Followers

18 Sep 2012

Makbed , Kucing dan Jamban Mereka.





Letih tak habih lagi. 


Wiken yang bizi jugak sebab mak abah datang.
On Sunday,travel gi SIk dan bermalam di umah Angah.
HAri Ahad kitoang ramai2 gi antar Linda ke tempat belajarnya di MAdrasah Al-Falah, Parit Panjang.

Di situlah Dik LIn akan tinggal selama setahun bagi mendalami ilmu agama, menajamkan pengetahuan Al-Quran dan insyaallah belajar Bahasa Arab. 

BEstnya duduk di situ.
Insyaallah, satu hari nanti aku pun nak gi bermastautin kat sana gak. 

Lepas selesai di BAling, kami balik terus menuju ke Kodiang.
Hantar MAkcik aku ke sana.
LEpak jap..minum ayaq lenci (laici).
Loghat Kodiang dan cara mereka bersembang adalah sangat menakjubkan dan memerlukan daya tumpu yang betul-betul tajam. 
Dah tak larat sangat, kami anak-beranak balik umah.


TAk lama je pastu, aku belum sempat duduk pun lagi, MIL lak call.
Ajak datang umah.
Siap-siap pulak keluar gi Pokok Sena.
Dapat la makan nasik mak mentua masak kan.
Shedaaapp.. ngeh ngeh ngeh. 


Pukui 6 aku dah mintak diri nak balik.
Tatahan sangat letihnya.
Mata pun dah kering dan aku lupa bawak spek mata plak tu. 
HAih~


Sesampainya di umah,  nampak pulak taik kucing bebetul kat tepi pasir , berhampiran ngan tayar moto kapcai haku.
Wahhhh!!!
Stress betoi la.

Citer pasal kucing ni, ekceli kami tak membela kucing.
CUma lately ada dua ekor kucing yang nampak macam terbiar dan lapar.
1 of them pulak injured.
So, aku dan INche Kitchi yang hatinya lemah-gemalai ni bagi la makan.
KAmi just letakkan makanan kucing je dalam pinggan dan biar diorang makan.

Takde pun niat nak bela.
Tapi kalau udah diberi makan.... lepas makan, dapat makan lagi.
Lepas makan, makan lagi.
Asal datang umah aku je, dapat makanan. 
So, lama-lama aku asyik nampak muka kucing tu aje lah kat umah.

YAng aku ni plak, even though suka kucing tapi aku tak leh bela kucing.
Takleh dekat-dekat pun.
MEmang sekejap je datang Ah Cho , Ah Cho tu.
Pulak tu, idung lak kategori koro (paling cikai) di dunia.
Sikit-sikit je selsema.
Bulu-bulu ni memang takleh ngan aku.
Elergik dengan menda berbulu.
TAik lalat berbulu pun aku elergik gak ko tau!

Tapi dalam kes kucing ni, bulu nye buat aku tatahan.
TAik kucing laaaaagi la aku tatahan. 
Pulak tu berak kat laman umah aku.
KEbetulan pulak, umah aku ni ada longgokan pasir selepas renovation hari tu.
Lebihan pasir tu nanti FIL nak amik buat umah dia lak.
Tapi takleh amik lagi sebab lori dia rosak. Tengah repair.
Skang, lebihan pasir tu dah jadi 'tandas awam' kucing la kann...


Boleh je nak wat kejam, nampak kucing tu aku terbey (lastik) supaya dia lari.
KAlau Abah aku plak, memang pantang kucing mai umah dia. 
LAgi-lagi jenih yang berak kat laman umah.
Berak kat umah orang lain takpe. 
JAp gi dia angkut kucing tu buang kat kedai makan ke, kat pasar ke.
TApi, aku ni pengesian plak . (ada ke perkataan tu?)
Kucing tu just lapar je.
Huuuu~ berkongsi rezeki yang Allah bagi kita dengan kucing. 
Sedikit je.
Kucing cuma minta belas ehsan kita je kan.
MAybe Allah ni nak test aku ni ada rasa belas ehsan ke tak kot....

Looks like aku mempunyai belas ehsan yang sangat over limit. 
HAHAHAHA..


Inche Kitci lagi lah.
Dia kalau ngan kucing, huyohhhh!!!!
Aku pun jeles tengok.
TEtiba je nak jadi kucing.
Meeaaawwwww~



Wahai kucing-kucing yang datang ke rumah beta, tak boleh ke korang datang makan lepas tu buang je kat tempat lain?
Berak le kat longkang ke, jalan raya ke.... TAkleh ?
Pesal nak berak kat rumah 'kebajikan' ?

I guess the best way is to buang all the pasir.
TAkde la nampak sangat yang rumah aku ni cam umah kebajikan, sampai jamban pun disediakan untuk kucing-kucing itu berak.
Dan aku rasa sangat tak LOGIK kalau aku nak jatuhkan hukuman sula atau tembak sampai mati kat kucing tu sebab diorang berak kat umah aku. 
KAn kan kan ....


Aiyoo... 


Ada idea tak pembela-pembela kucing sekelian?



Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram