Followers

28 Sep 2012

Ibu, Oni Minta A'Ap....


Subhanallah...Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu.
TEngok le cemana rumitnya apa yg ada dalam badan kita.
Kendian, bila berbaby pulak, camne lak badan kita mengekjaskan diri.
Dengan kasih sayang Allah, 9 bulan yang kita lalui penuh pancaroba itu berlalu mudah sahaja.
Sedar-sedar je, dah kuar baby. 



Oni... anak Ibu.
Ibu minta maaf kalau kebelakangan ini Ibu asyik marah-marah pada kamu.
Ibu tau tak patut Ibu tinggikan suara.
Oni anak Ibu yang baik.
PAtutnya Ibu memahami kehendak kamu. KAmu hanya mahukan Ibu melayan kamu.
Ibu tak patut menafikan hak kamu, nak. 
InsyaAllah, Ibu berubah.
BEsok, Ibu akan jadi Ibu yang cool. 
Tapi, kalau kamu makan sikat Ibu lagi, Ibu nak wat caner?

Oh... betapa susahnya jadi parents ni.
NAk anak comel, Allah dah bagi 2 anak comel.
KEndian tetiba aku takut..
APa guna ada anak comel kalau aku GAGAL mendidik diorang jadi anak yg SOLEH DAN SOLEHAH? 
Apa bagusnya menjadi Ibu yang vogue , cantik bergaya tapi gagal mengajar anak-anak mengenal Allah?
Apa yang layak dibanggakan bila duit ada berkepuk tapi anak-anak membesar sudahnya menjadi kedekut?
Apa lagi yang ada pada aku bila sekarang aku besarkan mereka ended up mereka halau aku keluar dan tidak menyayangi aku lagi?


Ya Allah.... 
Begitu risaunya aku hilang kasih sayang anak-anak kepada ku.
Ibu marah bukan kerana Ibu benci.
Ibu marah kerana Ibu sayang.
Tapi, mungkin tak kena style nye.
Ibu kena banyak belajar lagi. 


Tetiap kali nak tido, sure gado ngan Oni. 
Apa taknya, asal nak tido je dia kaco Wawan.
Wawan plak dari lalok-lalok nak tido, terus jadi segar bugar melayan kakak. 
Aku nak segerakan proses menidokan diorang supaya aku leh wat kijo lain.
Tapi, silapnya aku di sini lah.

Sepatutnya.....
Time dema ni nak tidolah aku beri kasih sayang sepenuhnya. 
Tidaklah mereka bermimpi ngeri masa tido.
HAHAHAHHAHA...
Aku peluk dan cium mereka hanya selepas mereka tido.
MAsa diorang dok bergomol bergusti tu, aku mengaum lerr nak suruh tido kan!


TAdi, aku buat-buat merajuk ngan Oni.
Sedih... Oni takmahu dengar cakap Ibu, gitulah kataku.
PAdahal, aku pun sama.
TAk dengar apa yang dia cuba nak cakap.
TApi, Oni...anak yang baik.
Dia tak fikir apa yang dia nak.
Dia cuma tak mahu Ibunya merajuk dengannya.
Oni datang pada aku minta 'nak sayang'.
Takdapat pipi kiri, dia cuba yang kanan. 
TAk dapat yang kanan, dia cuba cium di dahi.
Yang dia mahu cuma "ibu, janganlah merajuk dan marahkan Oni..."


Dan dia tetiba cakap...


"Ibu.... Oni minta a'ap....."


Ibu.... Oni minta maaf.




Oni...Ibu pun minta a'ap juge....




Sob..SOb..SOb..



Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram