Followers

11 Oct 2012

[Product Review] SABUN SUSU BERAS plus SUSU KAMBING



Zaman remaja-remaja dulu, mengikut buku panduan penjagaan wajah, lepas bangun tido kena cuci muka. 
Sebelum tido pun kena cuci muka. 
Ini adalah penting kerana kalau tak cuci, muka akan mudah dihinggapi jerawat. 


Semasa mengandungkan Wawan, Makbed terkena sindrom MALAS MENJAGA MUKA. 
Mekap takmo.
Cuci muka pon takmo. 
MAybe kerana kesibukan menguruskan Oni, ilang minat terus nak spend time lama-lama dalam bilik airdan didepan cermin. 
PAdahal, bukannye lama mana sangat pun, kan. 


PEncuci muka yang Makbed pakai masa  tu adalah safi. Yang kaler biru.
Sedar tak sedar, cukup 9 bulan , aku dah beranak tapi pencuci muka tu dok banyak lagi.
Tak pakai pon. 

Bersyukur sangat la muka jenis tak cepat naik jerawat. 


TApi..

Suka aku nak share ngan korang sabun yang aku guna setiap hari sejak 3 bulan lepas.



TARAAAA....!!

Kalau la ketika ketika membaca blog aku leh kasi terbit bau sekali, memang korang aku bau wangi je.
Siyesly, memang wangi sabun ni.
S.A.N.G.A.T

Sabun ni diperkenalkan oleh tak lain dan tak bukan lah ye...
Founder HKCC,Puan Haida merangkap CIk Bidan aku.
Tapi masa tu,dia soh aku pakai sebab aku baarruuu je abih pantang.
Soh sental daki-daki kat badan.
NAmpak sangat, badan berdaki kan!
Dia tau la, dia yg urut aku *malu~


AKu penah meluahkan perasaan kat pesbuk,tercari-cari sabun mandi yang sesuai.
Bukan kerana nak cari yang berkualiti tinggi sangat.
Aku memerlukan sabun yang menenangkan aku bila mandi.
NAk aroma yang wangi, bukan wangi takat dok dalam bilik air je.
NAk kewangiannya yang tahan lama. 


Dan selepas guna sabun ni , bukan setakat kewangian je yang aku dapat, tapi aku buleh rasa fresh. 
MAcam baru pas mandi bunga. 
Aku tak sure la ada bunga ke dalam kandungan sabun ni, tapi aku sukakan baunya yang seakan-akan pandan tu.
Ohh... terasa seperti blessed dapat mandi cenggini!


Sabun ni kecit aje. 
Harga is RM12.90


HAHAAA. 
HUrmm... memang mahal. 
MAHAL KE?


Tapi, aku tak keshah. Sebab, aku dapat lebih manfaat daripada seketul sabun bergambo kambing ini. 


Susu beras ni kalau tak silap aku memang digunakan sejak zaman dulu-dulu untuk menggebukan kulit. 
Orang kelantan, aweknya gebu-gebu kerana mengamalkan petua mandi air beras. TAk caye gi tanya orang kelantan. 

Inilah dia sabun yang aku pakai mandi, dan inilah jugak sabun yang aku pakai untuk cuci muka. 
Sabun ni sesuai untuk aku.

Mungkin ada orang yang tak sesuai pakai sabun ni kat muka. Test dulu. Kalau kulit menggelupas, jangan pakai di muka.
Pakailah di badan. 
Ini kerana, sabun ni memang berjaya memutihkan celahan peha, belakang lutut dan ketiak. TErbukti!
NAk snap gambo ketiak sendiri mahupun ketiak orang lain adalah sangat tak siuman okee..!


Dan untuk wajah yang kekal gebu tanpa penjagaan yang leceh, inilah dia sabunnya.
MAka, sampai ke sudahlah aku tak pakai toner, takde pencuci muka, takde krim-krim malam.
Bila nak tido tu ,excited sangat nak cuci muka dengan sabun ni sebab kang tido sebelah Inche Kitchi, wangi jekk muka sayee.. Hikhikhik!! *GAtei~!
Gigi jangan lupa gosok, Makbed....


So, bagi aku walaupun rege sabun ni cam mahal,seketui RM12.90 , tapi ianya sangat berpatutan kerana:

  • leh buat sabun mandi.
  • boleh buat pencuci muka which is pencuci muka pun satu tiub kecik dah RM5. 
  • Takyah beli toner. 
  • TAkyah beli perfume. Aku memang tak pakai perfume.
  • Kulit lebih cerah dan mulus. 
  • Tiada lagi kulit kusam
  • Arometerapi dalam bilik air yang paling sep dan tidak membahayakan. Kurang risiko terbakar dalam bilik air sebab memang takyah pakai lilin , api dan minyak arometerapi. 
  • NOda-noda hitam kurang. Yang tak kurang-kurang hitamnya malah bertambah hitam adalah taik lalat aku je. Jangan terpedaya.  

 
Stok sendiri!
 
 Aku punya stok sabun dah sampai. 
Ini semua haku punya.
Sapa nak please beg hewhehew!
Boleh contact aku kalau nak cuba ye.

Sabun ni pun dijual di bawah rangkaian HKCC.
Mungkin korang tak penah tengok lagi sebab yang pakai kebanyakkan agen dan stokis HKCC je.
Actually, kami test dulu. Terbukti bagus, baru kami war-warkan kat orang. Bukan main jual je, diri sendiri tak pakai. HAAAAA....


Yang ada eczema pun boleh pakai. Sabunkan di badan.
Bagus untuk hilangkan kesan-kesan kuping dan parut. Dan boleh hilangkan jerawat di belakang badan.

 


Cik Puan Tyha adalah PENGGUNA TEGAR sabun susu beras plus susu kambing.
Ini adalah gambo beliau yang paling latest, masa Makbed gi Lumut last week. 
TAk berkelip-kelip mata dok memandang beliau. Dia memang dah sedia lawa, tapi tak tau lah pesal tetiba semacam je aku nengoknya. Susah betui aku nak explain. 

BAHAYA SABUN NIH!!

Yang tudung oren tu adalah Pn Haida, Founder HKCC. 
Dia pun pengguna sabun jugak, cuma tak boh kat muka sebab muka dia menggelupas selepas pakai. KOrang nak tau dia pakai kat mana, gi la tanya dia sendiri atau silalah LIKE page Haida KAmaruzaman Collagen Cappucino nescaya korang leh la tengok dia merapu-rapu kat dalam tu. 


Psttt... Makin slim-melim dah cik bidan ni...nampak muda 4 tahun hokeh!


Strongly recommended to ibu-ibu yang dalam pantang. Selalnya dalam pantang ni kulit kusam je sebab kurang segala macam. So, pakai le sabun ni. INsyaAllah, boleh naikkan seri muka dan beri motivation sikit sebab baunya tu sangat wangi.
Ei, sabun pun boleh bagi motivational power ke? 
Lebih kurang la.. 
Eh.. bukan motivation... bagi naik SEMANGAT!
AHAHHA...

HAdoi~!


Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram