Followers

15 Oct 2012

Seorang Jururawat Bernama Makbed



HAri Isnin adalah hari gi market.  Barang basah dah habih. Alang janji dengan aku nak gi market sama-sama, sekali nunggu dia tak balik-balik. CIsss... Maleh nak nunggu. AKu pegi dulu je la. 


Disebabkan ari ni aku drive, which is a bit rare kalau gi market (aku salu merempit gi market) maka kenalah parking kat tempat kereta. Jalan jauh sikit. 

Kedai pertama yang aku akan sampai adalah kedai menjual daging. Aku kan jarang makan daging sejak-sejak berdiet daging ni, tapi seminggu sekali kena juga makan daging kalau tak tekanan darah tak normal jadinya. Aku disapa oleh si butcher yakni pemotong daging lembu kat kedai tu..


"Eh kak. Lamanya tak datang sini......."tegurnya. "NAk beli daging tak?" 

Ekceli memang nak gi beli daging pun. TApi, terpikirlah pulak apasal dia cakap aku lama tak datang sedangkan minggu lepas ade je aku datang tanpa gagal. 


Kendian teringat lak lagi... minggu lepas aku datang dari belakang, tak lalu depan dia. Hehehehehhehhe~ GAmaknya mamat ni rindu kat aku kot. 


"Bagi akak daging ni setengah kilo je..." kataku sambil tunjuk kat daging batang pinang yang siap dilapah sekilo-sekilo. 


"Ok kak. "respon budak tu.  KEndian dia tanya soklan.."akak keje ke?"


Aku angguk.


"Keje apa kak? Keje nurse ke?" tanya budak tu balik beserta dia punya assumption skali. 


Aku dah gelak dalam hati, Apekah aku ni seperti nurse? Walaupun mak aku banyak kali suruh aku jadi nurse dulu dan aku takmo, tak sangka plak ada ciri-ciri nurse dalam diri aku ye...?


"Ehhhhh... takde la. Akak keje. Dengan Prudential. Insurans agen..." balasku. 


Pehtu budak ni wat muka seperais. "Owhhh... Prudential . Saya tau..Saya tau... Ingatkan akak nurse tadi....NUrse kan comel-comel..." katanya sambil sengih-sengih. 


"Hoo... asal orang comel je hang assume orang tu nurse laaa...." balas aku balik sambil gelak. "BAnyak la ko. Nah ni seploh hengget. Akak beli ye..."


"Jual daging kak.... " balas mamat yang tidak diketahui namanya. Yang aku perasan, t-shirt yang dia pakai tu koyak kat ketiak. Tu je. HAHAHA. Sempat lagi skodeng!





Ado nampak cam nurse keeeee???



BAyangkanlah kalau aku jadi nurse korang.. Hehehhehe








Siap dah gulai ikan sama sambal belacan, siap ikan goreng sekali. 
Pukul 10 dah siap masak lunch.
Dan skang aku nak gi kerja!



NAk pi KMC jumpa client yang anaknya demam. 

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram