Followers

12 Oct 2012

KENYATAAN BERSUMPAH MAKBED



Adohh...

5 kilo lagi nak turun. 
Nak bagi jadi 53kg jek pun.
TAk payah la berangan sangat nak turun sampai jadi 47kg sebab jauh sangat lagi.

5kg tu cam banyak je kann...


NAk wat pledge la camni.

Stakat skang turun 3 kg pun dah besar rahmat dah.
Cik Bidan pun kata , kaki mak dinosor dan turun jadi kaki baby dinosor. Kira satu perubahan yang bagus le kan walaupun masih lagi dalam kategori dinosor. 
BAhakbahakbahakk!!


DENGAN INI SAYA BERJANJI AKAN MEMANTAU PEMAKANAN SAYA DAN MEMASTIKAN YANG SAYA TURUN SEKILO SEBULAN. 

so kena la tunggu 5 bulan baru nak cukup 5 kilo.
Aiyoo~


Orang kata, kalau turun berat laju-laju ni, nak naik pun laju-laju jugak.
JAdi, aku buat tak berapa nak laju je lah, natural lagi tak mentensenkan minda. 
Ok gitu?


Kena bersabo dan jangan gelojoh wahai bedah!


Cara-cara pilihan sendiri untuk mengurangkan kilo yang bermaharajalela


Tidak membiarkan perut kosong sampai perut nyanyi lagu UNTUK DIA. Kuatkan radio..kuatkan radio...~

Ambil sesuatu yang pahit sebelum makan atau tetiba rasa nak makan di luar waktu. Skang ni, aku amik Coklat Love Habibi bila terasa nak kudap-kudap. Mujarab loh. 

Minum air kosong at least 8 gelas sehari. Yang ni aku memang amalkan cuma rasa bukan 8 gelas kot. Ada la kat 3 liter minum. Membantu banyak la sebab lawas je sistem pembuangan. LAgipun amik HKCC ni kena minum banyak air. Orang kata normal berak sehari 2 kali. AKu lak asal aku duduk nak wat kijo je , sakit perut. Asal aku nak wat kije je, sakit perut. KAlau time masak kat dapo takde lak rasa nak membuang nye. 
HAa..gitu kekdah lawas perut aku. 
MAybe kena lebih rajin bekerja selepas ini. 
HEHEHE..


Kurangkan minum ayaq manis. Air gas sume tu tak minum. KAlau boleh takmau minum dah air gas. 
TApi, minggu lepas dah soh Alang gi beli Fanta Merah sebab perut rasa memual nak muntah. Dan PMS kali ni agak mengada-ngada, gila nak makan menda manis. Huk!
PAsni no more la ye Makbed. 


AKan cuba mengurangkan penggunaan garam dalam masakan. Ini memang kena cuba-cuba dan cuba sebab aku ni pemasin orang nye. ISkk~


Tak akan tinggalkan sarapan pagi. Yaaa...ini memang disiplin. Minum HKCC dan biskut oat adalah sangat sedap di pagi hari. Just made my day goes ohsem. 


Jangan makan laju-laju dan kunyah sampai lumat. Ini adalah tips kurus tapi aku lansung takleh buat. Ohh...semuanya serba laju aku ini.

Lebih banyak aktiviti cabut rumput di luar selepas ini. Sila jangan baloq liat yee.... 



HAruskah aku beli beskal?


lama tak naik beskal






TAknak la terlalu kurus seperti orang yang di sebelah itu .



Risau berlebihan berat akan buat badan sakit.
TAk mo sakit.
Saya masih nak senyum-senyum gembira dan bergado-gado dengan Oni dan Wawan sampai mereka dewasa. 


PApepun aku masih bersyukur sebab aku masih sihat walaupun comel.
Ada orang yang lebih debab dari aku (dan lebih comel lagi!)

CUma 5 kilo saja lagi Makbed untuk ke berat yg paling ideal. 


BERUSAHA!


Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram