Followers

4 Oct 2012

[RESEPI] Sosej Roll Che Tum



Lama tak boh resepi noh.


Meh kita buat resepi breakfast atau minum petang yang simple lagi sedap. 


Nama Resepi: Sosej Roll Cek Tum


Bahan-bahan:

Beberapa keping sosej yang comel. 
Beberapa keping roti yang dipotong dua.
Nestum secukupnya.
Keju cheesedale yang dibelah 4. 
1 biji telur , dipecahkan dan digodek manja. 





Rendam sosej dalam ayaq panas selama beberapa menet. TAknak pakai yang keras kong baru keluar dari peti ais ye. YAng bagusnya bila rendam dalam air panas ni, sosej nye lembut dan bebas kuman peti ais.....



Sebelum potong 2 roti tu, aku buang tepinya. KAlau tak buang nanti susah nak lekat hujung nya tu. LAgipun Oni tak makan tepi roti.  Penyekkan roti tu sepuas hati anda dan sapu roti dengan mentega. 

Sosej tu lepas dah agak-agak lembut dan dah takde ais beku kat badan dia, belah dua. Senang nak masuk mulut bila nak makan. 


Sekeping cheese dipotong 4. 

Ambil sekeping cheese letakkan atas roti yang dah dipotong.
Kemudian, letakkan sosej.
Gulung.........


MAsukkan gulungan roti tu dalam telur yang dipecahkan tadi.

Dan lepas tu , golekkan roti tu atas nestum.



Nestum


Goreng dalam minyak panas-panas selama 2 minit. 
JAngan lama-lama sebab nestum cepat rentung.





Ini hasilnya bila dah siap goreng.



Rupa luar huduh sikit. 
KAlau nak hidang kat tetamu, belah dua supaya nampak cheese yang mengiurkan tu. 


Sedap cicah sos.
Oni dan Wawan pun suka. 


Boleh ganti nestum dengan serbuk roti. 
Tepung pun boleh, tapi tak kick sangat. 

Resepi ini lansung tak memerlukan garam. 



Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram