. 


Dan juga buleh la aku berjihad menguruskan selera makan aku yang menyebabkan aku semakin debab.
Ni mak lak ada seminggu kat umah, haaaa..... lagi la kan. 
HKCC asyik lupa minom je tau. 
HAri-hari kuar gi makan, asek order teh ais. Padahal tau dah teh ais kat sini tak sedap. Pelik betui la ko ni Makbed. 


Oni hantar Apak dia di stesen bas tadi.
Terkebil-kebil dia nengok Apak naik bas.
Wajahnya sedih, tapi sikit pun tak tunjuk. Gaya cam ego-ego gitu, Ibarat dia tu kuat la. 
PAdahal, muka tu asyik sembam kat bahu aku, pastu sesekali pandang bas Apak yg belum bergerak. 


Tapi kejap jerr....
Pastu sambung balik loncat-loncat.


Bila nak tido, baru dia sedar yang Apak dia dah takde. 
Kerusi kerajaan Apak , tempat Apak duduk main game tu dah kosong. 
Lama juga dia tenung tempat APak dia  tu.
MAsa nak tido , saja la aku tanya mana Apak dia .
Oni jawab.."Ayah gi nek bas. Work.."

Maknanya, dia paham le apa Apak dok cakap kat dia tu.....


Huumm... Wawan jela besok tatau caner.
DIa awal-awal lagi dah tido. 


Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram