Followers

18 Sep 2012

Gadis Kilang Campak Bayi Direman




Nih tatau nak cakap hape dah la.
KAlau perkataan 'KEJAM' tu habih dasyat dah kot.
YAng tu je yang aku leh pikir.

TAkpelah aku tak nampak muka ko lagi. 
TApi lambat laun akan nampak jugak.
Walaupun hanya dapat tengok tangan ko yang putih gebu tu je, aku tetap rasa cam nak kapakkan tangan ko tu!!!!


Sanggup ko baling anak kecik yang terberdosa apa-apa tu ke bawah?
KO ni sewel ke hape hah??!!!


OK.. memang ini entri emo.
Ko ni manusia ke cyborg?
Entan-entah ko ni robot kejam cam dalam citer Terminator tak?
Robot iyelah takde perasaan.
KAlau ko tak takut hukum dunia, takkan la ko tak takut hukuman Allah?


MAsa ni plak terpikir ko nak berpurdah tutup muka ye?? Awat 'ari tu' tak tutup siap-siap?



Kalao tak suka baby tu, dah tau ko ngandung ..Ko ada masa 9 bulan nak figure out kat mana nak serahkan anak tu.
9 bulan tu lama wei.
Memang jenih manusia yang pendek akal.
Tak kisah la ko ngandung sebab apa pun, tapi buang baby sendiri yang baru dilahirkan dari tingkat 3 flat rumah ko adalah satu tindakan yang memang menunjukkan daya IQ ko rendah. 

Memalukan kaum wanita dan Ibu-Ibu gojes je lah ko ni!!!!


Cepatlah ko ke penjara supaya ada cell mate kat dalam tu boleh belasah ko.
HAHAHAHAHAHA....


Kesian kat ibu-ibu hamil yang dipenjarakan kendian melahirkan anak di sana.
KEsian pada ibu-ibu yang dipenjarakan yang terpisah dengan anak-anak kecil mereka.
HAaa.. semoga ibu-ibu yang macam ni kasi tarbiyah sikit kat ko yang berhati MATI.



Sori.. termarah.
Saya cuma manusia biasa yang sangat risau dengan perkara menakutkan seperti ini. 



Gadis Kilang Campak Bayi Direman


PETALING JAYA – Seorang ibu muda yang dipercayai tergamak mencampak bayinya hidup-hidup dari tingkat 3 Blok 1, Flat Desa Mentari di sini sebaik sahaja anaknya selamat dilahirkan direman sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan kes perbuatan kejam itu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Petaling Jaya, Suraya Syawal pada pukul 11.30 pagi semalam.
“Mahkamah membenarkan suspek direman tujuh hari bermula hari ini (semalam) untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo!.
Menurut beliau, laporan bedah siasat ke atas mayat bayi yang cukup sifat itu mengesahkan mangsa mati akibat mengalami kecederaan serius di kepala.
“Bayi itu mengalami kecederaan teruk di kepala selepas dicampak dari tempat tinggi sebelum terhempas ke bawah,” kata beliau.
Arjunaidi memberitahu, suspek yang berusia 20 tahun dan belum berkahwin itu melahirkan bayinya secara sendirian ketika dia berada seorang diri di rumah keluarganya.
Difahamkan bayi yang cukup bulan itu merupakan anak hasil hubungan suspek yang bekerja di sebuah kilang dengan teman lelakinya. Bagaimanapun, keluarga suspek tidak menyedari gadis itu mengandung.
Polis setakat ini tidak menyiasat atau menahan kekasih suspek kerana belum ada keperluan dengan kes bunuh yang dihadapi suspek wanita itu.
Suspek yang memakai baju T warna hitam, bertudung, berjaket merah jambu, berkain sarung batik, berstoking dan berselipar kelihatan bersahaja ketika diperintahkan ditahan reman oleh majistret.
Wanita itu yang tidak ditemani ahli keluarga ketika dibawa ke mahkamah masih dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Semalam akhbar melaporkan, seorang bayi perempuan ditemui mati dipercayai dicampak dari tingkat tiga flat Desa Mentari di sini.
Polis yang memeriksa mayat bayi itu kemudian menahan seorang gadis yang kelihatan lemah selepas dipercayai baru lepas bersalin di tingkat tiga blok 1 di rumah flat itu.
Ketika ditemui, bayi yang masih bertali pusat itu sudah tidak bernyawa lagi.

Sumber: KOSMO




Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram