Followers

21 Oct 2012

Musim Makan Supplement Sekarang ni Ye....



Sejak kebelakangan ni, orang yg umur baya-baya aku ni dah mula cenderung mengamalkan supplement selepas menyedari diri tu sudah semakin 'tak muda'.
BAnyak yg kendur, mula dah ada wrinkles... muka kusam.... 

Well, it is normal to face those transition.
Dan tak ganjil jugak kalau kita nak amik supplement untuk melambatkan penuaan.
TAk sesuai la cakap, orang yg amik supplement ni adalah orang yang takut tua dan sakit. Hakikatnya, kita sebagai manusia yang bizi semedang, seringkali terlupa tentang pemakanan sihat.
Pemakanan sihat skang ni kena cari...kena masak sniri
Camana nak cari kalau asik bizi.
MAka, makanlah apa yg terhidang dan yang sempat dicapai....

Dan life yang kita jalani skang pun, membuatkan kita tua cepat, kan?



Despite the eagerness of taking supplements in our daily life, one should have KNOWLEDGE on what supplement they should be taken , not just by simply following others. 

Contoh: Makbed makan vitamin sakit lutut. Ko pun nak makan pil sakit lutut walaupun lutut ko tak sakit. What the fish???
Orang makan vitamin menambah selera makan, ko pun makan vitamin menambah selera makan, sedangkan ko dah gemok gedempol cam ikan paus.  Nak wakpe???


NAk amik supplement pun perlu ada ilmu.
PErtama-tamanya, kena tahu apa yg kurang dalam diri. 
Aku bagi contoh aku jela... Sebab aku kan dah mengalami masalah kekurangan vitamin..


AKu tau aku asik sesema je.
PAntang silap sikit, sesema.
Mandi sejuk sikit, sesema. 
LAmbat tido, sesema.
Demam, selsema.
Stres, selsema.
So..hidup aku ni asik selsema je.


JAdi, selepas gi check dan doctor mengesahkan aku dan selsema ibarat irama dan lagu, sangat kamcaq maka aku disarankan amik vitamin c. 
Lagi high dos, lagi bagus.
LArat nak makan buah oren berbijik-bijik sehari, walaupun makan buah adalah lebih bagus dari makan ubat. 
Biasala..manusia suka yang cepat kan. 


But, aku tak peduli pun amik vitamin c buleh wat kulit cantik.
Aku tak port pun vitamin c buleh wat muka jadi putih. 
YAng aku kisahkan, vitamin c buleh jadikan selsema aku kurang.
Dan, on the way to menghilangkan selsema aku dengan mengamalkan vitamin c, muka aku akan jadi putih.
BONOS la tu!

Jangan le tanya soklan....


KAlau saya dah sedia putih, and saya amik vitamin c plak, caner nak nampak kesannya..?


Soklan tu, akan disusuli dengan jawapan

"Wallahualam"

Sebab, kat skolah takde plak blajo amik vitamin c untuk kulit jadi putih dan orang yg dah putih dikecualikan amik vitamin c. TAKDE!
KAt skolah ajar pengambilan vitamin-vitamin ni adalah untuk kesejahteraan tubuh badan.
So, kalau ko shantek sekalipun tapi ada skurvi, atau ade kudis buta... atau siplis ke contoh ye..contoh... TAKGUNA GAK KOT.


So, sejahterakan kesihatan diri anda dulu, then barulah cantik tu datang.
Kira nak cantik je ko neh.

HAIH!


Paling penting, sebelum nak makan pil tu sila dapat consultation pakar.
Survey.
Tanya doctor. 
Dan tanya orang yang pernah dan sedang mengamalkan sesuatu supplement tu.
KErana sesuatu yang kita makan tu, mungkin berkesan pada orang tapi tak berkesan kepada kita. And vice versa.





Dan nasihat aku lagi satu dalam hal membeli product online ni...

TAk kisahla berapa product pun yang seseorang tu jual dalam kehidupan dia, tapi kesediannya bercakap telus dan memberi nasihat tak mengira masa adalah LEBIH UTAMA.
Sebab konsultasi penjual ni tak kena bayar.
KAlau konsulltasi doktor, kena bayar .
So, sapa suka wat keje tak berbayar?
Pun begitu, dema ni buat juga dengan ikhlas.


NAk beli barang online, cari orang yang buleh bagi konsultasi ye.
BUkan yang main jual je, pehtu jadi pape tetiba dia soh gi rujuk pakar. Yang awal-awal takk nak soh pi rujuk. 





Kalau berniaga berkiblatkan duit, ianya takkan lama.
APa-apa perniagaan pun cemtu. 


KAlau makan supplement berkiblatkan kecantikan semata, ianya takkan lama. 
TApi kesejahteraan hidup tanpa sakit yang menyusahkan orang nak menjaga adalah lebih diutama. 


Ubah persepsi.
Makan untuk sihat.
Cantik itu BONUS atas dedikasi dan kasih sayang kita terhadap tubuh badan pinjaman Allah ni. 



Aku ada consultant aku sniri.
2 orang consultant aku.

HAHAHA....


Akak Nora

Dan Cik Bidan, Haida Kamaruzaman. 

Kerana dengan kegigihan dan keterbukaan hati mereka aku jadi cenggini....







Bukan usaha aku sorang-sorang tau.


Jimat duit Slim World dan New York Skin Solution.

HAHAHAHA




Layan juga lagu Oppa Gangnam Style pepagi sebab energy nye lain macam je.

HAHAHA..

Kalau geli tengok video-clip, toksah la tengok sebab aku mmg tak tengok.
TApi tetap tak leh menolak hakikat yg lagunya bes.


Dan, kalu sudah master tarian gangnam, tak perlu tunjuk kepada umum atau buatny sebagai satu tarian wajib menggantikan poco-poco.
Just bergangnam di rumah.... Bersama anak-anak.
Kalau malu depan anak-anak, masuk bilik kunci pintu.
Sebab,tarian gangnam adalah tarian ekstrim dan fun dan sangat bagus untuk menguruskan badan dan membentuk kaki yang seksi.
HAHAHAHAHHAHA....

Dan anda buat sambil tersenyum-senyum.
Dan ketawaaa...... dengan kesengalan sendiri.

Kan ke terapi tu.

Nak ajar caner nak nampak awet muda.
Buat sendiri pon bule. 



Aku pun buat hokee...



NAk tengok?











HAHAHAHHA...
ketaq lutut makcik .

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram