Followers

30 Oct 2012

[Family Gathering] Jingga Menyerang Episod 2






Ni Abah den ngan kazen-kazen Makbed.





AMARAN: Sapa yang elergic warna oren sila pakai spek mata itam untuk pembacaan yang lebih tenang. 




Lepas sesi fotografi gambar keluarga bertema OREN, maka kami pun start enjin kereta memasing untuk bergerak ke destinasi seterusnya.





ZOO MELAKA






TAk sangka ramai pulak pengunjung zoo.
Ingatkan hari raya orang sibuk la beraya kan... gi sembelih lembu korban ke..
Rupanya, ramai jugak yang mengambil kesempatan cuti ni bawak keluarga gi zoo.

Dan memulanya suma excited dan berjalan dengan gumbiranya dari parking lot yang penuh kereta ke pintu masuk zoo untuk beli tiket..



Sehinggalah tetiba teringat kat Puan Presiden yang berbaju kuning itu.
Alamak.... Tok mana larat nak jalan-jalan jauh!
Sangat tak concern betui la cucu-cucu sekelian. 









Serta merta perkarangan Zoo Melaka itu bertukar keoren-orenan dek kehadiran kami.
Dah macam satu kumpulan perusuh lak.
HAHAHAHAH..
Cuma 'perusuh' ini lebih comel dan kiut. 
KAn?




JAdi, kami tukar plan dari nak jalan-jalan dalam zoo kepada bergambar-gambar depan zoo je.
Panas terik!!
PENSAN!



Pastu tukar melepak di tasik disebabkan kami semua belum makan tengahari. So, kena cari port nak duduk makan beramai-ramai.
Apa nama tasik belakang zoo tu ntah. 
Lupa pulak nak amik namanya. 




Oni dapat buai je sudah mencukupi. Tayah makan nasik pon takpe. 





Dah ada port nak letak periuk nasik, segala lauk suma. Dan, tanpa berlengah lagi semua anak-cucu-cicit pun serbu macam semut dapat gula. 

Aku lak gi cari air teh o ais. Dahaga kemain. Tapi nak teh o ais je. Air lain tamau. NAsib baik ada kedai makan yang bukak kat situ. 

Ingatkan nak lepak kejap je kat taman tu. But then, tetiba nampak ada kayak lak. Ada banyak gak outdoor game yg boleh di'layan'. 
Maka, kazen-kazen haku semuanya buat aktiviti sendiri je. 
Aku lak dah terduduk je atas tikar sebab dah pening kepala. 
LAyan Oni ngan Wawan je la...



Naik boat. Jalan-jalan~


Berkayak sampai berpeluh ketiak



Sewa basikal plak sambil pusing-pusing keliling taman




Tengah siap nak naik boat yang kayuh tu. Bagus untuk mengecikkan kaki sendiri tapi sebab malas kan?




Panaasss!!!

Wawan buat aktiviti sendiri jer. 
GAmbo disnap selepas mengamuk dengan hebatnya akibat keengganan aku bagi air kotak perisa anggur kat dia. 
Last skali, Tokwan selamatkan dan layan bagi air anggur jugak, tapi dalam cup. 
Bukan ape, kalau air kotak dia suka picit-picit bagi memancut kuar. 
Pastu ketawa berdekah-dekah tak pasal. HAih!



Dalam jam 4 lebih gitu, aku dah nak bergerak dah.
Niat memang nak je tunggu lama dan gerak balik sekali ngan semua orang. MAlangnya, aku nengok diorang ni cam takde nak gerak cecepat pun. 

MAka terpaksa la aku bergerak pulang sendirian, membawa bersama Alang kerana:

Aku dapat meramalkan yang akan berlaku kesesakkan yang super dasyat kalau bergerak lewat atau pun bergerak pulang besoknya.
Alang pulak ada kelas hari Ahad. MAklumlah, kat Kedah , hari Ahad adalah hari bekerja.
Mak mertua aku gtau yang kakak ipar aku dari Terengganu nak balik Terengganu hari Ahad. So, kalau boleh balik le jumpa Kakak dulu. Dah le jauhhh Kakak mai. JArang sangat boleh jumpa. 
JAuh lagi nak balik weehh.. Melaka ke Kedah tu!!! ZzZZzZ...



So, lepas salam-salam, kami pun pulanglah.
Pun begitu, singgah jap di RnR Air Keroh kasi mandi Wawan dan Oni.
Boleh plak Oni time dekat-dekat nak balik tu, tergolek dog kat papan gelongsor dan luka tangannya. Masa tu dia pegang air kotak. HAbih baju dan badan melekit.
JAdi, kenalah bagi mandi dulu. 
Dan aku pun mandi sekali.
First time ok mandi kat RnR. BEsh lak. PAsni buleh buat lagi....





Dan sempat lagi tu singgah sini....



woi, cermin keta comot!
 

Nak beli Subway sebagai dinner.
HAri Sabtu ada Seafood and Crab, kan? 
Puas hati makan sampai belahak.Makan dalam keta jer. 

Kat Juru Autocity pun JEM!!!!
Ramai gila orang.
Mulanya ingat sebab diorang ni gi clubbing tapi bukan sebab tu je.

Ada sambutan HAlloween rupanya.



Breaking Dawn Premier Part 2 adalah 2 minggu lagi.
TApi aku tak gi kali ni.

Huwaaa~



Sampai umah jam 12.30 tengah malam........




Woww... penat gila!


Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram