Followers

31 Oct 2012

Marah la lagiiii... Huuuu!



Dulunya beliau sangat anti-insurans. pengalaman lalu dgn insurans membuatkan dia mencemuh apa saja insurans yg dioffer depan mata. (tapi sy yakin, dia tidak berjodoh dgn agen yg betul).
Masih ingat kata-katanya "insurans hanya nak amik duit kita tanpa sedar...

Pun begitu, dlm tak caya-tak caya tu, dia buat gak la insurans dgn aku. lembut plak hati dia. 
Skit pun aku tak paksa. tapi, aku pasrah je, sebab dia nak sign (atas perintah isterinya kot?)
Last month eksiden. patah kaki. Seminggu di wad. dan sehingga kini masih mc. ISterinya call aku malam tu gtau suaminya eksiden ketika pulang dari kerja.
LAnggar tiang letrik je. 
TApi, menda nak jadi. Nama pun keMALANGan kan?


Dipanjangkan nyawa dia.
TApi, aku tak dapat melawat sebab masa tu aku sibuk di sini.
JAdi, aku just berkirim salam je dan ucapkan semoga sembuh.
Masa tu aku dengar dia cakap..
"haih, ni la kawan awak yg beria suruh saya buat insurans dengan dia. MAin kirim salam je!" Jelas kedengaran di hujung talian.


Ikut hati tu nak je jawab.
Tapi, tak baik. Sebab orang tu sedang ditimpa malang. Ajak bergaduh ngan orang yang tak berdaya, bodoh la kita kan?
Terima kasih kepada leader aku yang banyak membimbing dan aku contohi sikapnya yang sangat profesional dan begitu penyabar. Aku belajar jadi penyabar dengan meniru beliau~


Dari jauh, aku hubungi isterinya.
TErima kasih banyak pada beliau yang sangat percayakan aku. KAlau tak kerana kepercayaan dia, takde la aku dapat jumpa suaminya yang keras kepala itu. 
HAHAHHAHA...


Aku kirimkan borang yang perlu diisi. Borang tu sudah aku isikan bahagian yang perlu. CUma perlu ditandatangani doktor sahaja. 
Memandangkan Encik ni dok wad lebih 3 hari, so medical report diperlukan. Dan ianya mengambil masa untuk disiapkan. 
HAnya minta tolong si isteri berikan kepada pejabat rekod sahaja untuk diuruskan. 
Selebihnya, aku update tentang perkembangan claim from time to time kat isterinya walaupun dia lansung tak tanya!


Lepas siap je report dari sepital, si isteri poskan semuanya pda aku.
Dan tugas aku kemudian adalah report tu kat syarikat. 
So, pastu tunggu laaa.....
Untung la si isteri tu sanggup bekerjasama...
DIa yg nak buat.
Selalunya aku yg buat semuanya. 
Tapi, tu lah, rezeki aku berjodoh dengan client yang semuaya cool-cool belaka. 


"LIza, kamu jangan amik hati ye dengan suami saya. Dia memang cenggituu.... " beritahunya satu hari ketika berbual di talipon. 


Serius, mmg tak amik hati pon. 
Sebab banyak menda nak kena ingat, jadi nak ingat hal yg satu tu adalah payah. Lagipun, sejak anak dua ni asek pelupa je. So, kena filter menda yg mana penting perlu diingat, dan yg mana tak perlu. 

Lepas sebulan setengah gitu....
Encik tu talipon. 
Suaranya takde garang-garang lagi. 
Kalau sebelum tu setiap cakapnya asyik nak 'tembak' je, tapi kali ni dia bersopan-santun ... 


"Saya dapat cek. Dari Prudential. Terima kasih ye...


Aku sengih-sengih je biarpun dia tak nampak. TApi aku sambut la jugak ucapan terima kasih tu. IAnya tak apa-apa. Dah tugas.


"Saya minta maap sebab marah-marah awak. Memperkecilkan pekerjaan awak selama ni. Lepas saya eksiden hari tu, isteri saya marah saya bila saya ungkit-ungkit pasal awak yg takde tanya kabar pape pasal saya... Dia cakap kat saya, kalau saya terus berperangai prejudis dan bersangka semua orang jahat dan kaki penipu di dunia ini, saya akan mati berseorangan, tanpa kawan sejati di sisi. 

"Sekarang, saya dah belajar. Yang saya sepatutnya lebih terbuka dan lebih bersedia mempercayai orang. Dan sentiasa bersangka baik. BArulah rezeki dipermudah....." begitulah ayatnya panjang lebar di talipon. 


Aku lak yang mendengar dari dok tersipu-sipu tu bertukar mode menjadi sebak tanpa sebab musabab yang kukuh. 
Entah apa la panjang lebar dia sembang ngan aku pastu. 
Aku pun udah lupa. TApi yang paling terkesan kat hati aku adalah yang itu lah.... 
Sebenarnya bukan aku tak tanya khabar.
Aku tanya je.
Tapi, dia ni mmg suka marah-marah dan perli tak memasal, so aku elakkan dari bercakap ngan dia.
BUkan pe.... just nak elakkan konflik. AKu ni pun mulutnya bukan gred A sangat. hAHAHAHAH~


Lepas sembang dengan Encik tu, tak sampai berapa menet lepas letak tepon tu , isteri dia lak tepon.


"Dia mintak maap kat ko dah?" tanyanya.


Laaa..tipon semata nak tanya tu je.



"Udaaaahhh.... HEHEHEHHEHE... PAsepa?"



"Dak aih.. Aku marah dia la. Asyik nak marah ja. Dah nak mati pon dok marah orang lagi. Aku suruh dia berubah la. TAk tahan dah aku nak sabaq. Geram... TAk sangka la dia telepon hang lepas tu... Tu pun lepas dapat cek claim. Masa tengok cek tu, tetiba muka dia berubah..." kata si isteri. 


"Ye kee.. Isk, takde menda la. Aku wat keje aku je la. MEnda biasa tu. Eh.... tapi, berapa dia dapat?" 
HAHAHA.. soalan kepochi mai dah. Sibuk gak nak tau. 


"Banyak gak.... Ada dalam RM3 ribu lebih. Banyak !" 


Huyohhh....! Aku pun tak sangka dia dpt banyak tu. Tapi padan la kan elaun wad dia saja pun RM200 sehari. PAstu, ada reimbursement sebab tulang betis kena skru. Cemana ntah. Pehtu, ada elaun mc lagi seminggu RM150. 
Walaupun dia masuk spital gomen (dirasiakan nama sepital) dan kos wad dan bil adalah FREE tapi gomen tak tanggung skru, besi, bolt and nat yang perlu dimasukkan ke dalam badan. Tu kena bayar sniri. Untung gak masuk gomen, sebab takde le mahai beno besi tu dia charge. 


Lepas si isteri tu ucap terima kasih, kami dah pun babai-babai,aku letak tepon dan termenung.
Memang aku terasa dengan kata-kata Encik tu sebelum ni tapi bila dah jadi macam ni, aku rasa BERBALOI menelan perasaan marah dan geram kat orang .
Sebab kerja yang aku buat adalah kerja yang baik. 
Dan aku tak memudaratkan sesiapa pun.
Mungkin, pada ketika awalnya diorang ni tak nampak apa-apa, ataupun mungkin nampak aku ni cam 'pisau cukur' je... Tapi, aku tak kisah.
I know where I stand on, and I know what my responsibilities are. 
Just do my part, and let the rest of it happens by itself. Sapalah kita nak kontrol semua kan...


Hopefully, bertahanlah aku dengan penuh sabar.
Semoga Allah kuatkan jiwa dan semangat aku untuk terus berkhidmat demi kalian.
Dan kengkawan, bantulah aku agar terus berada di dunia insurans bertakaful kerana masih ramai lagi yang perlu diberi pencerahan. 
PAda yang berminat nak tahu lebih detail berkenaan takaful, boleh lah roger aku. 
Tak perlu jumpa pun.
JIka selesa berbual thru email, atau fesbuk maka dipersilakanlah berbuat demikian. 
Tanya lah apa saja, insyaallah aku akan cuba berikan jawapan. 
Yang penting, semuanya mendapat ilmu.
Jangan jadikan 'TAK ADA MASA' untuk bertemu perancang kewangan / agen insurans sebagai alasan kerana bertangguh tu hanya menyukarkan keadaan dan yg nak menanggung kesan tu adalah kalian.
So, skang ni TAK ADA MASA nak jumpa pun masih boleh bertanya dan dapatkan consultation. 
Suka tak?
Boleh email ke makbedjournal@gmail.com
Terima kasih sebab sudi baca.
Dan minta maaf kalau entri kelihatan seperti 'bajet bes' je. TAkde niat nak wat cenggitu pun. 








P/S Kuasa isteri sangat kuat. Dalam kes ni, isteri dia memang memainkan peranan penting yg akhirnya menyebabkan suami dia beli jugak insurans untuk diri sendiri. HEHHEE.... GArang untuk kesejahteraan suami, apa salahnya?


Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram