Followers

18 Sep 2012

Oni menyebabkan Ibunya digelakkan dengan jayanya.



Malam itu aku suami isteri bawak sekali CIk Oni dan Cik Wawan , beserta Alang dan Awek beliau gi tengok wayang. 
CIter: Step Up - Revolution. (Dah lupa tajuk sebenarnya. Ni main bedal je...)


Gi tengok kat Alor Setar Mall. 
Big C.
Oni excited leee dapat tengok wayang.
Selalu kena tinggal ngan Alang je. 
Disebabkan Alang pun nak join skali, maka kena la bawak Oni ngan Wawan jugak. 


Dah sampai Alor Setar Mall, aku belikan KFC Nugget and fries sesiap. ANak aku ni kalu ada makanan masuk mulut , senyap dah.
Oni lak merengek nak cekelet. 


"NAnti la Ibu belikan..." kataku. Saja bertangguh.
KAlau buleh taknak bagi dia makan gegula or cekelet dalam wayang. Bukan apa... Panggung tu gelap. KAng dia calit cekelet kat tudung aku tak nampak lak. 
HEhehee..


Singgah jap kat konter Candy BAr. NAk beli mineral water.

"Ibu..... nak eskeyem," pinta Cik Oni.


"Sini takde jual aiskrim la Kakak..."beritahu ku dengan konpidennya.


Oni wat muka konpius.


"Tu eskeyim! Kat belakang IBu," balas Oni dengan muka tak puas hati, sampai menunjuk ke satu arah. 


Aku pon toleh..





Ado pulak papan iklan aiskrim magnum kat belakang aku.....kan.....







ALang dan awek beliau udah gelak-gelak kat belakang.


"HohohohOhoohooho..hekhehkhekk... KAk Liza tak leh tipu Oni. Hahahkhakahkahkah" gelak mereka dengan begitu bersungguh-sungguh dan berdedikasi. 


Aku lak.. sesengih simpul. 



Wei..bukan tipu la. Lupa plak Big C ado juai eskeyem. 



TApi, Oni tetap tak dapat makan eskeyim tu. 









Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram