Followers

31 Oct 2012

wahai perokok sekelian alam!


Adil tak adilnya perokok-perokok sekelian...




Isteri beria berhabih duit nak cantik, wangi dan menawan khas untuk perhatian suaminya. 
Suami plak tak bersusah pun untuk kelihatan hensem, macho dan mantap depan isteri tapi sanggup berhabih duit maintain beli rokok jer. Bau asap rokok di badan pun tak kisah. 
Adil tak isteri wangi-wangi di katil dan suami plak busuk berbau rokok?



Isteri bersusah-susah diet tak makan, beli ubat kurus, berpantang selepas bersalin , kumpul duit semata-mata nak gi pusat perlansingan badan untuk menjadi kurus seperti anak dara
Tetapi suami plak berpantang takleh tinggal rokok dan menegaskan bahawa kalau dia berhenti merokok dia akan gemok kerana selera makan bertambah.
Adil tak?
Habih yang kami bersusah-susah nak kurus sampai habih beratus ni, menitik-nitik peluh suma. BAik takyah. BAk mai je rokok sebatang kalu gitu,kan?


ISteri dan ibu menjaga kesihatan diri sebolehnya elakkan demam demi kesejahteraan suami serta anak-anak.
Makan supplement untuk kuatkan badan. 
MAkan vitamin c. 
Ubat sakit urat pun makan. Ubat awet muda makan. Semua ubat la makan.
TApi, si suami, ubatnya cuma rokok. Dan di masa depan memang dijamin sakit. KAlau tak sakit batuk kering, sakit kanser. Paling ditakuti sakit jantung. 
Adil tak bila si isteri berhabisan untuk sihat di masa depan tetiba bila di masa depan dia sihat, si suami yg kaki merokok tu plak di waktu tuanya sakit dan perlu dijaga rapi sebab dah kena penyakit kritikal. 
Paling tak adil, si isteri pun kena tempias penyakit kritikal setelah sekian lama jadi penghisap rokok sekunder. 
Jadi, bermanfaat tak kalau waktu tua sakit semacam itu? 

Ini ke namanya cinta?




Sudahlah.
Berhenti la merokok.
Sebab rokok tu la menda paling utama sekali yg perlu diboikot berbanding ngan produk-produk lain.
Katanya dadah tu punca rosak masyarakat.
TApi bukan sebenarnya.
The punca sebenar is ROKOK.
Sebab dari rokok la datangnya keberanian nak cuba memacam.
Ini adalah experience ok...


Perokok adalah tak adil sebab mereka ini dapat pleasure yg diorang nak, tapi org lain terpaksa tanggung akibat bersama mereka. 
PAling teruk, orang yang terpaksa tangung tu adalah orang-orang yg dia sayang, dan yang sayangkan nya. 


So, di manakah cinta nya tu?

Siapakah sebenarnya yg awak cinta?

Rokok?

atau isteri dan anak-anak anda. 



NAiklah harga berapa sen sekalipun, tapi bila kita dah tak sayangkan diri sendiri, maka ianya tetap tak berfaedah.
Dan kerajaan sebenarnya dalam dok berkempen soh berhenti rokok dengan menaikkanharga rokok, sebenarnya ada untung jugak. MAybe cukai rokok yg naik tu adalah buat nak bayar bonos dan pencen rakyat-rakyat jelata. 



Jadi, untung la kan.

TEruskan merokok.....



-entri ini adalah ekspresi diri sendiri je. bukan berunsurkan politik. sila bawak sifat prejudis anda ke tempat lain. saya hanya prejudis ngan smokers je- 




ini cakap pasal suami yg merokok je.
pompuan pun ade gak merokok. cuma, kat tempat aku ni, pompuan merokok adalah jarang.
kalau ada pun, dia tak berani sgt nak isap sebab orang tengok dia macam tengok binatang hampir pupus kat zoo. hahahahaahh~!





Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram