Followers

22 Sep 2012

Duhai Suami. Kurangkanlah ego dan baran kamu kerana kamu sedang menyeksa isterimu. Dan kamu seakan enjoy berbuat demikian.




Kisah hari ni aku kongsikan untuk tatapan rakan-rakan sekelian.
PErkongsian hati ke hati dari client aku yang aku titipkan atas permintaannya sendiri. 



TAk mudah hidup seperti dia.
Aku trngok pun aku tak sanggup.
Anak ado 4 sudah.
ANak kedua sakit teruk.
TEruji dengan penyakit kanser sejak usia 2 tahun. 
SIapalah yang mampu menduga kan.
Skang dah nak masuk 3 tahun dah anaknya tu. 

Hidup takdela sekaya mana.
TApi takde la pulak melarat.
Rakan aku yang jugak client memang sudah membeli polisi insurans untuk kesemua anak-anaknya,termasuk dirinya sendiri.
Well... bukan dia yang bayar tapi suaminya.
Semua polisi anak-anak dibayar suaminya. 


KAlau tengok dari luar, Anita memang kuat.
NAmpak dia sedih, tapi dia kuat.
Setiap kali aku melawat dia kat hospital, dia sambut aku dengan senyuman. 
Dia peluk aku kuat-kuat.
TAk penah sikit pun dia nangeh.
Anak keduanya , Muhammad memang disahkan kanser stage 3. 
PEmbedahan demi pembedahan , rawatan demi rawatan dibuat di sebuah hospital swasta di ibu kota, pastinya memerlukan belanja yang banyak.
SYukurlah.. biarpun sudah dilindungi insurans,segala bil rawatan Muhammad ditanggung syarikat tempat ayahnya bekerja. 



NAmun, ujian Allah datang lagi.
Bila ada di antara ahli keluarga sakit, semestinya seluruh kekuatan kekeluargaan turut teruji khasnya si Ibu.
Anita memang tidak bekerja.
Selepas bersalinkan anak yang keempat, Anita hanya memperuntukan masanya menjaga Muhammad yang memerlukan perhatian. 
MAna mungkin ditinggalkan.
Kasihan anak-anak lain, adakala tak cukup perhatian.
TApi, Anita cuba sehabih baik. 


Duit simpanan semakin habih.
Biarpun dilindungi insurans dan dicover syarikat tempat suaminya bekerja, duit tetap laju macam air sungai keluar dan keluar dari akaun simpanan.
Ye la... takkan nak duduk saja mengharapkan rawatan doktor kan.
Anita berikhtiar mencari rawatan sampingan, ubat-ubatan sumplement lain bagi memulihkan Muhammad.
Gigih betui ibu ini.
Dalam kesibukan menguruskan kehidupan diri dan seluruh ahli keluarga gitu pun, Anita sempat curi-curi masa menjahit.
Tu je kepakaran dia.


Bila Muhammad admitted, Anita akan bawak semua anak-anak sekali ke wad.
Disebabkan orang kat spital tu pun dah kenal Anita dan Muhammad, diorang pun tak kisah da.
Muhammad kena dok wad single sebab nak bagi space kat Anita dan anak-anak. 
NAsib baik la duduk spital swasta kan. 
KAlao gomen, memang takde nak dapat consideration seperti itu yaaaa.
TApi, setiap 'keselesaan' tu ada harganya HArap maklum. 


SUami Anita memang tak port lansung dah bab jaga anak ni.
Sejak Muhammad sakit, dan tak baik-baik, suaminya Idrus hanya menyediakan wang hospital saja.
Company cover tak semua.
Mula-mula cover la.
Lama-lama, bila bil perubatan Muhammad dah melebihi limit tanggungan syarikat, Idrus telah diberi Notis. 
MAsih boleh tanggung, tapi ada limit dan jika lebih limit Idrus kena bayar sendiri. 
Dari pihak Idrus sbagai suami, tentunya dia pun stress sebab tak mungkin Muhamaad akan baik seperti sediakala dalam jangka waktu terdekat.
MAna pulak nak cari duit lebih.
KErja nya technician aje. 


Idrus ni plak ada satu sifat tak baik - BARAN.
Aku jumpa dia sendiri pun tak yah kenal lama-lama aku tau dah dia ni kepala angin tahap Bezita punya. 
Memang betui, tanggungjawab mencari wang dan memberi nafkah tu tugas dia, tapi dia kerap mengungkit dan adakala membuatkan Anita terasa wujudnya dia di sisi Idrus tak lebih dari sekadar beban yang WAJIB ditanggung.
TEtambah la lagi dengan keadaan Muhammad yang sekejap stabil sekejap tak, memerlukan belanja yang banyak untuk menguruskannya, IDrus menjadi bertambah stress,
Dan stressnya tu dilepaskan kat isteri dan anak-anaknya.


Anita seringkali diherdik suami.
Saban hari Anita menjaga Muhammad dan 3 anak yang lain di hospital tu, siap tido kat sana lagi , IDrus tak pernah sekali pun tanya keadaan isterinya.
Soklan seperti "Awak ok? LArat ke tu..." tak penah lansung keluar.
Ada kalanya, Anita termengeluh juga kat suami , mengharapkan suami faham , tetapi disembur pulak dengan herdik beserta caci maki.
BAyangkan lah betapa tertekannya perasaan Anita.


"Aku tak paham. YAng menjaga , yang letih badannya aku. Anak-anak semua dengan aku. Punyalah aku tak mau anak-anak menganggu dia penat bekerja, aku sanggup bawak semua diorang ni duduk di wad. KO tau MAkbed, kadang tu punya dia menyampah kat aku, dia tak datang hantar makanan pun kat kami di sini. KO bayangkan la... Dengan anak-anak yang ramai nak kena jaga di sini, nak kencing berak pun tak sempat, macammana pulak aku nak keluar gi beli makan?"  cerita Anita kat aku.


NAk menunggu dia cerita tu bukan senang.
KAlau dia citer tu, maknanya tengah stress la tu.


"Dia kerjacam biasa. KAt opis. HAbih jam 5 , balik. Jumaat Sabtu, cuti. KOt nak datang tolong tengok anak-anak. TAknak tengok Muhammad pun, tengoklah aku ke. BAju aku tak bersalin. Spende dok pakai yg itu-itu aje. Dok di wad ni dah macam dok asrama dah. BEzanya, ada budak kecik 4 orang je..

"Bila aku minta tolong ambilkan baju dari rumah, dia maki aku kata aku menyusahkan dia. Dia maki keturunan aku sekali. DIa cakap, aku dan anak-anak menyusahkan dia. Tu baru sikit lagi BEd. Aku tak sanggup nak gitau apa lagi dia cakap kat aku pada ko. Aku malu.....


"Itu baru masalah anak sakit. Bila anak sakit ni macam-macam lagi masalah keluar. Paling teruk, masalah duit la. LAgi satu masalah, intimation. HAa.. yang ni pun jadi isu.YE la..aku isteri kan. PEnat camana pun, manalah boleh tolak. Aku layankan selarat mana mungkin. TApi, dia, lepas 'selesai' terus tido. Aku lak kena bangun uruskan Muhammad dan si kecik. Si kecik nyusu badan lagi. PEnah sekali tu cakap aku manusia tak guna sebab tak layan dia. DIa nak pi cari pompuan lain. Time tu, aku tengah dok menjaga Muhammad sebulan lebih di wad. Sakit tak jiwa?"


Aku hanya buleh mampu telan liur je. 
LElaki, kalau dah hilang sifat lembut hati, memang cenggitulah.
Kira dia je!


"Lansung dia tak pedulikan emosi aku. Lansung dia tak pedulikan letih aku... Mental dan fizikal aku terdera. Aku tak mampu nak tanggung ni sorang-sorang. KAdang aku cuba tinggal anak-anak lain kat dia , mak mentua ada boleh tolong tengokkan. Tapi aku tak sanggup tengok anak-anak aku dimaki hamun. Diherdik-herdik. Budak-budak kecik diherdik, dikatanya MENYUSAHKAN. TAk ada lagi bagus....Ada pun menyusahkan. Itu ajelah yang aku dok dengar dia cakap kat anak-anak dia. ANak-anak semua lelaki Makbed. KOo buleh bayangkan tak masa depan diorang?"


"LAki aku bila ok, ok lah. BAb duit ni, kalau ada tak berkira. TAk minta pun, dia bagi. TApi, bila time takde tu, habih semua diamuknya. Kendian, dia kata kita ni pulak pembawa bencana. RUmah dekat dengan masjid, tapi tak pernah bersolat. Solat Jumaat lansung la. BIla dia tengok aku solat, dia pandang sinis. AKu nak ngadu kat sapa lagi Bed?? Allah je tempat ngadu aku. Bila aku solat sunat, berdoa tak putus-putus dia plak serupa gelakkan aku. Dia cakap.. aku solat dan ingat dia, tapi inilah yang aku dapat. So, buat apa dia nak solat? BUat apa nak doa-doa???"


Terbaru ni, Anita ngadu lagi.
Muhammad dah 2 minggu di wad sebab demam panas. 
Aku tau dah, kalau Muhammad masuk wad, kepala otak Anita musti stoned 'baek' punya sebab penat dan stress bercampur.
So, aku selalu layankan je berwassup sampai dia brenti.
KAdang terberenti sniri sebab dia tertidur atau aku yg tido...............ZZZZZZ..


"Aku stress di segenap arah. HAri ni Muhammad dah boleh keluar. AKu gtau Idrus, tapi dia maki haku. Dia cakap, TAKDE MENDA LAIN LA TU. NAK MINTAK DUIT AKU. MAsuk spital, duit aku lagi nak keluar. Aku ni keje. Bukan macam ko. Ko tu DUDUK WAD TUNGGU DUIT AJE!"


Walaupun cuma wassup , aku leh bayangkan suara Anita menahan sendu.
Untungla ada wassap weh. Aku tak payah tengok muka Anita masa dia citer semua ni kat aku.
KAlau tak, aku nangeh dah !
Entah mana mai kekuatan ANita menahan amukan dan hinaan suami. 
Akku plak yang naik marah.


"LAhaiii laki ko ni NIta... Aku tunjal juga dahi dia kang!!" marahku. Apesal la tak paham-paham. KOt ye penat ke stress ke takleh ke simpan kejap. 
Orang lain pun stress kot.
YAng menanggung sakit badan dari pada mengandung sampai ke beranak, sampai ke pantang sampai ke anak sakit ni dia berjaga siang malam, adalah bini dia. Bukan dia. So, kenapa nak marah? Dah ko tu lelaki dan suami, memang tugas tu Allah amanahkan kat ko kan suruh uruskan?
Apesal laaaa.....
(Sori NIta, aku termarah laki ko..)



"Sungguh aku bukan nak hidup senang, tapi jangan la buat aku macam tak guna..." GItulah ayat touching Anita kat aku. 



Aku tau..kalau tak kerana keadaan Muhammad skang, ANita pastinya tahu kemana nak bawa diri dan apa yg perlu dilakukan. 
Anita sudah letih. Dah sakit sangat jiwanya.
Tinggal tak gila je lagi.
Bila terpandangkan Muhammad, Anita kembali kuat.
Menjaga anak sakit , biarpun sakit badan letih.
Tapi menghadap suami yang lansung tak berhati perut memang lebih menyakitkan. 


"Aku dah tak larat sangat Bed. KAsih sayang aku pada dia dah takde kot. TApi, sebab aku ni tak berduit. KAlau aku ni kaya, slamber je dah. KAlau aku tinggalkan suami aku dalam keadaan Muhammad yang macam ni, bukankah itu satu penganiayaan dan ketidakadilan pada Muhammad? KAlau aku pentingkan diri sendiri, kesannya teruk pada Muhammad. DIa perlukan perhatian dan bantuan kewangan. YE, Ayahnya bagi duit. COmpany Ayahnya masih menanggung.. Tapi, kalau asyik mengungkit macam kami ni manusia hina yang asyik minta duit dia, hati ni entahla lama mana mampu menadah hinaan tu. 


"Pun begitu, aku redha dengan apa yang jadi. Even though Idrus macam menunggu je Muhammad 'pergi' sebab dia kata Muhammad tu beban, aku tetap redha. KAlau Muhammad dijemput Allah, aku dah bersedia. AKu tau, Allah itu Maha Mengetahui. Mungkin, dengan ujian Muhammad sakit ni aku akhirnya kenal siapa suami aku. Dan aku kenal diri aku, kan Bed? " kata Anita , cuba melegakan hati sniri. TApi, betulla tu kan. 


"IDrus memang macam tunggu je. Aku nampak dah. Sebab kalau Muhammad 'pergi' tinggalkan aku, dia memang dapat duit insurans tu. LAki aku tu awal-awal dah cakap kat aku, duit insurans tu dia ada menda nak buat. So, takyah nak mintak-mintak...~ PAdahal, aku tak minta punn. HAdap pun tak. KO tengok sniri la ciri-ciri bapak camana ke tu,minta anak tu mati pehtu siap plan duit insurans nak buat apa...? Even duit claim elaun wad insurans Muhammad pun , dia cakap sesen pun dia tak mau bagi aku. PAdahal, duit tu buleh je nak wat bantu bayar duit belanja kat spital nih...."


AKu cam tersedak-sedak sikit.
Aduyaii.... bab insurans ni payah la kan.
NAk wat camno.
TApi.... papepun aku minta Anita bersangka baik pada Idrus bab insurans tu.
TApi, kalau Idrus nak amik duit tu, aku minta ANita redha ajelah.
Tak guna gado ngan orang macam itu bila bab duit.
Skang ni, isunya adalah baran suaminya tu.
KAlau ada vitamin buleh bagi kurangkan baran, memang aku dah sarankan ANita suruh beli bagi laki dia makan!



Aku tertanya...
KEnapa boleh jadi sebegini tidak bertimbang-rasa?
SUami-suami, apakah yang sentiasa ada di hati anda? TAk pernah ke bayangkan diri anda di tempat isteri? TAhukah isteri ni sedaya upaya cuba memahami anda, tapi anda lansung la tak cuba.


Anita minta aku kisahkan di sini.
DIa memerlukan nasihat anda.
DIa tersepit.
Di hati tu memang nak blah je, tapi dia fikirkan Muhammad.
Siapa nak jaga Muhammad? Duit rawatan semua nak kena ada.
Rumahtngga Anita dan Idrus tu hanya ada sebuah masjid tapi  HAnya ada sorang aje bersolat di dalamnya. ITu pun bersolat tanpa Imam. 
KE manakah Anita nak mengadu masalah yang semacam ini?
Apa yang perlu dibuat lagi selain BERSABAR DAN BERTABAH?


MAkbed perlukan komen-komen anda bagi membantu Anita. 




Seronok ke mendera perasaan isteri?
Seronok ke melihat isteri menangis disebabkan hatinya terguris.
Seronok kan... sebab kamu dapat membuktikan yang isteri kamu tu cuma wanita yang lemah.....
Rasa hebat kan?
Rasa macam  winner kan?
Dan isteri kamu tentunya loser. 



Tapi, satu hari nanti,bila isteri kamu tetiba senyap, dah tak menangis lagi, kamu lah pulak yang menangih minta perhatian dia.
MAlangnya, masa tu apa yang dia nak dari kamu cuba "LEPASKAN LAH SAYA. SAYA TAK MAHU SIAPA-SIAPA LAGI...."







Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram