Followers

19 Oct 2012

Makbed, Taik Kucing dan Doodle.





HAah!

Rasa bersalah lak aku kat kucing yang sedang mengiau di belakang rumah tu. 
Dah 2 hari aku dengar ngiau jek.
Sampai Oni pulak kata kucing tu ngiau panggil dia. BUleh?


Kucing tompok-tompok itam putih tu masih reaja lagi. So, memang agak nakal sikit. Aku rasa makcik jiran maybe sedang mendisiplin kan beliau agar tidak nakal.
Dia letakkan kucing itu di dalam sangkar kucing parsinya. 
Dan letak di luar, dibelakang umah. 


TAktau la ada makanan ke takde dalam sangkar sempit tu. 
Sebab tetiap hari ada je aku dengar suara bersin makcik tu. TAk sure la makcik tu ke bersin atau menantu dia. TApi, makcik tu punya daya kekuatan bersin pun dasyat juge. 
Kira kalau dia bersin tu aku buleh tau la dia ada kat umah. 


Tetiap kali aku gi sidai kain, kucing tu ngiau panggil aku sambil hulur tangan. MAcam minta diselamatkan aje. 
Siann...
Walaupun aku menyampah ngan kucing-kucing sebab dema suka berak kat umah aku, tapi biasalah kan menatang berak.
Cuma aku berdoa je dema kalu nakberak, silalah ke rumah orang lain. JAngan la umah aku....
Hehehe..jahat!
Tapi aku tau kucing tompok tu tak berak kat umah aku.
Sebab aku dah mengenal pasti kucing mana yang sangat kojaq berak kat tempat parking motor aku tu. 
Aku tau la..sekoq tu ja. 
Sebab najis hasilan nya sama je bentuknya.
Dan kedudukan taik pun sama je.
Asal aku cuci je, besok kat spot tu jugak dia berak. 
Apesal la ko tak berak dalam longkang je terus? Sebelah tu je kot. Tak sampai 3 inci pun dari spot yg ko selalu berak tu.


BAru je plan nak menceroboh masuk umah jiran sebab nak bagi si kucing tompok tu makan, tetiba oni nangeh. Wawan pun nangeh. 
So, aku masuk la dulu. Terjaga dari tido plak.
Bila aku gi dapor balik, tengok tuan kucing dah balik.
Yeahahahhaa.... tak payah menceroboh!
Aku bukan pe..kang tetengah aku dok kangkang nak langkah pagar beliau, tetiba makcik tu bukak pintu dapor.
HAaa..mau tak keras aku kat situ?
Hikhikihkikk!
Meskipun kami memang saling mengenali , dan dia mengenali aku sejak kecit, aku kena lah jaga kewibawaan aku juge kan. Ngehngehngeh!


TAdi, aku cuci lagi taik kucing yang bersepah kat tempat parking motor tu. 
HAih!
KAli ni, lepas basuh segala lantai sampai lantai porch pun haku cuci tau.. Aku clorox kan!
Aku mmg tatahan bau klorok. 
KAlau aku tak tahan, aku assume kucing tu pun tatahan la. 
KAlau sekali lagi haku nampak kucing tu sedang beraksi live , berak kat situ lagi, aku tembak dia dengan air tanpa sebarang amaran. 
TAK KIRA!
Kasi mandi free. hehhee..


Pasir yang Inche Kitchi balut ngan pastik sampah tu dah selamat.
Tapi, tu pun pandai gak kucing tu cari tempat-tempat yang terselak dan preettttt. Dia berak situ. 
Hadoiyaaiii.
TErselit-selit pun buleh jugak dia ni bajet membuang. 
Tak paham lah!


Yang tu soh Inche Kitchi la kais buang.





Ok..
HAri ni bajet nak merehatkan otak ngan melukih doodle. 


Tapi, turns out melukih doodle bagi pendatang baru seperti aku adalah sungguh mentensenkan. 
Jenuh gak la aku study menggunakan khidmat google.
Tapi, aku ni jenis yang senang belajar.
HAHAHA...
So, jangan la cakap tak boleh.
Aku buat sampai boleh juge.




Ini doodle yang rupa parasnya cam Oni sikit-sikit. HAHAHHAA..
MArah dia aku lukih gambo dia huduh. 
NAk wat camne, Ibu hang belum expert lagi. SIlalah bertabah ye ONi. 
Tapi, muka memang aku saja letak cam nakal-nakal gitu.

Dan, melukis jari adalah susah. Nak muntah lukis jari sampai 5 tu. AHHAHAHAAH!




Ini pulak doodle konon-kononnya macam Wawan. Oni kata , ini bukan Wawan.
Ini adalah DIA. HAih.. semuanya nak muka dia jer. 
Tapi, walaupun aku tatau ni sapa, tapi aku lukih jugak la. Dah jadi cenggini kan?
Tengok jari beliau sudah hilang satu. 
Hhihhii....
Pastu tangan sebelah lagi tak payah jari lah. Malas suda. 






Dan ini plak adalah aku.
YA..pasni korang akan banyak melihat doodle aku je lah.
Sebab lukih doodle pakai tudung lebih senang daripada lukih rambut. 
Dan aku lebih menumpukan kepada ekspresi muka je.
Ala... tangan tak berapa nak berseni sangat la. 
KAgum ngan blogger yang buleh lukih doodle cam katun jepun tu. Huu... Acaner la depa kebelek?
Aku nak lukih mata pun terktar-ketar dah tangan.




Sekian la doodle daripada orang yang baru belajar ni.
Dipersilakan gelak berdekah-dekah jika mahu. 
Sebab aku pun jenuh tahan gelak masa nak lukih doodle ni. KAlau gelak kang habih la lukisan aku!



Oh.. ada soklan.

Camana nak bagi doodle ni transparent?
Boleh tak ajor.
Aku pakai PaintTool SAI dan Photoscape. 
KAlau ada yg tau, silalah ajarkan.
Plis..Pliss..Pliss....





p/s Doodle Inche Kitchi belom ado lagi. Tengah pikir caner nak lukih. 

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram