Followers

26 Sep 2012

[HKCC] Rihlah Sambil Beramal Ke Kemboja







Puan Besar dah pengumuman dan kini menjadi tugasan aku plak meng'elaborate' tentang hal yang disebutkan di atas. 



Program ini masih lagi didalam perancangan dan detail final nya akan dibentangkan kemudian. 


Untuk makluman, program ini adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturahim between Stokis dan Agen rangkaian HKCC sekaligus bertujuan memperkenal produk HKCC dan Iman Collection dan juga stokis dan agen gojesnya skali ke peringkat lebih jauh. 


Boleh la dikatakan juga seperti FAMILY DAY.


Program ini akan dilaksanakan di bawah Program Bakti Siswa MAsyarakat Islam Kemboja anjuran AFRR atau AF Relief Resources yang sememangnya dikenali menerusi beberapa trip ke Kemboja menerusi PROGRAM SUKARELWAN KEMASYARAKATAN MASAYARAKAT ISLAM KEMBOJA. 


Boleh baca detail tentang PROGRAM dan Syarikat itu di SINI



Syarat penyertaan:

Anda haruslah didaftarkan sebagai stokis dan agen berdaftar. YAng tak berdaftar,tak leh la join. 
Kenapa...?
Sebab tambang nak peginya kena bayar sendiri. 
Sebab namanya pun program SUKARELAWAN kan. 
JAdi, sapa yang SUKA tapi TAK RELA nak bayar tu, tak leh pegi juga,



MEngapa memilih Kemboja sebagai destinasi?


Kita nak tengok sendiri bagaimana keadaan umat Islam di Kemboja dan merasai sendiri hidup di dunia mereka yang serba susah dan mencabar tu. Sekaligus, dapat menerapkan rasa cintakan negara dan menghargai apa yang kita dapat setakat ni dan belajar untuk menjaganya dengan baik. 

Selain tu, kita nak jadikan rihlah kita ni bermanfaat.
Bukan setakat gi jenjalan, habih duit pehtu tak dapat pape.
Biar nak berjalan-jalan tu kita berbakti jugak pada orang lain. 
BAk kata orang, sambil menyelam sambil minum air. 


JAdi, ini adalah pemberitahuan awal tentang Program HKCC.
So, diminta semua stokis dan agen bersedia. 
TAmbang dan perbelanjaan lain akan diberitahu kemudian ya.
Tak pun, kome terjah je PAGE HKCC tu untuk tanya soklan.


Dan jangan lupa terjah LINK yang MAkbed bagi tadi tu.
Itu blog stokis HKCC jugop!!
Stokis Kota Kinabalu.
Boleh bah kalo ko.... hehehehee....





Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram