Followers

23 Sep 2012

[CERPEN] Hamek Ko!

Sejak bersalin anak keEMPAT, tekanan jiwa MAwar makin menjadi. Suaminya Jepri, lansung takde menunjukkan diri nak berubah. TAk macam masa memula kawin dulu.
KAlau dulu, MAwar terjelepok sikit cepat-cepat Jepri balik kerja tengokkan dia. 
Sekarang, anak yang terjelepok jatuh, dimarahnya anak tu.
KAlau dia pulak yang terjelepok, lagi teruk la.
"Awak ni dah tua bangka pun jalan tak betul lagi ke? Itu la, kerja beranak je. Badan dah gemok sampai nak jalan pun tak buleh!" tempik Jepri. 
Makan hati ajelah MAwar.
Nama nak dengar ayat romantik-romantik, dah takde dah. Mawar hanya dengar menda tak sedap je dari mulut. Kalau ikut mulut dia yang boleh tahan jugak radioaktifnya nak juga menjawab. TApi , malas la gaduh depan anak-anak. So, Mawar telan ajelah.

Hasil perkahwinan Jepri dan Mawar membuahkan hasil dengan 4 orang anak. 
Sepasang, sepasang.

Mawar memang ada masalah berat badan yang susah nak turun. 
Lagi-lagi dengan stress yang tak hilang-hilang.
Bila geram kena marah ngan suami, dia makan.
MAkan tu jela yang buat hati dia lega. Meskipun seketika. 
Anak-anak pun suka masakannya.

Tapi MAwar cuma gemok sedikit. BUkan obesiti. 
Memandangkan Mawar sudah tak bekerja kerana disuruh berhenti sebab belanja baby sitter anak-anak makin mahal, jadi MAwar takde la bajet nak beli produk kurus sendiri.
Pulak tu, duduk di rumah je skang, memang nampak makanan ajelah. 
Kalau time kerja dulu, even lapar pun boleh buat-buat lupa kejap. 

MAwar minta 'dana' sikit dari suami nak beli produk kurus. 
TApi, Jepri kemut sungguh la nak bagi. KAdang duit susu anak pun buat-buat lupa. 
KAdang, balik kerja tu Mawar masak biasa-biasa saja pun Jepri tempik jugak. 
Memang jenis tak reti bersyukur betui,


"Kau duduk umah lama-lama takkan le boleh masak sambal ikan bilis ngan ikan masin je?" 
MEnyampah asyik kena marah aje, MAwar pun reply le balik..


"Abeh dah ada itu aje dalam peti ais. Itu je la yang saya buleh masak. KAlau nak menu lain, susu badan saya ni ada la, nak?"

JEpri terdiam. 
Terkejut pulak dia bininya sudah pandai menjawab. 

Tapi, dia mengalah je.
MAkan ajelah apa yg ada....


Dengan kengkawan, Jepri tak sudah-sudah mengutuk kegemukan isterinya. 
Even bila MAwar ada sebelah dia pun, Jepri lansung tak melepaskan peluang kutuk si isteri.
Sampai MAwar naik segan nak berjalan dengan suaminya di khalayak. 


"Itu la kau. KErja beranak aje. BAdan tak nak jaga. Cuba kau tengok SIti tu. BAdan bergetah aje. JAgalah makan sikit..." perli Jepri satu hari.


"Awak beli barang dapur pun tak. Apa je yg saya makan sampai gemok kan? Oh ye... saya makan laci kabinet dapur tu. Abang perasan tak, dah rompong?" perlahan aje MAwar membalas sambil menyelak baju nak susukan anak keciknya.


"Awak kurang bagi duit belanja pun saya tak pernah merungut. Saya gitau je.. Pun awak dah tempik. Saya gemok , lebih isi awak marah-marah. Anak ramai pun nak marah..." sambung MAwar. 


"Habih..dah betul. Ko gemok. Asyik beranak je... Suma nak makan. BAnyak perut nak kena isi.." balas Jepri. 


"Salah saya ke? KErja saya mengandung je. KAlau awak tak minta nak beromen hari-hari, takde la saya ni beranak kerap. Saya minta duit nak beli ubat, tak kasi. KAta saya ni high maintenance. BAndingkan saya ngan bini orang tu yg boleh je 'main' berapa kali, tak ngandung. Suruh temankan gi klinik perancangan keluarga, taknak. SOmbong...  Dah tu..caner?"


"UDah memang aku ni lelaki. Suka hati aku lah nak beromen berapa kali sehari pon. Ko sebok pesal? Ko bini aku AJE kan?" cemuh Jepri. 

Mawar diam jer... 


Dalam hati sakit tak sudah. 
Satu hari, MAwar demam teruk.
Anak-anak terbiar menangih sebab MAwar lansung takleh bangun. 
LEpas seminggu Mawar demam, baru Jepri bawak pi spital. MAwar terpaksa kena tahan wad sebab dehidrasi yg teruk. 
JEpri kena marah ngan doktor sebab lambat bertindak. 
MAwar diam je nengok Jepri kena marah.

Tapi, Jepri tak insap.
Dalam bilik wad tu, Jepri bengang-bengang , marah-marah Mawar sebab biarkan anak-anak kat dia suruh jaga.


"Itu lah awak. GEmok sangat! Demam sikit dah tak boleh kerja. Dah masuk wad. TAk ke menyusahkan aku nak kena jaga anak-anak ko neh!" tempik Jepri di dalam bilik wad tanpa menyedari suaranya didengari doktor dan jururawat di luar.

MAwar hanya mampu menangih.
NAk buat camana. Dah demam kan...


Rupanya MAwar kena demam denggi berdarah.
TEruk keadaanya.
KEsiankan anak-anak, Ibu MAwar menawarkan diri menjaga cucu-cucunya. 
Seronoklah Jepri kerana dapat membujang.
LAnsung tidak dijengoknya MAwar yang sakit tu.
Sedang MAwar bertarung nyawa, Jepri pulak bersedap-sedap dengan betina lain. 
Sehinggalah pada suatu hari, doktor yang merawat MAwar menelefon Jepri meminta Jepri datang ke hospital.

"Dah nak mampus agaknya pompuan gemok tu.."getusnya dalam hati.

Bila Jepri sampai, kelihatan isterinya elok saja menunggu di kerusi,
MAwar sudah kurus melidi. 
Wajahnya sangat tak bermaya, nampak begitu berusia.

HAmpir sebulan bertarung nyawa, Allah masih panjangkan usia MAwar. 
MAwar mendapatkan suaminya, menghulur tangan bersalam.
NAmun terperanjat, bila suami datang bersama seorang wanita lain. 
Jepri memperkenal wanita itu sebagai kekasihnya, tanpa segan silu. 
HAti MAwar yang memang sudah kecil itu, bertambah kecil. 
MEnangih dia di lobi hospital. 
NAmun dia tetap mengikut suaminya pulang.


Di rumah, MAwar dan suaminya bergaduh.
Suaminya tak sudah-suda menyalahkannya.
Segala yang buruk ke atas Jepri, atau yang berlaku keatas MAwar juga semua disalahkan pada Mawar.

"Saya dah kurus kan Abang. Abang tak nak saya lagi?"

JEpri memandang MAwar tanpa perasaan. 

"Kurus sangat ko ni. Aku tengok tak selera!!"


MAwar diceraikan hari itu.
PAda hari dia pulang ke rumah setelah lebih sebulan bertarung nyawa di hospital akibat denggi. 


...............


3 tahun selepas itu Jepri bertemu semula MAwar di hospital yang sama. 
TErkejut ungka si Jepri bila melihat MAwar yang comel , gebu dan sangat anggun. 
Setelah bercerai Jepri tak pernah sekalipun melawat MAwar dan anak-anak. 
Dia keluar rumah meninggalkan MAwar yang masih sakit .

Jepri pantas mengejar MAwar yang tenang berjalan.


"MAwar!" PAnggil Jepri.


MAwar toleh.
"Eh... Abang JEpri??? Wakpe kat sini?" Tanya MAwar dengan senyuman. LAnsung dia tak terkejut bertemu Jepri. 


"Errr... ABang ada hal. Orang rumah kena gi spital. Jumpa pakar sakit puan. " beritahu Jepri. 


"Iye..? Kenapa? BErsalin kah?"  tanya MAwar. 


Jepri diam.


PErbualan terhenti bila MAwar dirapati seorang lelaki.


"Hai Sayang.... LAma sampai?" tegur lelaki itu. 

Jepri hanya mampu melihat Mawar bersalam dan mencium tangan lelaki tersebut. Sesuatu yang selalu MAwar buat ketika bersamanya dulu. 


"BAru saja Bang. Eh.. Bang, kenalkan.. Ini bekas suami MAwar... Ingat tak??" beritahu MAwar pada lelaki itu.


LElaki tersebut tersenyum-senyum.


"Ehh..mana pulak Abang tak ingat sayang...... " senyum lelaki yang sudah beruban di tepi telinga sambil menghulurkan salam.


"Hi... saya Dr. Ashraff. Ingat tak, saya pernah merawat Mawar masa dia sakit denggi dulu...." 
Jepri terasa langit bagai mahu runtuh. 

Bila masa MAwar kahwin???

Punyalah dia lansung tak mengambil tahu perihal bekas isterinya, sampaikan Mawar berkahwin lain pun dia tak tahu.

Serta-merta cemburunya membuak. MAwar semakin cantik. Kulitnya terjaga. Tidak gemok lagi. Tubuhnya montok-montok, sedang elok.
Begitu ayu bertudung litup. 
Dan bertambah gundah Jepri bila melihat Doktor itu merangkul pinggang bekas isterinya.


"Encik JEpri buat apa di sini....?" tanya Dr. Ashraff.


"Errr... saya datang bawak isteri. Ada appointment. ISteri saya susah mengandung. DIa teringin sangat nak anak. JAdi, kami sekarang sedang mengusahakannya...." terang Jepri , sambil menunduk.


MAsa tu, semua kata-kata hamburan yang pernah diberikan pada MAwar dulu terflashback satu-persatu. 
"Kerja ko beranak je!!"

"Dah le gemok. TAk boleh berjalan betui. MAlu aku berjalan dengan kau!!!"

JEpri terasa wajahnya tebal sepert tembok besar cina.


MAwar hanya tersenyum......  


"TAkpe... nanti ada lah tu rezeki. Lambat cepat je..."



KEndian, mereka dirapati pulak seorang wanita yang agak tembam.


"Eh Abang. Saya tunggu lama dah kat sana. Apsal lembab sangat neh!!!! Penat tau!!"






...





HEHHEHEHHE... JADIKAN PENGAJARAN YEEERRR....



Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram