Followers

8 Oct 2012

KAMAL AFFANDI HASHIM MEMERLUKAN BANTUAN



Tatkala Abe Shayang kite... Encik Mazidul Akmal Sidek menaikkan signal SOS kat blog dan terlihat plak gambo Encik Kamal Affandi yang ensem ni, tertanya-tanya jugak la apa kesahnya.
TAk sangka pulak di sebalik keceriaan dan kepetahan Kamal Affandi ni, dia rupanya sedang battling dengan penyakit yang agak kronik jugak.


Boleh baca detail di sini sebab takut kalau aku tulih semula kang jadi tersilap kata plak. 


JOM TERUS BANTU KAMAL AFFANDI HASHIM UNTUK TERUS BERCAKAP.





Kamal yang menghidap AVM atau pun Arteriovenous malformation boleh dirawat sekiranya dibantu. 
Untuk makluman, penyakit yang dia hidapi ni tak dicover insurans sebab AVM adalah penyakit congenital.
Apekah itu congenital?
Congenital ni kalau dalam bahasa marketnya nak diexplain bagi paham adalah penyakit yang memang dah ada sejak kecik. 

Seperti dalam ulasan beliau yang dipaparkan dalam blog MAzidul


"Arteriovenous malformation. Ringkasnya, ada urat ekstra dalam kepala saya dan urat  itu mengganggu fungi koordinasi otak. Urat itu ada dalam kepala sejak lahir tetapi tidak disedari. Sekarang ini sesekali saya tidak mampu mengawal pergerakan tangan kanan, selalu berasa sakit kepala," jelasnya.


Sebarang penyakit yang dikesan wujud sejak kecil memang tidak dilindungi insurans. TAk kiralah bila pun kita discover penyakit tu. Dalam kes Encik KAmal ni, Allah nak uji dia sakit pada usia begini walaupun AVM tu memang dah ada wujud di otaknya.
  BAgaimanapun, dia dah bersedia kan? 


JAdi, moh le kita sesama menderma seberapa yang boleh. 
YAng kita harapkan agar Encik KAmal pulih seperti sediakala. He is such a great person. MAkbed suka ceramah-ceramah dia. Dan selalu kalu nampak dia muncul kat tv , memang tak tuko cenel lain dah.
KAlau boleh, kita semua nak lagi tengok Encik Kamal yang petah lagi klako ni di tv.


AVM ni boleh baik. 
Ramai yang dah pulih.
Cuma, beliau hanya perlukan sekelumit ehsan kita.
LAgipun, dia dah banyak menyumbang pada masyarakat.
JAdi, kali ni kita lah pula... KAn?


KAMAL AFFANDI HASHIM
Public Bank 4007 85 2927.


Bersama ringankan beban. 
Kerana diri anda juga berharga. 

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram