Followers

22 Nov 2012

Alhamdulillah.... RM14,000 dalam tangan.



Kisah ni jadi kat Public Bank Manjung bebaru ni.
Aku singgah nak cucuk duit sebab nak gi shopping tudung kat Billion Manjung.
MAsa masuk dalam bank tu, takde sapa. Just aku dan mesin-mesin jer.


Tetiba...tengah dok melayan perasaan cucuk duit tu, ada orang tegur aku dari tepi.


"Kat mana nak masukkan duit ye?" sorang lelaki bertanya. Di bahu tersandang beg recycle kaler oren. 


Aku pun tunjuk la mesin Cash Deposit Machine kat belakang.
Muka mamat tu pun cam blur-blur je.
NAmpak cam melayu, tap pakai rantai silver di leher. 


Dia tak berganjak walau aku dah gtau kat mana CDM tu. 
Pantas je aku assume yg mamat ni tak reti guna machine CDM. 


"NAk saya tolong ke?" tanya aku sambil tunggu duit keluar kot mesin. 
Kuda-kuda dah pasang siap dah ni... takut mamat ni rompak aku ke hape. PAdahal duit yg nak kuar dari mesin tu cuma seratus hengget je pon. Tapi, duit la kan..
KAlau mamat ni rompak je takpe..Kang dia pukul aku dalam tu, caner?


TApi, maintain cool. 



"Iya... minta tolong boleh. Saya tak pandai guna mesin.." balasnya.


"Banyak ke nak bank in?"tanya aku lagi, dengan nada yg ramah. 


"Banyak!" balasnya pulak kendian diam.


Aku pun diam. Duit dah kuar.... Aku pegang duit terus masuk dalam wallet. Cam cemas je. 


"14 ribu..." sambungnya lagi.



"14 ribu!!!!???" hati aku menjerit. Terus dah tak susah hati pasal orang tu nak rompak aku. HAHAHAHAHHA....



Giler ko RM14,000 masuk kan dalam CDM.
Ko leh bayangkan tak betapa besarnya sifat sabar yg perlu ada dalam diri aku untuk menyelesaikan misi tu?


Memula aku ajar dia cecara nak guna CDM tu tapi nampaknya orang tu cam benak hati jer.
Heran pulak aku meniaga apa la dia ni sampai bawak RM14 ribu ke hulu ke hilir , dalam beg shopping yg recycle tu? 
Ntah-ntah duit hasil rompakan?
Ntah-ntah mamat ni ah long pe...
MAri berspekulasi.. HAHAHAHHA!


Masa nak bank in duit tu, ada la nampak nama tuan kepada nombor akaun ni.
Cina...


Memula, aku bank in la sesikit. 
Dia bagi aku duit sikit demi sikit.
AKu pon takut nak pegang duit banyak tu.
Tak muat nak genggam hokey!

Tapi, lepas beberapa ketika, rimas lak aku nak mintak-mintak duit tu, jadi aku mita SEMUA duit ribu-ribu tu, aku nak pegang.
Senang aku mau masukkan dalam mesin.


MAmat tu pasrah je bagi duit tu kat aku. SEMUA!

Ok.... rasa cam aku lak yg rompak dia. 
HEHEHEHHE~



Setengah jam berdiri kat CDM tu!
Dengan duit taknak masuk..Duit rejek...
Sekali masuk hanya boleh 99 keping je.
NAk cukupkan 14 ribu tu , gamaknya berapa kali nak kena tekan nombor akaun kan?


Rupanya, mamat ni adalah tokey kedai nasik ayam dan berniaga di TESCO.
MEmana TESCO yg ada nasik ayam tu, dialah yg punya. 
Even TESCO MERGONG tu, katenye dialah yg punya jugak.

Owhh.. aku sedang membantu tokey nasik ayam yang sedang masyuk, membubuh wang mengguakan CDM.
Apesal la tak gi berator kat konter je?



Dipendekkan cerita, lepas aku berpenat -lelah berdiri kat depan CDM tu untuk memasukkan wangnya yg berjumlah RInggit Malaysia Empat Belas Ribu plus plus tu, aku dapat upah RM10.
RM10 atas kerajinan aku tadi!

Ko ade?





Kalau aku 'amik' duit RM50 sekeping pun, dia tak pasan, kan?


RM14,000 berbalas RM10.









Tolong biar ikhlass.....







Saya beli tudung la!
Dapat la sehelai tudung ekstra. BAjet nak beli 3 helai pashmina, tapi sy beli 4. 
Mekasih kepada Abang Tauke NAsik Ayam TESCO tersebut....




Gambar blur dengan tragisnya kerana ketika snap gambo tu, anak-anak saya sedang melompat-lompat atas katil. 
Saya pun ada atas katil tu.
Selepas gambar di snap, saya terus berubah menjadi resakse dan mereka pun lari menyelamatkan diri. 

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram