Followers

16 Nov 2012

4 Jenis Orang (Bukan Orang-Orang)



Di celah-celah manusia yang ramai dan kita berada di antaranya, kita turut tak ketinggalan nak berjaya seperti orang lain.
Pun begitu, tak semua orang beridea berjaya seperti yang kita ada.

Berikut adalah 4 jenis manusia TOP yang selalu wujud di antara kita..


Cekidaut!





PENCIPTA SEJARAH / HISTORY MAKER

Orang ni bukannya ahli sejarah tau. Ahli sejarah mencari tinggalan bersejarah. 
Saya bercakap tentang golongan yang gemar mencipta sejarah. Apa saja yg dilakukan, she will make it so awesomely and then be remembered by it. 







HAIRAN DENGAN APA YANG BERLAKU

Ini golongan yang agak kepochi dengan orang lain tapi jenis banyak persoalan.
Soalan Apa , Siapa, BAgaimana, Mengapa, Di mana akan senantiasa menerjah pikiran beliau. TEngok apa pun, suma ia hairan.
Tengok orang makan Dominos hari-hari heran.
Tengok orang shopping selalu, dia heran.
Tengok orang berkehidupan senang, dia heran.
Semua nye sesuatu yg begitu menghairankan bagi dia. 







MELIHAT APA YANG BERLAKU

Yang ini pulak orang yang melihat je , tapi hanya sekadar melihat. TAk de hairan-hairan macam kat atas tadi. 
BAgi dia, semua perkara yg berlaku tu macam tengok tv je. Ada ka takde ke sama je. 
Orang gi makan dominos, dia tengok je.
Orang pegi Legoland, dia tengok je.
Orang sibuk-sibuk nak berjaya, nak mencipta sejarah, dia hanya tengok je.
KAlau ada rezeki dia, hasil 'melihat' tu dapat lah dia rasa secupak dua kejayaan orang. Bonos la tu kan?
TApi, dia?
Apa pun tak buat. 
Dengan tangan dan kaki yg diberi Allah, dia hanya  mampu guna satu pancaindera je, iaitu mata. 
NAk menegur orang buat salah pun tak mampu.







TIDAK TAHU APA YANG BERLAKU


YAng ni pulak kategori APTB (apa pun tak boleh). 
Nak bersembang dengan dia pun payah sebab kita tahu hal dunia, dia tak tau. 
Hidupnya dalam dunia dia. Apa yg jadi di sekeliling dia tak tahu dan tak kisah pon. 
Jiran sebelah umah wat kenduri kawin pun tak tahu.
Ahli keluarga terdekat sakit pun tak tahu. 
Kiranya, semua tak tahu lah!
Senang hidup dia..
 TApi, orang cam ni memang selalu sangat kena tipu dengan orang lain. Dan selalu diambil kesempatan.
TAkleh nak salahkan orang.
Dah tak tahu?





Yang mana satukah anda?





Garapan sumber motivasi dari Bos yang saya hormati.
Semoga Bos saya tak sekeh saya bertubi-tubi kerana mengkatunkan motivasi beliau. 





Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram