Followers

25 Sep 2012

Wawan Pun Dah Pandai Marah!




"Ammmmmbbbooi. Tetah!"


Acenggitu lah Wawan setiap hari sejak-sejak baru boleh berkata-kata ni.
Sama la jugok cam si Oni dulu, perkataan yang sama kuar. TApi ONi wat sekejap je.


Wawan pulak ber'ammmmboii tetah' tu sepanjang masa.



Apekah 'ammmbooooiii tetah tu'?








It actually stands for






AMBBBBOOIIIIII .... BIASA TU!


Cuma version Wawan 'TU' tu tak de. Dipendekkan kot ye Nak ye?




Wawan tujukan ayat tu dengan penuh perasaan kepada kucing-kucing yang selalu datang umah makan.
Tunduk aje kucing-kucing tu kena marah ngan Wawan.
Ada yang sekor tu dah gamaknya siok tengok Wawan bebel, dia siap leh baring sambil menguap. 
MIahahhahaa.


Mekasih la Wawan. Ko marahkan jap kucing-kucing ni. Sampai hati depa berak kat umah Ibu. 


Ape la ko kucing. 
Ko sign up nama ko masuk RAncangan MAkanan Tambahan (RMT) kat umah aku, pehtu leh wat tahana plak berak.
KAlau berak skali dua, aku leh la maafkan lagi.
Nih sampai tetiap kali rasa nak berak je, ko launch berak ko kat umah aku. 
Aiii..berak umah tuan ko sniri takleh keerrr???
Dah le skang musim hujan. Lagi la bau dasyat.
Aku nak bukak pintu umah pun tak lalu.
There goes my pleasant morning breeze.
Selalu aku bangun awal-awal and bukak pintu luas-luas.
La ni aku bukak tv je cenel 703, tengok makanan. 


Selepas membebel kepada Inche Kitchi secara berkala dengan bebelan berjudul "BERSIHKAN TAIK KUCING DI LAMAN" maka beliau dengan gagahnya pergi gak la bersihkan.
AKu memberi cadangan agar sebuah lubang digali dan masukkan aje la suma najis-najis itu ke dalam lubang dan kambus.
Kot rajin dia nak gali 7 kaki dalam, aku tak kesah. HAHAHAHA..
Dari biar meremput atas pasir tu, baik jadikan baja kan kan kannnnn....~


Mekasih suamiku...




Ate petang tadi, dia suruh aku abihkan makanan kucing tu.
OPss.. bukan soh aku makan makanan kucing tu sampai habih ye..*apekah??

Dia soh aku habihkan makanan tu suma bagi kucing-kucing tu makan.
Lepas tu  takyah beli lagi makanan.

"Aii, takmo bagi makan dah?" tanya ku, buat-buat heran. 


"Abehh..dah asik berak je........." balasnya sambil wat muka Squidward.


AKu sengehh.


Sebernya aku la yg beli makanan kucing. 
Dia tukang bagi makan.

Aku suka kucing.
TApi aku alah kepada kucing.
Caner tu?



JAdi, kucing-kucing sekelian, 
Projek RMT kalian terpaksa ditangguhkan until further notice.
MAybe lepas anda pandai membuang air besar secara berhemah, ataupun selepas pasir-pasir itu telah slamat dialih dari rumah saya ke rumah pak mentua saya pulak. 
Until then, sila buat muka kesian di tempat lain. 
Berak la lagi kat umah saya, saya angkut kamu suma daftar gi rumah anak yatim. 
Mau ? MAu?


Ada sekor kucing betina ni macam dok gatal-gatal je.
MInggu depan sure peknen tu.
Aihh... kang tak pasal aku lak nak kena mem'bidan'kan beliau dan jaga dia dalam pantang.
Ngaaaa~!!! Abesla camni. 


susah la kalo bajet hot sampai nak minum air kat warung pun kena meniarap!


Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram