Followers

10 Sep 2012

[REVIEW] Valley View Hotel. AWAS: Artikel ini agak meleret dan sedikit keluar dari tajuk.



Assalamualaikum suma..
Maaflah kalao ternampak 'sawang' kat blog ni. 
Dah lama tak berhapdet.
Jengok tu jengok gak, tapi takleh nak hapdet atas sebab-sebab teknikal. 


So hari ni, Makbed hapdet la serba sikit ...


Wiken yang lepas, Makbed travel. 
KEmbali ke markazzzz... sebab Al-Azhar Associates adakan meeting bulanan.
Sebolehnya, MAkbed cuba mendisiplinkan diri untuk gi meeting bulanan tu. 
JAuh itu bukan isu sebab itu Meeting bulanan kan?
So... sebulan skali jerrkkk..
Dan kebetulan bulan Syawal pun belum habih, bos adakan sekali Jamuan Aidilfitri untuk anak-anak buah yang setia mengalu-ngalukan makanan free. 
Heee...hee...


Lagi 3 hari nak datang, Makbed dah book dah hotel.
Aiseymen... takde la hotel mahal-mahal nok. 
Memula tu nak tumpang aje umah Mak Bidan, tapi Mak Bidan demam pulok. 
JAdi, kita book hotel ajelah.


Gerak hari Jumaat, jam 11 pagi gitu.
JAm 3 dah sampai... Terus check-in.
Valley View Hotel, Lumut.

Citer sket pasal hotel..

Hotel ni siyes tak grand.
Bukan 5 stars.
Tapi, aku memang rasa hotel ni sangat strategik kedudukannya.
Strategik kerana apa?

KErana hotel ni dok sebelah 7Eleven yang beso dan juga dekat dengan kedai mamak.
Dekat pulak lagi dengan kedai dobi,
Dekat ngan kedai buku.
Sume tu boleh sampai hanya dengan berjalan kaki je.
Tak payah lintas jalan pon.
HEhehheee..

Kalau aku dok lama sikit, jahanamlah diet aku sebab asyik dok teringin slurpee je. 
NAsib baik aku gi Lumut tu on bisnes purpose, so terbizi sikit. Lupa pasal slurpee....



Lobi


Ini bilik yang Makbed booked...

Dah lupa apa nama bilik ni
AKu purposely amik 2 queen-sized bed sebab itu Dynamic Duo tido dengan tidak bersopan-santun. 


Awalnya, plan cani...


1 katil untuk Apak dan Ibu
1 lagi untuk Oni dan Wawan


Sudahnya....
malam tu jadi gini...



1 katil untuk Oni dan Ibu
1 lagi utuk Apak dan Wawan.



BIlik adalah luas.
BAgi aku mencukupi lah untuk kami 4 beranak. 
Takde banyak hiasan-mudah-picah punye.
Cuma Oni ngan Wawan ni jakun bila nampak telepon atas meja katil. 
Dari sudut keselamatan, bagi aku memuaskan. 

TV je la kot.
Ada Astro tapi channel faveret 701 takde. 
Sini siap ada Astro Sport lagi woo..
NAmpak sangat tokeh hotel minat sukan. 

WIFI pun ado. TApi slow cam kekura.
Ok, yg tu tak besh. SIla upgrade lagi wahai taukeh. 

Bilik air, cun. 
TAk de bath tub. 
Orang melayu tak reti pakai bath tub , kan?
Ada water-heater untuk orang yang takut-air-sejuk seperti Wawan. 
Boleh mandi dengan tenang. 
Sabun dan syampu disediakan.... tetapi bukan yang dalam peket atau botol. Diletakkan sesiap dalam bekas. Picit sahaja, 

Dan yang paling Makbed suka, MESRA-WUDUK.
DIsediakan paip untuk berwuduk. Khas..
Selalu gi hotel, payah sangat nak jumpa paip.
Selalu bersambung ngan hos paip. LEceh sikit nak amik wuduk. Dan selalu je letak tepi jamban. Kan?
TAnda arah kiblat pun ada. 

JAdi, bagi aku, kalau korang nak dok hotel yang murah dan banyak kemudahan tanpa perlu start keta untuk mendapatkan kemudahan itu, korang dok sini je la. 
Nih lepas aku wat review ni, janganlah pulak taukeh naikkan rege bilik yeee..
Sebab, aku maybe akan keep on staying kat sini setiap kali meeting ada. 


Nota penting:
Mee goreng mamak kat kedai mamak sebelah tu sedap gila.
Silalah cuba.
Tiada penghantaran bilik disediakan.
Kena jalan kaki gi sniri.
Dekat je.... Kentut pun boleh dengar tau. *Oke, tipu!


Check in pukul 1.30 check out pukul 12.30 tghari.
TApi, pada hari itu, aku check out jam 3 petang. 
Kerja banyak lak. 
Kena charge 1 jam seploh hengget.
DIa charge aku 20 hengget je...

Iron disediakan. KAlau nak, sila gtau reception.
Air panas untuk wat susu pun ada.
Dia sediakan termos. 
Breakfast tak disediakan yep!
***


Inilah bos merangkap leader dan manager saya. 
Hensem bukan?

HENSEMMMM!!! *tolong jawabkan on behalf korang. 


Orang yang tak pernah sekalipun TAK JAWAB soklan yang aku tanya.
Semua dia jawab. 
Soklan pintar ke, tak berapa pintar ke, dia jawab.
BAnyak memberi tunjuk ajar dan kata-kata semangat semasa aku dekat dengan dia.
Dan skang, even jauh pun, terngiang-ngiang lagi kata-kata beliau itu.
Hmm... nak share keseronokkan.
I lost another 1 kg .
Best woook!
Disebabkan itu saya beli lagi 3 pasang blouse... tapi beli yg longgar sedikit.
Allah dah kurniakan kesihatan yg baik. Dah kurus semula...kenapa nak singkatkan tudung dan pakai yang ketat-ketat kan? 
NAnti Allah amik balik kurus tu. 
HAaaaaaa..... baru tau.
Sentiasa cuba menjadi baik..
Dan istiqamah melakukannya. 
Insyaallah. 
Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram