Followers

24 Sep 2012

Entri Yang Penuh Keegoan



Tak suka tau bucket seat ni. 


Ini adalah contoh bucket seat.


KOrang ada asben yg suka modified keta x? 

Inche Kitchi ni bukan dalam kategori pemodified kereta yang tegar. Tapi, dia ni suka sangat menchoba jaya sesuatu. 

mAsa ngandung kan si Oni, Bambam Bee penah rosak. 
So, aku kena pinjam keta jiran. 
NAk jadikan citer, keter jiran haku masa tu pakai bucket seat.
Drebar dia bajet dia pelumba F1 kot. So, beli bucket seat menunjukkan identitinya sebagai peminat keta, dan speed lover la.
KUnun... Tapi kena saman polis, minta diskaun juge. 


Masa tu aku ngandung.
Ngan segalanya besar dan kembang. 
NAik keta yang berbucket seat adalah hanya menyebabkan ibu mengandung seperti saya menjadi bertambah emosi tetambah time nak naik dan turun dari kenderaan. 

Seksa.

Dengan itu, aku mengisytiharkan PERANG ke atas bucket seat.
Cakap kat Inche Kitchi, jangan mimpi nak tukar sear tu kepada bucket seat. Aku tak mo!


BAgi aku bucket seat ni hanya sesuai untuk racer, org bawak keta drift  dan...dan.. dan....

BABY!


Diulang..


Baby!






Adakah anda baby?
Kalau anda baby yang tak payah turun naik kereta untuk menyahut panggilan Illahi dan panggilan alam, maka anda SANGAT LAYAK pakai bucket seat. 


Stress haku. 






MAlangnya.. ....

Bebaru ini suaminya seperti tidak mengendahkan amaran saya lagi.

NAmpak lebih determine nak tukar seat keta. 
CIsbedebah sungguh beliau. 
Siap beli tanpa pengetahuan aku. 
Ye la..selama ni beli apa pun mana de aku amik tau. HAHHAHA...
Tengok-tengok dah selamat dibeli dan tersadai di ruang balkoni yang berbau taik kucing sentiasa itu. 
Cayang..sila uruskan najis-najis itu besok ye...~ 



HAri ini, dia gi bengkel. 
Balik tu, dia dah tukar dah seat.
YAng beshnye, aku buleh tak perasan jika dilihat dari luar.
Rabun kan?


Bila aku dah duduk baru perasan itu adalah bucket seat yg ditukar. 

"HAih... tukar dah?!" tanyaku dengan wajah seperti Hulk - hudoh tetapi sangat adorable. 

Inche Kitchi wat slamber aje. 
"Udaaaahhh...."



Aku pandang kiri kanan. 
Goyang-goyang buntut sikit atas seat tu.
Wah..ada space lagi lak.
Apasal hari tu cam ketat, sendat sampai nak gerak pun takleh?
Huahuhahuahuahhauha....


PAstu aku ke kanan sikit badan, then ke kiri.
BAnyak ruang lagi.



TAkde la sesak napas.
TAkde terasa cam bahu terkepit.
Buntut terkepit pun takde gak.




cenggini la rupa seat keta Bambam Bee

Aku diam je...


Sampai di rumah, aku tanya Inche Kitchi..


"Awak, seat ni panggil hape?" tanya ku mintak kepastian. 


"Bucket seat. Semi-bucket seat," jawabnya.



"OOooooooooooooooooooo..." haa..hamik ko panjang 'OOO'nnye. Entah hape yang semi nye aku pun tatau.


"Pesal?" tanya Inche Kitchi lak.


"Hmm................. takde la. Ari tu kan seat cam tu B duduk cam ketat sangat. B tak suka. TApi, yang ni pesal cam banyak je ruang. B dah kurus la ye? Kan kan kan??



Inche Kitchi hanya menjuih kan bibir.












TAknak ngaku le tu. 




EGO!



HUH!


Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram