Followers

8 Oct 2012

Diana Teacher Kawin!!


AMARAN: Entri ini penuh dengan gambar dan merepek-repek sedikit. KAlau jiwa penuh prejudis, sila baca sambil cebik mulut ye. HAHAHAHH~!




Ten Tenet Teneeeetttt!!


Ini adalah gambo Makbed ermm..erm..ermm.. kira-kira empat tahun lepas gitu. 
Dah kawin.. (sebab ada cincin di jari manis..)
Probably sudah preggy ketika ini. 


Entri kali ni adalah entri meraikan rakan kesayangan yang berada dua dari kiri... 
Akhirnya beliau kawin juge.
BErita beliau bertunang begitu mengejutkan kitorang , rakan-rakan yang memang dah kenal dah beliau caner. 
Bila dikhabarkan pada teman-teman lain tentang walimatulurus Diana Teacher, ramai juga la yang tanya soklan camni...


"Betul kee??"

"Teacher? Teacher Diana? Teacher Diana kahwin??!!!!" 



Bunyi cam mustahil je kan?


Seingat aku Teacher memang pakwe nye sorang tu je. BErtahun-tahun dia berkawan. 
AKu ingat dari aku tak keje TGV lagi dia memang dengan pakwe tu aje.
Aku dah tuko pakwe lain , pakwe dia yang itu-itu aje.
HAHAH..

Walaupun dia kawin lewat, tapi dia setia dengan yang satu itu. 


Kena amik pengajaran tu. 






HAaaa... ni le penanten.
Santek takk??







Demi nak menyaksikan sendiri rupa paras ko pakai baju pengantin, aku datang dari jauh ko tau?
HAHAHAHAH...

Dan aku dengan penuh yakin mengatakan, yang lelain datang kenuri pun nak tengok camana rupa ko pakai baju pengantin. 
Haha.. baju pengantin Teacher Diana adalah warna tema Makbed Journal. Hikhikhik~




GAmbo-gambo seterusnya korang tengok ajelah tanpa prejudis ye.




KAlau rakan-raakn TGV ni , kelaku nye lain sikit.
Semua menda nampak lawak je. Semua menda nak digelakkan.
Sampai pengantin pun kena marah ngan mak andam , make sure tak nampak gigi bila ketawa.
Sopan-sopan aje. 
Tapi skali bila kitaong terjah bilik pengantin, tonggang-langgang jadinya.




muka Fiza kalau tensen, memang cenggini sejak zaman purba lagi. 




Aku ni banyak besfren..
Mungkin ada sesetengah daripada korang berpegang kepada besfren atau rakan karib ni terhad kepada beberapa orang aje. Mungkin ada sorang , mungkin 2 je. 

TApi, aku plak, besfren haku rasanya lebih dari 5 orang kot. 
HAHAHAHA..

Dua orang kat ateh ni , dah kompem amik 2 spot rakan karib aku. 
Siti Kulsum dan Fiza Taik-Lalat. 

Siti skang anaknya dah 2 orang. Skang wat bisnes kecil-kecilan jual nasik lemak kat umah dia. YAng ni memang suka berniaga. Selalu FIza la share minat ngan dia. Fiza pun suka bisnes. Aku je yg tak minat. 







KAlau penah baca entri lama-lama, Fiza ni banyak kali turun Lumut , datang ke rumah ngasuhkan Oni. HEHhe.. Fiza memang terer bab mengasuh ni.
 Dulu masa aku eksiden teruk dulu, dia yang jaga aku dan temankan aku masuk wad kecemasan. Bila mak aku sampai dari kampung, barulah dia balik. 

Nick name Taik-Lalat tu diabadikan bagi 'menghormati' taik lalat beliau yang memang menjadi bahan gurauan rakan-rakan.
KAdang sian kat Fiza. Asyik kena buli je...
Tapi dia tahan buli. 
KAt TGV tu punya la banyak Liza, Fiza ,Miza...BAnyak Za Za ... 
LAst skali depa panggil aku Makbed, dia lak Fiza Taik-Lalat. 

Dan terbaru, tadi si Gumox kasi short-form je kat dia.
Dah jadi TAIK je yang tinggal. 

Bongok tak?






Hoh kau!
Dialog yang aku tulih tu sbenornya dia cakap kat aku.
Kijam x?
Penanten mana leh cakap kasar-kasar....... Kena sopan santun. 
TApi bila kitorang datang, abeh pecah tembelang. HAHAHA...
NAma dia Diana. Lekat panggilan DIana Teacher sebab dia ni sebenarnya cikgu bahasa inggeris yang wat part time kat TGV masa tu. 
Diana plak ada 2 orang.
So demi nak membezakan dia ni, letak la 'TEACHER' kat depan. Kalau boh nama dalam duty roaster pun, memang ada je nama TEACHER tu. 








Ce tengok si Oni tu. HApe la yang dia cuba lakukan??




Iklan lak..






Pose satu kali!

Ini le wajah-wajah yang muncul di hari penuh sejarah itu. 
Ini baru sikit ni.
KAlau semua datang, aku rasa runtuh pentas pelamin tu kot. 
Ala...rindu la kat semua....




KEtit apa tu Siti?




Wawan nantok!

 Inche Kitchi yang memang dah sedia maklum dah kalau si Makbed ni jumpa kumpulan kongsi gelap-gelap dia, memang muka bini dia tegang dan cekang je. GElak-ketawa dari mula sampai habih.





Fiza gi 'menyerap' kuasa. Kot-kot pasni dia plak naik pelamin. 






Hoh.. 
Tetiba je si Kering ni gi berdiri kat depan Teacher wat silat-tomoi. 
Sesenyap je dia pegi tak gtau kitoang.
NAseb baik Teacher berjaya menyembunyikan rasa keterkejutannnya. KAlau tak aku taktau le apa jadik.  Sempat le Gumox rakan tadi. 

Kering pun amik 'berkat' gak ..
Sebab dia pun dalam perancangan nak menamatkan zaman bujang tak lama lagi. 

Elok sangat la tu. Rambut pun dah tinggal sikit. TAkkan nak tunggu putih semua baru nak menikah, kan?






Yang ini adalah 2 WAN yang korang selalu dengar and baca dalam blog.
Wan Gumox dan Wan KEring.
Keduanya juga sahabat baik aku. 
Awek baju merah kat depan tu adalah geprennye si Kering. 



Tak penah aku lupa jasa baik kome yang berbudi banyak kat aku dulu dan kini. 
Semoga kalian dilimpahi rezeki Allah. 







Buat Teacher Diana dan suaminya, tahniah Makbed ucapkan. 
Selepas bertahun melalui susah dan senang, akhirnya ke jinjang pelamin jugak ko ye.
NAk touching gak la tengok ko pakai baju penantin, kembang-kembang...Duduk sopan-sopan.
Hikhikhik~





MEkasih bebanyak kengkawan yang turut sama hadir memeriahkan majlis. 
Ceh..macam aku lak penantin tu kan?
To Gumox, thanks sebab booked kan hotel kat aku siap bayarkan deposit bilik lagi.
Hukhukhuk~
TErlupa plak nak bayar balik. So, aku assume ko blanja aku aje la.. Dapat pahala. 


TAkleh tunggu lelama untuk sesi bergambar atas pelamin sebab Wawan n Oni dah ngantuk sangat. 
LAgipun, jauh lagi nak jalan.
Lepas selesai knuri, kami gerak terus balik Alor Setar. 
Sempat lagi tapau Subway kat Juru. 
HIHHIHHI~


OK..
selesai entri jenjalan hari ni. 

Nak tido. 
Letih!

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram