Followers

4 Sep 2012

Hang ni dok taman sana kan?







2 kali je aku jumpa sate ikan ni kat Manjung.
Lepas tu dah takde.


TAdi... aku gi bank. Jumpa lak satu pakcik ni, jual sate ikan.
Disebabkan aku nak gi masuk dalam bank, aku minta pakcik tu tunggu sekejap.


Aku order 20 batang sate ikan. 
Doposen sebatang.
Ok la..
18 tahun dulu,menda ni rege sekupang je. 
Dapat beli 3 batang pun dah besh. 


"HAng nak sos apa? Manis , pedas ke nak campur?" tanya pakcik tu. 


"NAk pedas ,pakcik." JAwab aku sambil dok mengintai dalam bekas tempat dia isi sate ikan yg belum dibakar. 

Then aku intebiu pakcik tu plak. Tanya pasal lokasi meniaga dia. Supaya senang besok aku nak beli lagi. 

Tetiba, pakcik tu tanya...

"HAng ni dok kat taman sana kan? Selalu beli kat pakcik dulu...  MAsa tu pakcik naik basikal..." 



EErrrr.............





Huu.. pakcik ni kenal aku ke?

Aku lak tak kenal dia. 
Dulu pakcik ni muda. 
Skang dah banyak uban. 


Ngehngehngeh....~



Photobucket



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram