Followers

11 Oct 2012

KEKANTOIAN YANG PENUH LEGEND


Dah baik demam dah si Wawan. 
TAkde meracau-racau dah. 
Semalam tido elok je lepas bagi ubat batuk dan selsema. 
Ngan Oni pun aku kasi ubat batuk gak .
Ubat tu ngantuk.
Setengah jam, suma berdengkur sampai Apak buat susu pun tak minum. 
Sampai besok pagi susu tu tak bersentuh!


HAri ni cakap ngan Kak Ina pengasuh, nak tinggalkan Oni ngan Wawan. 
Selalu diorang aku tinggalkan dari Isnin sampai Rabu aje. 
TApi sebab semalam udah off day, hari ni aku nak kena kerja gak la. Ada temujanji yang perlu di'temu'kan. 
Hehehe...


Cam biasa la, kalau pepagi nak kuar gi keje, mekap muka buleh cayaq punya dok hambat anak-anak masuk dalam kereta. HAdehh la....
*terus keluaq speaking KEdah. Kikikiki


MAsa keluar Inche Kitchi dok lena lagi.
Aku pesan sesiap kat dapor dah ada lauk. Nasik dah aku panaskan. 
LAuk semalam la ye...
Banyak lagi lebih tu. 
LEpas aku rembat RM50 dari poket seluar dia, aku pun chowww...


MAsa dok drive tu, aku perasan yang Bambam Bee senyap je.
Ate aku masuk dalam keta pun tak sure aku dah start enjin ke belum. 
Aku pijak minyak sket, ada bunyi enjin. 
TApi dah tak de la kuat macam kebiasaan.

Mana bunyi enjin kapal terbang tu?
Miahahahahhaha..


Semalam kena servis. 
TErus takde dah bunyi enjin kuat.
Senyap je. MAcam naik Honda Accord baru bai!
Cuma cermin windshield je sedang retak menanti belah. 
Crack nye dah makin panjang.
Bila nak tukar cermin beso tu taktau la.
Nak tgu pecah dulu kot. 


Aaa...lagi satu..


MANA SAYA PUNYA PEN DRIVE?
TAdi gi keje menyampah nak dengar Gotcha je. Aku nak dengar lagu.
Sekali tengok, USB port tu koson.
Dah mana peginya pendrive aku yang penuh dengan lagu-lagu clubbing neh?
Adoiyaiiii...~

TAkpela..
layankan je Gotcha call.


Ingat kan habih lewat la. 
Sekejap aje, SIap sempat gi pejabat pos lagi , nak poskan hadiah-hadiah pemenang GA hari tu. 
Pukul 11.30 aku dah sampai umah dah. 
Inche Kitchi udah pon bangun. 
Cam biasa, lokasi nya adalah atas kerusi, depan pc kesayangan beliau. 


"Ayg, petang ni kalau dah tak panas, sila cabut rumput ye. Aie dah boh racun dah tu. KEna cabut cepat, nanti rumput tu naik balik.." gitulah arahan aku sebelum aku beredar gi dapur. 

Dah habih basuh baju dah.
Aku kuarkan semua baju dalam mesin basuh, masukkan dalam raga. 


"Makan dulu la.."bermonolog sendirian. 


Sebab?
KAng lepas makan, terus gi sidai kain maka tu kira bersenam gak la kan. 
BAgus tak strategi aku?


Inche Kitchi dah masuk bilik gi mandi. 
Aku makan je la wat tatau. 
LEpas makan, baru aku gi sidai  kain kat belakang umah. 


Tetiba, Inche Kithci muncul kat pintu dapo sambil mintak sarung baby car seat Wawan yang dia basuh semalam. Ada tersidai kat ampaian. 


Aku memula pandang tak pandang je.
LEpas tu, cam besh lak nak pandang lagi sekali.
Aku pandang la laki aku sekali lagi.


Apehal lak mamat ni pakai baju melayu tetengahari rembang ni?


PErsoalan menerjah di pikiran...


(1) Adakah dia nak pi smayang jumaat? TApi...
(2) Adakah beliau nak gi menikah?
(3)Adakah ada orang nak menikah?
(4)Adakah ada orang mati hari ni?


KEndian aku pulak dok pikir sengsorang, maybe hari ni hari Jumaat kot sebab aku ni kan ke selalu terlupa hari! 


Tapi, semua yang bermain di pikiran tu aku simpan je la. 
Muka aku cool je...Maintain...


Tapi kendian tanya gak.. Tatahan...Kihkihkih...



"Awak pakai baju melayu ni nak pi mana?" 


"Awak ni. Tak nampak baju ni..." jawabnya. LAki aku ni memang.Selalu tak bagi jawapan terus. Biasanya dia suruh aku pikir sendiri jawapan tu. TApi..sebab tak puas hati aku tanya gak lagi.


"Yela... NAmpak. Tapi awak nak gi mana?" tanya ku sungguh-sungguh. 


Si Apak jawab..
"NAk pegi semayang Jumaat la...." 


Aku pun konpius lagi. 
TApi... hari ni aku gi keje. KAlau Jumaat aku tak hantar Oni ngan Wawan. Kan Kan... 
HAihh... hari ni bukan Hari Jumaat.
Tapi, hari ni hari apa? 
Gitu la punya konpius nye otak aku.
LAgi-lagi pulak tengok muka Inche Kitchi yang begitu berkeyakinan. 


"HAri ni bukan Khamis ke???" soalku lagi dengan muka yang separa konpius. 


Kendian, Inche Kitchi hilang sekejap. Ntah mana dia gi.
TAk lama pastu , dia datang balik.


"Eh..yeke.. HAri ni bukan hari Jumaat ke?" dia tanya aku plak. Aih~


AKu pandang balik Inche Kitchi yang siap berbaju melayu kuning.
Baju raya 3 tahun lepas. 
Aku sengih je. Dalam ati nyesal plak tak bawak henpon. Patut boh dalam poket je kan. Bila ada momen kantoi camni, siok lak snap gambo. Kikikikiki~

Walaupun aku tak pasti samada hari ni hari apa, tapi yang aku pasti, aku akan gelak berdekah-dekah pada hari ini. 
Itu sudah pasti. 


"Haaihh.. awak gi tengok henpon balik hari ni hari apa... Takkan hari ni hari Jumaat..." bidasku plak sambil sambung sidai kain. 


PAstu terus ilang tak mai dah. 


Dengan itu aku yakin lah bahawa hari ini bukan hari Jumaat.
Dan lebih meyakinkan lagi adalah Inche Kitchi telah kantoi terlupa hari.
HAHAHAHAAAAA...


JArang dapat melihat sendiri situasi Inche Kitchi mengantoikan dirinya dengan begitu mabeles!



NAsib baik aku tak pegang Gnoty masa tu.
Kalau tak, memang aku snap gambo dia yang penuh berkeyakinan itu. 



Status beliau sejurus selepas kejadian.



Sangat rare hoke. 
Kejadian ni mungkin berlaku setahun skali je. 

HAHAHAHAHAHAH~





Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram