Followers

17 Oct 2012

Survey Sekolah Oni dan Oni Merembat NAsik Lemak IBu Beliau.




TAhun depan ONi dah 4 tahun. Bercadang nak hantar Oni gi skolah awal. MAybe kalu gi skolah awal akan membuatkan daya upaya tangisan dia berkurangan. 
Hewhewhew...


Pepagi, mandikan ONi dan Wawan.
NAk gi survey kat PASTI yang dekat je ngan umah aku ni. JAlan kaki je pun dah sampai. 
Sesampainya aku kat depan tadika itu, aku disambut oleh seorang cikgu bertudung labuh. UStazah Zulfa namanya. 

And then aku pun tanya le soklan yang aku terasa nak tanya.
Ekceli aku gi situ pun clueless taktau nak tanya apa. 
TApi, kalau tak pergi lansung tanya, lagi la taktau pape kan. 
So aku just anggap ketidakketahuan aku ni adalah kerana ini first experience nak ngantor anak gi sekolah. 
TApi siyes clueless...
HAHAHAHHA... So, buat muka clueless la kan.

NAsib baik la setazah tu baik. Walaupun dia memula cam clueless bila nampak haku.
Ok..keadaan seperti ini terjadi kerana muka aku maybe nampak sangat tak melayu, pehtu ada plak 'tindik idung' jadi, imej diri adalah tak berapa jelas.
Apakah beliau ini India - Mamak -Mami - Arab - atau budak yang sungguh sosial sehingga sanggup menindik hidung tanpa sebab?

IAnya biasa berlaku.....
sehinggalah aku mengeluarkan sepatah dua kata...

"Assalamualaikum. Maaf nak ganggu Ustazah. Nak tanya ni... KAlau saya nak hantaq anak saya ni sekolah sini, bilakah tarikh daftarnnya?"


Mendengar soklan versi utara tu, maka legalah ustazah terbabit.

Pehtu, ustazah tu dok usha-usha Oni ngan putingnya.

"Umoq berapa ni?"

"Tahun depan dia 4 tahun ..." balas ku. 


UStazah tu diam kejap.
Kendian sambung...

"Boleh ja nak hantaq. Tapi, kami amik budak 4 tahun 7 orang ja. Dan kalau belajaq pun tak de la tumpu sangat macam budak 6 tahun. Rileks sikit... CUma tang qiraati je kami tumpu lebih..." gitu explaination nya. 

Oh, sounds good enough to me!

Walaupun sebilangan kata hantar anak gi tadika 4 tahun adalah awal, tapi ia bukanlah perkara yang alien , kan? 
Disebabkan Oni ni aktif, banyak tenaga yang perlu dichannel ke tempat yang betul. Ustazah tu dengar dia bercakap pun, dia tak risau nak ngajor.  Boleh buat sembang lak tu.
Cuma....
Ada puting kat mulut je laaa....
HAIH!

Daripada dok umah sesaja, lebih baik hantar di ke sekolah. Di sekolah, she may discover her new talents and capabilities. KAlau kat umah, sementara nak discover few capability tu IBunya jenuh bebel-bebel laaa...
Capability utama dia menyepahkan rumah kan. 
Aku bukan pe... tetiba ri tu dengor dia nyanyi lagu TAylor Swift yang bertajuk "We Ain't Ever Getting BAck Together"tu aku rasa cam halamaakkk....... Kena segera hantar gi kelas ngaji.
KAlau aku ak ajar ngaji, dia terpisat-pisat seperti cacing kerawit. 
Itu la..kalau mak ajar mmg gitu. 
Aku pun cemtu gak dulu-dulu. HAHAHAHAHH!



Dah habih selesai kat PASTI tu, aku bawak dema gi umah pengasuh lak. 
Sebelum pegi tu, singgah jap beli nasik lemak kat tangki air. 
Aku beli 4 bungkus.
Dah sampai umah Mama nya, Oni cakap dia nak sebungkus nasik lemak tu.
So, aku pun keluarkan 3 dari plastik, dan tinggalkan sebungkus untuk dia bawak. 
Tapi, dia keluarkan sebungkus tu, nak pegang sniri. 

HAku pun cam HA...HOke laa.
Aku masukkan balik 3 bungkus nasik lemak tu dalam plastik.
Then, aku kuar keta nak amik Wawan ikut pintu sebelah sanaaaa.
Oni cam biasa, turun sendiri. Dah pandai jalan, kan?
KEbiasaanya Oni akan bawak beg susu sendiri. Galas je. Dalam tu ada la botol susu semua, baju, pampes dia dan adiknya. Dia dah reti dah tanggungjawab jaga beg tu. 
Lepas selesai urusan ngantor Wawan ngan Oni, aku pun nak bergerak pulang.


On the way tu, aku pasan yang plastik nasik lemak yg aku letak atas kusyen dah takde!



3 menet pastu, kakak pengasuh tepon..

"Liza, HAHAHAHAHA." Gelak dulu. 
"Oni bawak nasik lemak Liza ni. Semua ada kat akak ni. MEh le patah balik amik. "suruhnya.


Hmmm.. hai anak. 
Bila masa plak ko ngamik beg plastik nasik lemak tu. Adehh...konpius..konpiusss...!
Tapi, sebab nasik tu dah ada kat sana, takpe lah. Redha je. Rezeki semua orang di sana. Aku just ckp kat kakak pengasuh, aku beli lain nanti sebab masa dia telepon tu aku memang bebetul je depan kedai nasik lemak tu. 


Kakak tu cakap OK je. 
Rasa cam tak molek lak nak amik walaupun dia suruh. TAkpelah, boleh ONi makan. NAsik lemak nya sedap!



TApi, as for me plak, walaupun aku dah sampai kat kedai nasik lemak tu, rupanya makcik tu dah nak tutup kedai sebab baru ajerrr habihh!!


Kuciwaaaaaa.............



Esok masih ade. 
Bertabahlah MAkbed.



Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram