Followers

22 Sep 2012

Ibu Jangan MArah Oni TAu!



Wadoh!!!
Penat la camni.
TErkocoh-kocoh aku kat dapo nak masak lunch tadi.
NAsib baik le penduduk dalam rumah ni cuma makan sejenih lauk je dalam satu-satu masa jadi aku tak pening sangat kepala. 


Itu pun, takleh rehat.
Oni tak habih-habih buat hal.
Menyepahkan umah dengan dibantu oleh Wawan.



Kisah 1

Aku gi bank kejap.
MAsa nak kuar, Oni nangeh cam aku nak KArachi tak balik-balik. 
Biarkan je.
JAnji nak belikan beliau eskeyem.


BAlik tu, Wawan dah tido.
Memang dah time tido pon.
Oni merengek mintak shekelet.
Aku bagi shekelet.


BAru nak duduk jap, mintak ubat plak.
Aku bagi  vitamin c dia.


PEhtu, minta shekelet lagi.
Ehh.. fedap lak haku.

Tapi bagi jugak.


PEhtu, aku nak duduk jap nak check email.

"Ibu...nak air masak..."

Adoiyaiiii...

Udah le lutut sakit. KEna bangun duduk, bangun duduk. 

KAlao ko adalah watak anime, dan aku pun watak anime jugak, aku rasa memang ada scene Oni kena WACHAAAAA ngan aku kot 

Tuzki Bunny Emoticon




Kisah 2


AKu dah kat dapo. 

Oni datang.

"Ibu wakpe?"

"MAsak..." jawabku.

KEndian dia blah.

Pehtu datang balik.

"Ibu, potong apa tu?" tanya nya.

"Potong daging..." jawabku lagi.

Pehtu, blah plak gi depan.

4 menet pehtu datang plak.




"Ibu,,,,, nak shekeletttttt..~"



Tuzki Bunny Emoticon


Kisah 3
Ibu masih di dapo.

Oni taktau nak wat pe sebab takde sape nak layan dia.

Wawan lak tido.


"Ibu............mana putinggg..." rengek ONi.


"TAktau laa.... Oni cari kat depan."

"TAkde....."
Kendian dia blah.

3 menet pehtu Wawan nangeh.
Oni amik puting dari mulut Wawan boh dalam mulut dia. 
Dan Wawan pon jaga.
STRESSS!!!
Tuzki Bunny Emoticon




Kisah 4

Dah kena marah tadi.
Senyap jap kat ruang tamu.
Wawan plak mai punggah dapo.
TApi takpe la..aku bagi biskut, diam dia.


Dah habih dah masak.

Gi ruang tamu nak duduk.

BAru je nak lepak atas sofa tetiba nmpak basah jer..





"Ni sapo kencing ni?" tanya ku.

TAkde pampes sapo bocorpun.

Aku tanya ONi. 
"Sapa tumpahkan air?"

Oni tak jawab.
TApi
muka terkulat-kulat, sengih-sengih macam ado orang nak masuk meminang dia je.
Eii... TAu dah anak aku punya keje ni.

TApi aku tanya lagi...

"Sapa tumpahkan air?" Saja nak tengok Oni nak ngaku ke tak. 


Oni terpisat-pisat.

"Ibu....jangan marah-marah tauu....~" katanya sambil wat muka teletubbies. 

Aku ni dalam hati tinggal nak gelak golek-golek je. 
TApi EGO beb! EGOOO!!!! 
BErtahan Makbed. JAngan gelakk!!!


"NAk marah jugak. Sapa tumpahkan air....?" tanya ku lagi.

"Errmm... ONi. TAdi Oni main air tu..." gitaunya sambil tunjuk botol mineral yang takde tutup kat atas kabinet. 


HAih.... seb bekkk la Ibu ko masih lagi mampu bersabor. 
 
TApi, Oni plak cecepat amik kain buruk lap air yang dia tumpahkan tu. 
TErus tak jadi marah.





Kisah 5


Ok ..INgatkan Oni dah insap la kan tertumpahkan air kat sofa.
Rupanya tidak.

Aku gi dapo nak check periuk nasik.
Dia pun gi dapo.
BUkak pintu peti es adalah hobi terbarunya ketika ini.

TAu dia wakpe?


MAin telor!

TAtau la apa yang best sangat kat telor ayam tu tapi cam obses lak skang ni ngan telor.
Amik sebiji, dok timang-timang, lambung-lambung cam menatang tu guli ke batu ke... gitu la.

Sekali, kat belakang aku ni baek punya main teloq ayam, lambung-lambung bagai tetiba je PRAKKK!!
JAtuh atas lantai dapo. 


Bersepai sebijik teloq.






TErus jadi Ibu Godzilla!



Sekian sahaja kisah hari ini.


Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram