Followers

9 Oct 2012

Seni Bersahabat Versi Aku Sendiri.




Kita dituntut mencari orang baik-baik untuk dibuat rakan. 
KErana berkawan ni , kalau yangi wangi, kewangiannya akan terpalit sama. Kalau yang busuk, busuknya juga tepalit sama kat kita. 
NAmun, di dunia sekarang ni, tak dapat tidak kita pastinya akan terpaksa deal dengan memacam orang yang ada baik dan buruk. 
PErsoalannya, haruskah kita turut bersahabat dengan orang yang perangainya buruk?
PErlukah kita 'buang' terus rakan yang sifatnya buruk?


Coretan ini adalah berdasarkan pandangan aku sendiri. 
Alhamdulillah...pekerjaan aku skang mengajar aku tentang banyak perkara terutamanya dalam hal hubungan aku sesama manusia , khasnya seagama. 
MAnusia ini pelbagai. 
BIarpun satu agama, satu bangsa dan satu negara, personaliti kita berbeza.
Kesukaan kita berbeza.
Roh kita tak sama.
Justeru, bagaiamana melayan orang yang bukan 'sekategori' dengan kita? 


KAwan-kawan aku memacam perangai. 
TErlalu pelbagai. 
KAlau diceritakan, memang tak sudah. 
PEngalaman memberi macam-macam kepada aku. 
YAng baik, aku pegang.
YAng buruk, aku jadikan sempadan. 
PEngalaman juga memberikan aku persahabatan. 


Sesetengahnya yang baru mengenali aku, walaupun tak pernah bersua muka, boleh je jadi rapat. MAcam dok dekat-dekat. 
KAlau bertemu apatah lagi.
NAmpak sangat sy sangat adorable. kan kan kan? 


Untuk menjadi rakan yang baik, pertama sekali kita kena berpegang kepada satu prinsip.
UNCONDITIONAL yakni tidak bersyarat. 
BAgi aku, sesiapa saja yang berkawan dengan aku, walaupun tak de la kamceng sangat pun, aku berkawan dengan semuanya tidak bersyarat. 
Aku sayang semua kawan-kawan aku , amik berat , memberi nasihat , berjenaka dengan sesiapa saja yang menerima aku sebagai rakan mereka. Aku tak menuntut apa pun untuk kalian jadi rakan aku. TApi, biasanya aku memberi lebih. Apa saja yang aku boleh beri, aku berikan. Tanpa Bersyarat. 
Tidak ada pernah sekalipun keluar ayat "balik-balik aku je jaga hati kau. Asyik-asyik aku je yang buat. KO tak buat pun untuk aku..." 
NO. TAK PERNAH! 
Apa yang aku buat kepada orang adalah kerana diri aku sendiri nak buat. 
Takde sesapa pun yang paksa aku apatah lagi rotan bontot aku suruh aku buat. 
KOrang plak, tak payah sesekali pun rasa terhutang budi atau touching dengan apa yang aku buat. Apatah lagi terasa terpaksa untuk membalas budi. Semua tu aku tak minta pun. Cukuplah hanya sedikit doa terdetik dari sanubari rakan-rakan agar mudahkanlah urusan aku di dunia dan akhirat. 



Sesekali pernah ada rakan menyindir,frenlist fesbuk aku terlalu ramai. LElaki dan perempuan sama ramai. Adakala, terbit gambar-gambar aku bersama rakan-rakan lelaki dan mereka ni pantas buat assumption aku ni jenis orang yang "semua dia langgar". Sesapa pun buleh je jadi kawan aku.
NO. BUkan sesapa pun boleh jadi kawan aku. 
TApi, aku memilih untuk berkawan dengan mereka. 
Dan , jika mereka selesa, mereka terus kan bersahabat dengan aku. 
Orang lain berhak je 'tak suka' dengan orang tapi aku tak berhak.

"MAkbed tu, ngan mat rempit pun dia buat member..." 


Yess.. maafkan lah kawan aku yang jadi mat rempit tu. 
TApi, aku tak berhak 'halau' dia sebagai kawan sebab kita taktau bila manusia tu nak berubah. 
Selagi dia tak kacau hidup aku, dan menghormati aku selayaknya takkan pulak aku nak tetiba emo gi tendang dia di khalayak, kan? 



RESPECT adalah sesuatu yang tak boleh diajar dalam masa sehari. 
Dan RESPECT ni sesapa pun boleh belajar, cuma tak ramai yang willing to learn. 
KAlau nak bersahabat ramai, memang boleh je. 
TApi, kalau nak yang berkekalan, kena belajar camana nak respect orang.
Respect ni tak bermaksud hipokrit.
TApi, respect ni adalah cerminan life style kita di sebalik life style yang sedia ada.
KAlau ko nampak cam kaya, tapi ko tak berbudi bahasa, tak tahu hormat orang, jadi kekayaan tu orang tak nampak. 
Orang nampak yang TAK RETI HORMAT orang lain tu terlebih dahulu. 



MAnusia ni pelbagai. 
HAti lain-lain. 
Perlu tahu cara nak melayan orang in certain ways. 
Secara asasnya, dalam seni bersahabat ni, kena tahu banyak cara melayan dan mengambil hati orang
Kalau orang ni jenis melawak kasaq, so kita deal dengan cara betui.
KAlau rakan kita tu jenis cepat 'menyerap' atau pun super-sentap, kita berbuallah dengan cara yang bersesuaian dengan dia. 
KAlau yang super-baran, lain pulak cara berbualnya. 
Kena ikut rentak orang lain sama. Jangan ikut kepala otak kita je. 
Biasanya, bila kita cuba mengikut rentak orang,orang lain jugak akan cuba memahami kita. Sebab, dia suka nak kawan ngan kita. 
Jangan jadikan EGO dan istilah TAKMAU HIPOKRIT tu penghalang untuk kita berkawan.
Hipokrit is not the words. 
Ia lebih kepada CARA BAWA DIRI. 
Macam naik sampan.
Kalau arusnya deras, kita berhati-hati mengawal sampan.
Kalau arusnya lembut, kita pun lembut je...
KAlau melawan arus, tak ke penat?



BERALAH. 
ika ada konflik, selalunya aku nilaikan dulu konflik tu. KAlau berbaloi untuk digaduhkan, maka aku gaduh laa..
BAnyak nak pikir. Bila gaduh tu kang, main serang je. Boleh nak wat camtu. 
Tapi, biasanya, aku selidik dulu la sesuatu isu yang menjadi punca konflik. 
KAlau takleh nak cungkil dari mangsa konflik, aku cungkil la kat kawan-kawan yang berkaitan. 
TApi, aku ni pencinta keamanan. 
Dan orang pun tak gamak nak gado dengan aku yang kiut ni. 


BERSIKAP PEMAAF dan tidak segan meminta maaf. 
Tak gugur pun rambut atau sebarang bulu di badan jika bersikap pemaaf. 
Memaafkan ni mungkin perit sikit skang, tapi memudahkan urusan di kemudian hari.
JAdi, maafkan la orang yang buat silap dengan kita. 
Dan, kalau rasa diri tu buat silap, jangan malu nak minta maaf. 
Orang putih kata Forgive And Forget. 



JANGAN BAJET HOT MELAINKAN ANDA BEBENAR HOT. 
Dengan erti kata lain, merendah diri lah. 



BERGURAU-SENDA biarlah kena tempatnya.
KAlau dapat kawan yang tak reti bergurau, memang nasib tak baik la.
Ada yang tak reti beza gurau dengan realiti. 
Ada yang amik port dengan gurau sampai nangeh-nangeh. 
Cam haku, kebanyakkan kawan-kawan semua adalah ubat anti-stress buat aku. 
Of course le kalau nak kawan bergurau tu, diri sendiri tu kena bijak bergurau dan tahan gurauan. 
KAlau tak tahan, gi dok dalam bilik je sentap la ko sensorang pastu publish kat pesbuk. 
Hikhikhikhikhik...



COOL DAN RILEX
Sebaiknya, elakkan suarakan kemarahan pada public. 
Tetambah la suarakan kemarahan di fesbuk or di blog.
HOnestly, bila kita marah, segala sifat dalaman kita terserlah dan terbuka. BIarpun hanya marahkan perkara yang remeh. 
Lagi bagus letak status penuh perasaan dan perasan kat pesbuk darpada letak status memaki hamun. 
Orang boleh terus attack kita dan menambahkan lagi kemarahan kita tu. 


Heeee.. ini tips ya!



BErkawan kalau buat stress adalah bukan salah kawan tu.
Salah kita sendiri sebab tak reti kawal situasi. 
Sebaiknya, kalau nampak cam dia ni 'tak boleh blah' elakkan je dari berurusan dengan dia. 
Tapi, jangan le sampai tak kawan lansung. 
Tak baik putuskan silaturahim. 




ni tips aku la.
kalau rasa cam nonsense je takyah le ikut.



Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram