Followers

13 Sep 2012

Entri YAng Penuh Keskemaan. SIla komen samada anda suka atau tidak.




Hujan lebat dari malam semalam sehinggalah malam ini.
Dan bumbung rumah saya, di bahagian bilik tido saya bocor. 
Air meleleh melalui dinding bilik terus ke lantai  di bawah katil tempat saya beradu.

Setiap kali bila hujan semua orang akan tarik selimut dan tidur dengan takburnya.
Saya pula tak lena tidur, bimbang air yang meleleh ke lantai tu akan membasahi tempat tidur anak-anak pula. 
Oni dan Wawan tidur di bawah.


JAdi, setiap kali hujan lebat, sebatang mop akan turut berdiri di sebelah tempat tido saya.
Opss, bukan tidur bersama mop ye.  Mop wajib berdiri sahaja. 
Saya terpaksa tidur-tidur gaya ayam serama. Bila terjaga saya akan terus pegang mop tersebut dan mop air yg meleleh di bawah katil bagi mengelakkan tempat tidur anak-anak basah.


Gitulah kerja saya bila hujan. 



Dan hari ini, saya kembali selsema. 
Asyik main hujan di luar dan di dalam rumah.


PAgi tadi saya buatkan brekfas berupa nasik goreng belacan siap sekali taburan ikan bilis di dalamnya. 
Kemudian, saya keluar sidai kain. 
Suami makan brekfas yang saya sediakan.
5 saat kemudian beliau muncul di pintu belakang dan bersuara...

"Awak OK ke?" 


Terkebil-kebil sekejap. 
OH ya.
4 tahun berkahwin, saya yakin setakat ini soklan macam tu keluar 5 kali sahaja. 
KAlau dia tanya tu, mungkin rupa paras saya nampak sangat hodoh.
HAHAHAHA...
LAgipun, hari ini saya memang tida begitu sihat.
Pening..Pening.

TApi, saya yakin wajah saya comel je hari ni.


LAlu saya pun tanya kembali..
"Kenapa ye? Saya ok je. Selsema sikit."


Beliau mengangguk.

"TAkde pe. Nasik goreng awak masin." 



Lohh.. yeke. 
HAHHAAA..


ALamak, malu le plak.



MAsin sikit nasik haku tu.
SOb sob...

KEsian suami saya. 
Tapi dia makan juga. 
SIap tambah lagi.
Mungkin terlalu lapar.


Gitulah dia...
Even sy masak tak sedap, dia makan jugak.
TApi selalunya saya masak sedap tawwwww~









Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram