Followers

13 Oct 2012

Nak Makan KFC Pun Kena Berusaha Gigih



Boleh lah dikatakan hari ini adalah hari Sabtu Yang Malas. 
Pepagi dah ajak seisi rumah keluar gi breakfast kat Stadium Darulaman. 
Apak semalam balik lambat gi merendek. 
Alang plak pukul 4 pagi baru balik , sibuk ngan tugasan. 

Walaupun semua terkulat-kulat matanya,aku paksa gak dema bangun untuk teman aku makan roti jala kat bawah stadium tu.
*gelak Degawan. 




Aku lupa pulak nama kedai roti jala ni. Tapi, lokasinya memang di bawah stadium.
Dah lama dah gerai ni beroperasi. Sejak aku sekolah rendah lagi. Tapi aku memang tak kenal sangat sapa taukenya. 
Abah maybe kenal sebab ABah memang selalu bawak kami sekeluarga makan kat sini pada cuti hujung minggu. 
Skang, roti jala ni dah beso muka dah. Lebih beso dari muka haku. 
Tebal pulak tu.
Sekeping RM2.00 sekali kuah semangkuk.
KAlau yg takde kuah RM1.50.
Ko makan sekeping je udah. Kenyang la sampai tengahari. 



Pukul 3 baru masak lunch.
Disebabkan malas menguasai diri, just masak sardin je.
MAkan dengan nasik panas-panas. 
Oni kan suka makan sardin Ibu masak.
Pastu goreng telur dadar.
Udah. 


Tetiba je mai petang, rasa teringin nak makan kepsi. AHAHAHAHA..~
LEpas siap mandikan Oni dan Wawan, aku pun keluar.
MAsa tu dalam jam 6 gitu kot. Awal lagi ..Tapi langit dah gelap. 
NAk hujan~
NAk gi jugak beli kepsi kat Tesco Mergong tu. Dekat je. 
TEringin nak makan ayam goreng spicy lak tetiba. 


AKu kuar sniri , just bawak Oni. 
Wawan tinggal dengan Apak kat umah. Dia takpe kena tinggal as long as Apak ada. DIa kan kamceng ngan Apak. 
TEtengah on the way tu, tetiba jek ujan lebat selebat-lebatnya.
Dengan tak semene-menenya Tesco tu jem. Udah semua orang pakat nak parking kat bawah tesco tuu.
2 kali round tak jumpa gak parking.
MAsa dok round-round tu nampak ada sorang lelaki ni tengah tolak troli banyak-banyak tu. Tetengah hujan lak tu kan. 
Alahaiii .... kesian sangat.


Dah takde parking , aku terus drive gi Jalan Putera. 
Dekat jugak ngan umah aku. Cuma hujan-hujan ni jalan mungkin ada splash-splash sikit le kan. 
HUAhuahuahuahu.
TAkpelah ..slamberr jehh.
Oni dah cuak-cuak sebab kilat sabung menyabung siap guruh.


Sampai gak la kat KFC Jalan Putera tu.
NAsib baik la takde orang.
NAmpak la ada couple-couple tengah bersidai kat kaki lima KFC ngan Pizza tu sebab hujan lebat. NAk wat caner kan, sapa soh cari pakwe nek moto. 
(Stetmen lupa daratan plak.)
Seb baik la bawak Oni je. TAkde la teruk sangat sebab Oni dah boleh jalan sendiri, pegang payung sendiri. 
Tu pun dia terkujat-kujat jugak la bila guruh berbunyi tu.


Dah selesai beli KFC, maka kami pun balik rumah. 
Gila thrill la beli KFC hari ni. HAHAHAHA..penuh aksi!
Tetengah dok drive slow-slow sebab tak nampak jalan , aku ternampak kedai beger tepi jalan nak masuk simpang umah aku tu beroperasi. 
TErcari-cari gak kat mana tuan kedainya.Entah mana la dia menyorok time hujan-hujan ni. 
TErdetik rasa syahdu di hati. 

"Oni.. tengok kedai beger tu. SIan orang tu kerja tengah hujan. Rajin dia..." 

Oni pun mengkepochikan diri , cuba melihat melalui tingkap yang samar-samar sebab hujan.

"Hmm.. siannya. BAsah la pakcik tu..." Tu je komen Oni. Pehtu dia sibuk tekan-tekan ekon kat desbod keta. Sejuk katenye. Tengah cari suis nak off. 



Kagum dengan sebilangan orang yang tak takut berusaha keras. YAng sentiasa bersangka baik dengan Allah biarpun kerja yang dilakukan tu menuntut pengorbanan masa dan keringat. 

The truth is tak kan ada yang berjaya bergaji besar sekiranya tidak berani menyahut cabaran dan mencuba sesuatu yang baru. Jalan 'secure dan terjamin' bukan kamu seorang saja yang pilih. TErlalu ramai yang INGIN MENCUBA.
JAdi, bila kita MENCUBA sesuatu yang ORANG RAMAI PUN TURUT CUBA, hasilnya kita akan dapat tapi mungkin hasilnya tak sepuas mana. 
Atau maybe tak dapat lansung. 
Zaman kini lansung tak sama macam dulu. 
JAdi, ubah la sikap dan mentaliti... 
Bagi yang gagal dapat kerja, silalah cuba alternatif baru. 
Silalah jadi lebih berani 
Kalau gagal, cuba lagi dan lagi.
Jika tak suka keputusannya, find a new approach.CHange your strategy. Rezeki Allah bukan hanya ada dalam satu bidang saja. 
Usaha itu belum dikira gagal sehinggalah kita berhenti berusaha. 


Just my 2 cents buat rakan-rakan yang masih belum bekerja dan yang selalu bertukar-tukar kerja. 




Dan...
Akhirnya setelah penat berhempas-pulas sampai basah dapatlah juga kitorang makan kepsi.


Senyuman kejayaan.... PEACE




Tetiba ade plak orang tu enteprem...

HAISH!!

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram