Followers

3 Oct 2012

Contoh Kisah Poligami Zaman Kini Yang Aku Kagumi

TErgezut gak la aku ni bila terbaca berita yang Ustazah Syarifah Khasif (juri Qari Junior)udah pun menikah.
Dan lebih mengejutkan lagi, dia merupakan isteri kedua kepada seeorang VVIP.
Dan lebih menterkejutkan lagi, isteri pertama VVIP itu sendiri merelakan perkahwinan itu.
Just nak cakap......
ALHAMDULILLAH!!!
Pun begitu, limpahan konstoversi melanda juga perkahwinan Ustazah ni.
Yola..mulut orang kan. MAna le buleh tutup.
Menda dah terang-terang elok dan baik, orang cuba juga selongkar dan hendap cari yang tak baik. 
Tu memang takleh kate apa dah. 
Penyakit turun-temurun.....nak wat camne. 
Di sini aku 'kepilkan' email yang dikirimkan Ustazah Khasif kepada Harian Metro berkenaan perkahwinannya..
Assalamualaikum warahmatullah. Terlebih dulu saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Harian Metro atas cerita yang diuar-uarkan. Saya juga tidak menyangka perkahwinan ini akan menjadi buah mulut orang dan menjadi satu pertikaian yang sepatutnya kita syukuri hikmah sesebuah perkahwinan. 
Itu sepatutnya pandangan yang perlu ada apabila seseorang umat Muhammad mampu mendirikan perkahwinan yang pastinya membawa keberkatan dunia dan akhirat. 

Untuk pengetahuan media, sebenarnya tidak timbul isu nikah sembunyi, nikah Siam dan sebagainya kerana perkahwinan saya pada 7 September 2012 di kediaman saya dan resepsi pada malamnya dihadiri hampir ribuan tetamu. Saya juga mewakilkan pengurus peribadi saya, Haryati untuk menjemput pihak media dan rakan-rakan daripada stesen televisyen untuk hadir bersama. Saya tak tahu dari mana datangnya cerita yang tidak benar ini apatah lagi perkahwinan sembunyi-sembunyi sekali gus menyebabkan ada hati-hati yang terluka. 

Perkara sebegini adalah satu keaiban memandangkan saya juga dikenali sebagai ahli al-Quran yang mana dalam Islam, perkahwinan itu sendiri hendaklah diuar-uarkan supaya tidak timbul fitnah dan masalah kemudian hari.

 Persoalan yang mempertikaikan saya isteri kedua sepatutnya tidak timbul, yang pastinya saya adalah isteri sah kepada Datuk Seri Mohammad Hizal Othman. Saya juga mempunyai prinsip di mana soal peribadi tidak perlulah dikongsikan bersama. Jodoh pertemuan ajal maut di tangan Allah. 
Saya bersyukur kerana mempunyai suami yang penyayang, bertanggungjawab dan menjaga saya dengan baik. Setiap doa kebaikan pasti akan dibalas dengan kebaikan juga dan begitulah sebaliknya.
Maka berdoalah yang elok-elok kerana setiap yang berlaku pasti akan ada hikmah di sebaliknya. 

Sumber: Nescafe Ais.



Dan yang paling thrill lagi adalah kesan-kesan yang terpaksa diterima oleh isteri pertama seolah-olah ramai plak yang tak puas hati apesal Datin tu macam redha je dimadukan. 

Itu le kome...
PAtut kome yang tak puas hati dan menyebok itu jadikan kisah ni sebagai pengajaran. 





Dan seterusnya Makbed 'kepilkan' lagi email dari pihak madu Ustazah Khasif yang dikirimkan kepada Harian Metro bebaru ni bagi menjawab tohmahan sekaligus membersihkan nama baik dirinya , suaminya dan madunya sekali. 


Siyes... kagum bila baca. 



“Assalamualaikum, saya, Datin Sri Shahrul Zakiah Mat Yusof, isteri kepada Datuk Sri Mohammad Hizal Othman. Pada 22 September lalu saya terbaca pengakuan Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman di dalam akhbar Harian Metro. Saya melihat perkara ini semakin kusut dan kronik sehingga saya rasa terpanggil untuk membuat kenyataan akhbar agar segala kekusutan dan tohmahan dapat diperjelaskan.“Daripada pengesahan status perkahwinan yang dibuat Sharifah Khasif tempoh hari menyebabkan saya pula ditimpa panggilan, soalan dan pelbagai pertanyaan seolah-olah membayangkan saya dan keluarga dilanda kesedihan serta kemurungan. Sebenarnya ia tidaklah seperti yang digambarkan.“Untuk pengetahuan semua, saya terlebih dulu dimaklumkan oleh suami mengenai pernikahannya itu sebelum ia berlaku dan saya juga bersedia untuk menerima Sharifah Khasif sebagai ahli baru dalam keluarga saya yang lebih senang dipanggil ‘adik’. Di sini, ingin saya tegaskan bahawa tidak ada berlaku kahwin sembunyi-sembunyi seperti yang diuar-uarkan. Saya berharap dan berdoa agar perkahwinan ini akan membawa kebaikan dan mendapat keberkatan Allah di dunia dan di akhirat.“Saya juga menerima suratan pertemuan, jodoh, ajal dan maut semuanya ditentukan oleh Allah SWT. Saya menerima dengan hati yang terbuka disertai doa agar dibalas dengan kebaikan dan rahmat. Saya juga bersyukur kerana suami saya seorang yang sangat penyayang dan bertanggungjawab kepada saya sekeluarga. Semoga sifatnya itu akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Diharap pengakuan ini akan merungkai segala pertikaian yang berlaku selama ini.” katanya.

Sumber: TERBAKOR



Mungkin menda ni dah lama dah.
TApi,bukan soal lama ke baru berita ni. 

Cuma nak share je.





MAkbed ucapakan Tahniah kepada pasangan ini particularly pada Datuk Seri Mohamad Hizal kerana awal-awal lagi telah menunjukkan contoh yang baik dalam hal berpoligami ni. KAlau ikut cara tu, betui dah le tu. 

Semoga mereka hidup bahagia dan tahniah buat kesemua mereka..... termasuk yang dimadu itu. Ingat... perkahwinan ni macam team work la jugak kan. 


KEsimpulannya:

  • KAlau awalnya bermula dengan baik, insyaallah, kesudahannya pun baik.
  • JAngan menipu. Sebab kita mungkin tak sure apa keputusannya kalau berlaku jujur. YAng pasti kalau menipu kesudahnnya tak pernah baik. 
  • COntoh dah ada. So, jadikanlah ia contoh ye..... Ni bukan calang-calang orang ok. Datuk dan Datin. Datuk pun pilih isteri baru yang baik-baik. Datin pun redha sebab madu dia ustazah kot. Buleh gak ajar-ajar mengaji ke hapa. 
  • TErang-terang dah nampak kualiti IMAM dan KHALIFAH kat suami tu. 


JAdi... tak timbul isu rampas - merampas bila sesuatu itu dibuat dengan penuh tertib. TAk timbul masalah di kendian hari. Orang nak komen pun tak gamak sebab dah terang-terang tak de isu . 


Respek!!!





Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram