Followers

29 Oct 2012

[Family Gathering] ACTS United bergabung DI Aidil Adha 2012




SELAMAT HARI ISNIN!!!


Hehee.. ade yang kena Monday Blues ke?
Maklumlah, mode makan daging masih bersisa. 
Semalam jem teruk dari di segenap arah. Khabarnya lebih teruk dari jem masa balik raya posa ari tu. Kenapa ye? 
Mujurlah aku balik sehari awal. 
TAk sanggup rasanya nak turut sama berjem-jem selama berjam-jam itu. Dan perasaan paling hampeh lagi membuatkan diri ini hilang semangat 'kesukanan' dalam travel adalah pabila kena beratur nak gi jamban kat RnR. Semua penuh lak tu! 
Tu belum masuk bab tahan kencing dalam kereta yg terperangkap dalam jem dimana RnR adalah tak sampai 15km tapi kereta bergerak sangat slow sampai siput valve babi boleh potong dengan riaknya. 
Ngan ado anak kecik plak, time keta tak jalan tu la dia ngiau nak nenen...nak berak, nak kencing.. ISk!


MAkbed dan keluarga tak kemana sangat pun raya haji ni. Sambutan raya biasa je tanpa kuih raya beria. LEmang pun beli je. 
HAri raya pertama, MAkbed ke rumah mertua di Pokok Sena. 
Mak sediakan bihun sup dan lontong sebagai santapan. 
HApe lagi... MENYANTAP lah!
TErus lupa diet. 
TApi malam sebelum tu aku dah siap niat dah.....
MEMANG MC BERDIET SELAMA 3 HARI BAGI MEMBERI PENGHORMATAN KEPADA HARI RAYA.
HAHAHAHAHAHHAH!!!



Macam lah kau diet sangat Makbed!!!



Baju raya Wawan
 
Dalam jam 11 pagi gitu, MAkbed 4 beranak bergerak ke Melaka. 
Sepanjang perjalanan,  tido je.
Perut dah kenyang makan umah Umie tadi~ HAHAHA. Tinggalah Inche Kitchi drive sendirian.

Dalam kol 5 petang dah sampai dah A Famosa Resort iaitu tempat family gathering ACTS United...





Villa D' Paro. 
A Famosa Resort, Melaka.



Sewa 2 buah banglo bagi memuatkan kami cucu-cicit yang super ramai lagi bingit.
MAsa aku sampai, bebudaks dah terjun kolam dah. 
Kazen aku, Arif dah dok siapkan api untuk upacara BBQ malam nanti. 
Oni terus salin pakai bikini, gedebusssss!!! TErjun masuk pool tanpa menunggu. Kimi ngan Adik sedia menanti. 
HAAA... lega. AKu pi isi perut dulu. Lapo beb!






Wawan dan Paksu Adik. 



BAlut membalut ikan. 





Wawan dan kazen beliau, Adele. KEna buli hoh!

Wawan asik nangeh je. Tetiba wat pangai taknak orang.
NYAMPAH...
BUdak tecik sebelah tu actually sebaya je ngan Wawan. BEza seminggu je kot. Adelia nama dia. Comey giler. Aku pantang nampak budak ni. Even Wawan skalipun aku gigit jugakk! Tapi sebab mak dan apak Adelia ada situ, maka tak boleh le gigit. KAng depa gigit aku plak kang~






BErbaju biru dan berbaju hitam tu adalah pengurus setia majlis gathering family dan setiap gathering hape pun. 


Jurukamera profesional tak datang plak gathering kali ni. 
Ri tu masa Kilah bertunang, ada Ain. 
Kali ni, kami kekurangan ahli. BUkan sikit tau. KAlau Ain absent, maka kami dah short 7 orang. 
Tak ke ramai tuuu???


And that malam kami sambut besday anak sedara yang paling sulung, dan merupakan cicit Tok Siah paling 'tua' hakhakhakhak...

Nur Haziqah Aliah. 


Hepi Beshday, Kak Long Aliah.
Semoga membesar dengan sihat dan jadi anak solehah.


Yang benar,
Mak Long mu yang Jojes. 
HAHAHAHAHAHAH


Nih gambo beliau dan adik-adik nya...
From left: Amira, Wawan (wawan juge ni...) dan Aliah. 


DIorang bertiga ini juga adalah bos saya.
HAHAHAH..


BAru siap deliver depa punya polisi. 

~lega...~


Amira lak pose ngan kek.







Punya la melampau, sampai malam pun nak berendam lagi dalam air.
Lepas makan je ONi merayu-rayu nak 'mandi sungai'. 
Even aku tak kasi pun tak leh gak sebab pakcik makcik nya pun dah siap londeh baju nak terjun masuk kolam. 
Denggg...~
BAgi jelah.

GAnjil tak..
Dulu aku suka gila kolam.
Tapi, dah tua-tua ni tak suka plak.

LAgi pelik bila orang yang dulu keje dengan laut, main air, boleh berenang sume, tapi dia tak lansung bernafsu tengok kolam. 
Dan paling malas mandi juga.
HAHAHAHAH~


Seb bek la adik aku ramai.
MErasa gak la Oni mandi kolam.
Wawan plak takut air. 
Bawak masuk dalam air je, nangeh sampai ketaq kaki.
HApe daa..~




Si pentakut air!





Pukul doblas baru la kolam tu kosong. HAHAHA...
Rumah yang kami duduk ni belakang nya ada kolam renang. Kami sewa 2 rumah, maka kami ada 2 kolam lah!
Bila 2 orang kuat majlis ni tido, baru la semua orang reti ngantuk. Kalau tak tu dok la nganga je lagi depan tu. 




Rumah ni suma berhawa dingin. So, sapa yg tak tahan ekon, silalah cari rumah jenis lain. Setiap bilik ada ekon, kecuali bilik air. 








Secara keseluruhanya, penginapan adalah best.
Facilities pun ok.
CUma, tv je tak besh.
Ada Astro, tapi tak de suara la plok!
NAsib baik la yang duduk umah ni jenis tak suka tengok tv. 
Dan kami pun ramai.. lebih kepada bersembang je. Tv tu wat syarat bagi menyala je kan.
TApi, kalau ada suara, lebih besh lah.
So, kepada tuan punya rumah, sila jangan kemut sangat nak sediakan tv yang tak bisu.
KAlau nak boh astro, boh le bebetul. 
JAngan le biar kastemer frust.



Sambung next entry plak ek.
Nak pi bancuh HKCC jap.





p/s  Toksiah and Co telah ditukar namanya kepada ACTS United iaitu Anak Cucu Tok Siah United (Bersatu) kerana nama tu lebih macho . HEheh...


Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram