Followers

30 Oct 2012

Istilah BF dulu dan sekarang




Terkenang zaman remaja yang ditinggalkan. 
MAkbed sebut pasal life sendiri je la sebab aku tatau life korang camne zaman umur kome doplohan dulu.
Skang ni aku masih lagi doplohaann cuma tinggal tak berapa lama je nak bertukar jadi tigapuluhan neh.
Isskk~
MAkin dekat dengan kematian. 



Pada zaman dahulu.....

PAling malu skali nak declare Inche Kitchi pakwe atau dengan istilah yang tak lapuk dek zaman : BOYFRIEND.
Sebab, masa tu aku ada ramai kawan lelaki, dan boyfriend tu cam takde pape efek pun kat aku ngan Inche Kitchi ketika itu. 


BF adalah satu shortform untuk perkataan BoyFriend kan?



Example:

Bila korang nak memperkenalkan pakwe kecintaan korang kat kengkawan, korang cakap camne?

"Hai korang... Perkenalkan BF aku, Mamat bin Kundur."

"Mak.. ABah.. Ni BF Zabedah. Ala.. Yang BEdah salu citer tu..." 




Adakah benar begitu cara penggunaannya?



Dan biasanya huruh B dan F yang dijadikan kata singkatan ni amat pemes ketika SMS kan. Senang.....~



"U tak kuar ngan BF u ke??"




Dan kita pun paham BF yang dimaksudkan tu adalah 'teman istimewa' yang berjantina LELAKI. 







Itu penggunaan BF pada zaman aku remaja dulu. 





Sementelah aku ni dah kawin, BF tu masih digunakan, tapi untuk tujuan yang berbeza pulak. 
Dah takde lagi istilah BFdalam conversation. 
KAlau nak tegur-tegur pasal teman-teman lelaki kawan , adik-adik atau kazen, lebih selesa membahahasakan nya terus sebagai teman lelaki atau pun Boyfriend.


Dah tak malu segan lagi panggil Inche Kitchi boyfriend sebab dah kawin , kan?



Tapi, bila dah ada anak, istilah BF dah ditukar menjadi.......







totally lain maksudnya.














Nampak?




So, berhati-hatilah sebut perkataan BF kepada wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai cahaya mata khasnya yang masih menyusu badan. 

Salah faham boleh berlaku. 


BF - Breast Feed ( menyusu badan / menetek)





Recently 'disapa' oleh seseorang thru FB who probably tak perasan status bersuami dan beranak dua.
Akibat lewat membalas pmnya di inbox pada hari cuti, dia tanya macam gini...


"HAi.. Keluar jalan-jalan dengan BF ke..."


So pada mulanya aku ingat dia gurau-gurau.
Aku reply je 'TAK'.

Tapi kendian dia balas lagi.

"TAkkan hujung minggu tak de gi dating dengan BF?"




Aku hanya mampu gelak jer di sebalik lektop.
Malas la aku nak explain pada seseorang yg tak perlu.



Tapi, agak ganjil bila sebut BF refering to pakwe skang ni.
Sebab bila sebut BF je aku nampak baby......tengah nyusu nenen mak dia. 






Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram