Followers

2 Oct 2012

Kentut dan Rumahtangga Anda



KAhwin ni memang best.
Lagi-lagi time menuju ke gerbang perkahwinan.
Even stress camner pun, kita tetap tak sabo nak kawin. NAk hidup bersama. 

Di awal perkahwinan semuanya indah.
KAlau bercinta itu indah, fasa awal perkahwinan jauh lebih indah.
Apa saja mintak semua dapat.
Anniversarry tahun pertama dinanti.
Ada yang sambut anniversary bulanan pun ado. 
Pelbagai cara.

Suami isteri dibelai , dimanja. 
MAkan bersuap.
Minum berjemput.
Mandi bersama.
Basuh kain bersama.
MAsa ni ko suruh wat apa pun buleh aje.
Cabut bulu ketiak? Bulehh....
Guntingkan rambut? Bulehhh..........
Tolong kemas rumah? Buleh....
Tolong basuh kain...? BUleh aje.


KAdang tu, tak payah cakap... 
BAgaikan ada kuasa sakti, pasangan tu dah boleh teka apa yg dikehendaki pasangannya. 
HAaa..punya la kuat hikmah perkahwinan tu. 






Tapi....


Lepas anak dah 3 .. Tengok la plak. 
Ada lagi tak keadaan cam tu.
Sempat lagi kah bermanja-manja begitu.
MAsih mampu lagi kah makan bersuap.
Minum berjemput.

"Abang, minum! Orang dah letak ateh meja ni..."


MAndi bersama?
Ohh.. tak sure. MAlu nak suruh suami masuk bilik air kot. Lepas bersalin, anak dah ramai.. BAdan tak semolek dan segebu dulu. Suami tgk pun tak segan-segan buat muka geli.

"Sayang , jangan ketawa ye. ABang pening tengok lemak-lemak Sayang bergoyang sekali masa Sayang ketawa...."

HAAAAA...Pungah!



Cabut bulu ketiak?
JAngan suruh la.
Memang tak pandang dah. 



Tolong wat keje rumah?

MAsih tolong..tapi kena bersuruh. KAlau nak tunggu sampai seru sendiri baru buat, memang tak sudah la.. 




Perasan tak semakin lama usia perkahwinan itu, semakin kurang dan lembab sistem komunikasi dalam rumahtangga.
Mungkin sesetengah dari kita leh saje terima hidup berumahtangga tanpa bercakap-cakap, bergurau-senda, gelak-ketawa.
JAlan pun dah tak seiring. 
NAk berpegang tangan pun, suami atau isteri boleh babab tangan . TAk bagi pegang! MAlu kat orang!



JAngan begitu.
Sebolehnya, jangan mula buat macam tu. 
Sebab lama-kelamaan ia akan jadi kebiasaan dan kendiannya dah tak boleh nak patah balik. 


Rugi!!


Ada yang lansung la tak bercakap.
Suami dari banyak mulut, jadi berat mulut.
KAlau keluar perkataan pun sepatah je.
KAlau baby takpe la keluar sepatah perkataan kita tepuk tangan , raikan.
Ni orang dewasa yang berjanggut , bermisai... 
TAkkan keluar sepatah perkataan nak tepuk tangan kot?


HAHAHAHA..



Dan yang paling teruk, sistem komunikasi lain plak yang mengambil-alih.



Iaitunya ....


KENTUT.



Ada orang, tak reti bercakap.
Kentut je yang keluar saban saat.
PEndek kata, kentut-kentutnya tu lebih banyak keluar dari bilangan perkataan yang dia keluarkan setiap hari.
Punyalah senyap sampai macam gitu. 

Bini bercakap sengsorang je. 
Dia leh wat derk. 

KEntut je la sistem komunikasinya.
Sampai kan si bini tu dah leh paham dah. 
KAlau kentut gini, tandanya apa.
KAlau kentut cam gitu, maknanya apa.
KAlau bau lain sikit, nanti bini dia tanya la "abang sakit ke?"

Sama jugak la ngan si bini pun.
Dah tak segan dah.
Dulu masa memula kawin, nak buang angin pun sopan je.
Skang, sebab dah biasa, kononnya adapt dengan situasi dan persekitaran, dia pun slamber je kentut secara berleluasa. 
LAst skali, jadilah komunikasi kentut. 
ISteri kentut lain sikit je, suami buat muka.
"Awak sihat ke tak ari ni??" tanya suaminya.


KOrang akan berhadapan dengan situasi gini besok-besok, kalau korang tak start pulihkan komunikasi between suami dan isteri. 


Kentut ni sesekali boleh le wat gelak.
TApi, kalau selalu sangat, boleh buat baran gak.
LAgi-lagi yang bau ntah pape tu!


JAdi,jangan biar sistem komunikasi rumahtangga anda digantikan dengan bunyi kentut.
Dan pada suami dan isteri yang baru mendirikan rumahtangga, jangan take advantage.
PAda yang dah lama kawin pun, lebihkan berkomunikasi. 
TAnya khabar isteri. 
LEbihkan beromantik.
Jangan biasakan kentut tanpa batasan even kita memang ada di rumah sniri. 
MEmang le rumahtangga kita, kita punya suka la. 
TApi, kalau mertua datang kita boleh cover kentut, takkan le pulak depan pasangan takleh nak cover.
Respek itu penting....~



JANGAN BUAT ORANG SERBA SALAH DENGAN KENTUT ANDA!







Time nak 'bermanja-manja' tu pandai lak menggunakan sistem komunikasi yang bersesuaian. 
TAkde lak kuar kentutnye....

TApi, kalau kuar juge memang laaa..Sangat-sangat memang!!!




Dan jangan jadi mcm ini..


Seorang wanita tua pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan. Doktor bertanyakan kepada wanita tersebut apa masalahnya.

Wanita tua menjawab dia menghadapi masalah kentut yang tidak berbunyi dan tidak berbau, sedangkan dia telah kentut sehingga sepuluh kali banyaknya ketika berada di pejabat. Memandangkan kentutnya tidak berbunyi dan berbau dia langsung tidak menyedari ianya berlaku. Doktor mendengar dengan teliti dan memberi wanita tua tersebut senarai beberapa jenis pil yang perlu di ambil. Doktor mengarahkan wanita tua itu mengambil pil-pil tersebut selama seminggu dan selepas itu datang berjumpa dengannya semula.

Selepas seminggu wanita tua itu datang semula ke klinik untuk menyatakan rasa tidak puas hatinya kepada doktor.

"Saya tak tau apa yang doktor berikan kepada saya, tapi bau udara di sekitar saya sangat busuk, tak dengar bunyi apa-apa pun tapi busuknya sangat dahsyat", kata wanita itu.

"Bagus, sekarang deria bau awak dah pulih, kita akan usaha untuk pulihkan deria pendengaran awak pula", kata doktor.





Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram