Followers

16 Sep 2012

DINNER BERSAMA FAMILY YANG PALING MENCABAR SETAKAT INI




GAra-gara si Alang teringin sangat nak makan Domino's Pizza, maka semalam direalisasikan jugak lah impian beliau tu.
LAgipun, Mak dan Abah pon teringin jugak nak merasa akan Domino's.
Ape ke kat Kuantan takde ke menda tu?


Domino's JItra dah dibuka sebulan lebih dah.
Sejak dari awal pembukaan , memang ramai orang. 
Sama ramai dengan orang yang beratoq nak beli roti canai Teluk Kumbar. 
Sampai terkeluar dari kedai barisannya.






Kitorang sampai dalam kol 9 malam cenggitu. 
Aku awal-awal dah berpaling-tadah dah. 
NAk pi makan char koteaw je kat depan tu. 
KAt situ pun banyak gerai tepi jalan yang lebih menari perhatian. 
LEmah semangat betui nak pi beratoq sama-sama ngan orang lain yang turut sama nak makan Domino's.
Tapi sebab kesiankan semua orang yg dah pun sampai nak makan pizza, aku beratoq gakk la. 


Jenuh sabaq menunggu. 
Oni siap buley berak seround.
Dah habih menginstijak Oni pun, turn aku belum sampai lagi ko tau!
Huihh... tak pastilah aku yang beratoq tu adalah warga JItra atau pun orang Aloq Staq campur Kodiang, Changloon pakat beratoq sama. 
Sebab kat KEdah ni ada 2 je kot cawangan Domino's.
Kulim dan yang terbaru nya di JItra nih.
Siyes ramai siot orang kebuloq piza. 
Huahuhauhauhauahuah~


Hakikatnya ramai orang yang menunggu penuh sabar.
Cayalah korang.
Dekat satu jam beratur ,baru lah turn aku sampai. 
Abah , Mak, Adik awal-awal lagi berpaling-tadah pi makan char koteaw kat depan Domino's tu aje.
Aku la yg beratur.
Dah le lutut sakit. 
Sabo aje lah kan.
LEpas dah dapat order kat konter, kena pulak tunggu lagi setengah jam. 
HAdoiyaaaayyyyyaaaiii.
Takpe.
NAk berleter pun kesian jugak. 
Bukan salah diorang pun.
Dan bukan salah kastemer yang menunggu gak.
Jadi, atas dasar perikemanusiaan dan timbang rasa, aku sabarkan je la....
Terus gi kat kedai koteaw tu, order char koteaw sepinggan. 
Teh ais satu.


Wah, terubat jiwa sebab char koteaw sedap.
Aku lupa nak snap gambo warung tu yang bagi aku cool gila dia bukak bebetul depan Domino's Pizza yang ramai orang.
Ramai gila orang yang 'penyabar' gi duduk makan koteaw kat situ sementara nak tunggu pizza siap dimasak. 
Untung la diaa......


Memula cadangnya, nak makan pizza kat umah je sebab suma dah belahak makan koteaw. 
Tapi, bila pizza dah sampai atas meja, suma bertukar fikiran.
Betul-betul tak tetap pendirian , kan?
Sekejab je 1 large dan 1 regular piza dah habihhh.
NAsib baik gak tokey warung tu cool gila bagi kami bukak kotak pizza kat kedai dia.
KAlau dia cakap No OUTSIDE Food pliss... hahahha. Pepaham je la kan.

Oh...ade la nama kedai tu. Char koteaw Megat. 


Nasib baik la semua berpuas hati dengan pizza yang diorder Makbed. 
HEhehe...
KAlau makan DOmino's ni MAkbed paling suka order Beef Pepperoni, yang thin crust tu. 
TAk tebal dan tak terlalu nipis. 
So, puas dapat makan semuanya tanpa sengkak sebab roti kembang di dalam perut kitaaaa..


TApi.... kalau cenggini beraturnya, lama lagilah nak boleh pergi makan kat situ.
Lebih rela makan jauh-jauh. 
Tak larat beratoq!!!!


Kepada pengusaha Domino's Pizza, silalah tambahkan cawangan di Kedai.
Boh le kat bandar-bandar penting seperti Alor Setar dan Sungai Petani.
So, takde la ramai orang camni.
KEsian kat pekerja-pekerja awak.
Untung la mereka begitu berdedikasi.


Masa DOmino's baru bukak di SItiawan tak lama dulu, sama gak situasinya. 
TApi lagi mengarut sebab lokasi kedainya tu takde tempat nak parking.
Dah le dekat bebeno ngan opis aku. 
Aku nak parking pon susah. 
PUlak tu, dok kat bawah gereja lak tu kedainya.
Even banyak isu cakap takleh masuk kedai Domino's tu sebab kalau masuk dalam tu umpama masuk dalam gereja, aku nengok yang beratoq nak beli pizza tu tetap ramai sampai terkeluar kedai. 


Rakyat MAlaysia ni kalau bab makan memang begitu bersemangat , kan?
Tetambah lagi bila kedai tu baru bukak dan ada promosi bagi makanan free. 
BEratoq sampai hujung benua pun sanggup!



Mewahnya kita dengan segalanya.
NAk makan apa pun tak payah fikir.
BEdal aje.


So, hargailah nikmat yang kita ada kini walaupun sesekali BISING sebab barang naik harga.
NAik-naik pun, kita tetap mampu jugak makan DOmino's. Kan??


muka aku dah selebat dah... HAHAHAH!


Happy Birthday Linda.


Dan Selamat HAri Malaysia!!!





gambar-gambar telah dicilok dari kamera abah tanpa pengetahuan beliau. 
HEeehhhehhehehehee..... 

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram