Followers

24 Oct 2012

KAlau dah dikatakan beracun....



Bebaru ni je digemparkan pasal produk acaiberi brand tertentu disahkan beracun.
 Disebabkan ramai kawan-kawan Makbed yang menggunakan acaiberi dan ada juga yg menjual acaiberi, maka ada di antara mereka mula mengepak-mengepak dan panik dan seterusnya cuba living in denial akan berita yang 'cuba' disampaikan pihak berwajib.


Sukacita Makbed nak nyatakan, entri ini bukan berkisar pasal acaiberi sahaja OK.
Ini berkenaan semua jenis produk yang kita ambil especially yg berkaitan dengan hal menurunkan berat badan. 

JAdi, siapa yang prejudis, lepas baca sila mengumpat dan bergosip sesama rakan yang sama seperti anda.


NAsihat Makbed, apabila diumumkan atau diberitakan tentang sesuatu produk mengatakan ianya BERACUN atau TIDAK SAH KKM, atau TIDAK DIDIDAFTARKAN  ataupun DIKHUATIRI MEMBAHAYAKAN kesihatan , maka sebaiknya rentikan lah dulu pengambilannya. 
PAda hemat aku, semestinya ada sebab kenapa pihak berwajib wat announcement cenggitu. 
YAng aku nengok, bila keluar je info pasal sesuatu produk tu berbahaya or beracun, si pengguna tu dok sibuk tanya lagi "betul ke.." betul ke.." ...
Ok la..normal la manusia bertanya.
TApi, sebaiknya stop dulu pengambilan. JAngan dok ketegaq nak mempertahankan produk yang awak makan tu sampai cakap "takde bukti saitifik la.. " SIap nak tunggu ujian makmal sume. 
Apeke ujian makmal tu awak buat sendiri ke? Ok , kalau awak buat sendiri , dalam masa satu hari buleh siap dan keputusannya accurate, maka continue je la makan ubat tu.
Tapi, masalahnya, nak nunggu ujian makmal dan pengumuman keputusannya tu lama. MAybe 3 hari, seminggu...


KITA LUPAKAN ISU DIORANG DENGKI DENGAN PRODUK NI DAN SENGAJA NAK JATUHKAN NAMA PRODUK...

dan seterusnya keluar pula isu "haa..inilah dia orang MElayu. BAru nak berjaya sikit, orang dah cantas. Camana nak berjaya..."
Ok.. yang tu satu stetment yang memang minta penampaq.

Ini adalah mengenai keselamatan diri anda ok!


Dan, sebagai penjual produk pula, apa tanggungjawab kita?

PAhamla..berniaga kan. Kita ada modal kita. Kita laburkan dan sure expect nak untung, betui?
TApi, tanggungjawab kita sebagai rakan, sahabat, seorang Muslim yang sentiasa perlu memastikan kebajikan sesama kita terjaga, even kita sniri pun tak tau betui ke tak berita pasal ubat jualan kita ni beracun atau tak, gamak ke kita nak suruh kawan-kawan kita terus membeli dan gunakan?

Kebanyakannya marah-marah... dan menuduh ada pihak sengaja cuba menjatuhkan imej produk.
KETEPIKAN isu tu dulu!
Selamatkan dulu rakan-rakan kita. 
Beri mereka amaran.
Andai kita yang jual produk tu, tidak salah berlaku jujur. Sampaikan kepada pelanggan-pelanggan anda dan guide mereka. 
Mintalah mereka stop kan pengambilan, sehinggalah ANDA dapatkan news dan bukti tentang keselamatan produk tersebut. 
Sebagai penjual, anda kena bekerja lebih. 
Bukan hanya MARAHkan authority yang sedang menjalankan tugas mereka. 


MAkbed bukan suruh mengaku salah kerana menjual produk yg salah.
Normal la... Bukan kita yg buat produk tu. Kita tolong jual je. Apa je yg kita tau. 
JAdi, takyah nak malu dan salahkan diri apabila menjual produk yg 'dikhuatiri bebahaya' kepada pengguna. BUkan salah anda pun. 
TApi, ianya akan menjadi salah bila anda terus menjualnya dengan alasan bahayanya belum terbukti. 
NAsihat MAkbed kepada pengguna dan PENJUAL produk yang dikhuatiri berbahaya kepada pelanggan, stopkan penggunaan.
Jangan tunggu sampai siap laporan saintifik ape kejadah lagi , dah terbukti BAHAYA baru nak brenti.
BAdan kita yg menanggung ! 
Berhenti dulu. 
Dah keluar report cakap TAK BAHAYA, buleh continue, maka sambung la makan. 
JAngan amik risiko dengan teruskan pengambilan.
KAlau menda tu memang terbukti tak berbahaya, takpelah.
Tapi, kalau dibukti berbahaya? 
KAng punya nak tunggu laporan rasmi pasal ujian saintifik ubat tu, ko kojol... punca kematian, racun berlebihan. HAa... acaner?
Jangan risiko badan sendiri. Sebab kalau racun masuk badan, bukannya boleh buang macam buang selumbar. 
Tolonglah.
JAngan le sibuk-sibu fight mempertahankan produk. 
Let the authorities do their job while you guys (si penjual) tenteramkan your customer IN THE RIGHT MANNERS.


BErniaga ni adalah tanggungjawab. 
Tetambah la yang jual menda makan ni.
Bahaya...


Makbed akui sesetengah orang mungkin tak terkesan dengan sesuatu produk.
TAkde elergik ke hape..
TApi, awak jangan pikir diri awak je.
Mungkin tak kena kat awak, tapi yang lain?
So sila dengar kata ok.



DAN...
YAng paling penting, sebelum menggunakan produk, sila dapatkan nasihat consultant.
Dan yang jadi consultant tu, sila bagi nasihat yang jujur dan benar. JAngan dok kira untung je .
Ada penjual ubat ni dia jual macam-macam produk. TApi, ada produk yang tak le ngam dengan produk lain jika diambil sekaligus. 
So, penjual sekelian, sila TAJAMKAN ilmu anda dan BERANIKAN diri beri nasihat jujur. 
Anggapla pelanggan anda tu macam adik anda ke, mak anda ke...
Aku wat cenggitu.
Sebab tu client aku suma kamcengg!
KAn korranngg kaaannn.....~




Kadang-kadang, bukan salah kat produk tu jugak.
Orang yang makan tu , tak ikut arahan.
MAsa nak beli tu plak, tak gtau keadaan diri camne. 
Kena gitau ok kat consultant awak currently makan produk apa, boleh match tak dengan produk yg awak nak beli ni yada, yada..yada...
Tu termasuk dengan yang sanggup beli produk yang 'sama' tapi jauh lebih murah dan diragui ketulenannya. HAaa..ni pun sikap gak ni. Kita kan pantang disua dengan barang murah. Asal sama je nama dan rupabentuk, dah kira sama manfaat la tu. 
PAdahal, yang murah tu brand lain, dan ntah apa lagi la yg kurang kat situ. 

SO, sebagai pembeli dan pengguna, kalau nak beli ubat-ubatan atau food sumplement , biar mahal asalkan lepas syarat yang ditentukan pihak berwajib ye. 


Hohh! BAnyak menda nak kena gtau beb. 
Bukan main beli je nyaaaahhhh!
Itu je la Makbed nak gtau.
Setelah keluarnya berita pasal produk beracun ni, MAkbed tergerak hati nak tulih menda cemni.
Dan sebab Lulu yang suruh. Hewhewhew...
TAke care ye korang.
KErana korang semua berharga.





Mekasih sebab baca.
Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram