Followers

12 Sep 2012

Bagaimana MENJUAL DIRI SENDIRI Membantu Anda




Menjual.
Semua orang boleh menjual. 
Kita ada barang yang tersalah beli , then jual kat orang. 
Iklankan kat fesbuk. 
Dah, sold. 
One shot business transaction , EASY DONE!


Ada pulak orang yang 'rasa' diri dia tak pandai berniaga,
Jual-jual ni bukan bidang dia. 
Ni aku la dulu-dulu.
Siyes tatau meniaga apa pun.
Bila orang sebut bisnes je , aku lari jauh-jauh. 
Geleng-geleng kepala takmau. 
Alasan: Aku tak nampak diri aku pun dalam bisnes. Siyes ta reti mempengaruhi orang untuk membeli barang yang aku jual. Dan aku kesian kat tuan punya brang yang suruh aku jadi jurujual tu... KAng tak laku.
 Rugi. 


MAsa bekerja dengan call centre McDonalds suatu ketika dulu, 3 tahun lebih kurang aku belajar MENJUAL barang particularly makanan kepada orang. 
Senang je.
McD... sapa tak kenal.
Jual je.
Keje aku mudah.
Jual menda yang memang orang nak beli, dan orang dah tau pun apa rasa McD tu. 
Cuma tugas tambahan aku ialah, selain dari amik order yg customer nak, aku juga disuruh UPSELLING, yakni menggalakkan customer tu beli lebih dari apa yang dia bajet nak beli. 
Dan juga promot apa je yang baru kat McD tu. 



TApi skang...

Sejak aku mengkeceburkan diri dalam perniagaan sendiri aku telah dilatih-latih dan latih. 
Rupanya, aku boleh je berniga.
MEnjual..
I just have no ideas that I do have some qualities that could help me selling and make my business goes easy. 



There are some qualities that we should have in order to success in any business we involved in. 
One of them is

SELLING YOUR SELF. 


Kebolehan menjual diri sendiri ni tak semua orang ada.
Dan ada orang yang sebenarnya dah ada kualiti ni tapi tak sedar pon. 
PAstu, bila orang bagi sedaq, tak ngaku lak tu


Selling Yourself atau Menjual Diri ni bukan cam jual diri kat Lorong Haji Taib tu ek.
Kome pakai seksi-seksi, pehtu tonggek kat cermin keta orang atau pun lambai-lambai je kat keta yg lalu.
Habis bisnes, dapat duit.
Pehtu dapat penyakit plak. 
No no no no... Tamo Tamo.. Bukan itu macam. 


Menjual diri ni adalah A MUST HAVE sebelum kita menjual sesuatu barang atau produk. 
Kalau orang ni ada aura MENJUAL DIRI ni, dia jual spende second hand pun orang boleh terpengaruh nak beli. 
HAAA... setakat skang belum ada lagi la yang ado superpower cemtuh kot? 


KAt bawah ni MAkbed kongsikan sedikit cara MENJUAL DIRI sendiri untuk berniaga. 
InsyaAllah, kalau korang baca dengan nada positif, maka positif la hasilnya. 
BAca cara negatif, risiko tanggung la sniri. 



KENALI KEBOLEHAN DIRI ANDA

Jual diri anda kepada diri anda sendiri terlebih dahulu. 
Kena ada keyakinan.
 KAlau kita tak percaya kat badan kita sniri, hati kita sendiri pun kita ragu-ragu like 'boleh ke tak boleh ni?' atau ' Yeke... orang nak beli ke kat aku..? ' maka anda kena berusaha memperbaiki kepercayaan dan keyakinan ke atas diri anda dahulu. Then baru leh jual barang. 
Untuk kenal diri sendiri pun, tak leh jadi serta-merta ok. Amik masa bertahun jugak untuk discover kualiti diri kita ni. JAdi untuk memudahkan diri kita mengenal diri , MAkbed sejeskan beberapa perkara yg korang leh wat:

1- Cuba bayangkan diri anda as a friend that you lfe to befriended with. Anda bygkan kawan seperti apa yg anda suka, kendian jadilah orang tu. Ce try.. Kalau anda tengok cerminan diri anda sniri pun, anda menyampah , payah citer lah tu kan. 

2 - Tanya orang sekeliling bagaiamanakah anda. TAnya kawan2, apakah yg korang suka kat aku? Dan, soklan gini takleh tanya kat sembarangan orang. Itulah pasal pentingnya kita berkawan denga orang-orang yg positif. Mereka membantu kita menyingkirkan yg tak elok, and bring the good ones inside. 

3 - Sapa yang ada android, galaxy note atau yg sama jenih dengannya boleh lah donlod satu apps ni dipanggil KNOW YOURSELF. Korang jawab kuiz dalam tu jujur-jujur ye. Then, bacalah keputusanya. Aku dah buat dah. Heee...~



BERKETRAMPILAN MENARIK DAN SELARAS DENGAN PRODUCT DIJUAL

Imej adalah penting. 
Imej bukan sahaja berkisar tentang rupa paras. 
Imej ni luas.
Contoh: 
Produk yang ko jual adalah produk kuruskan badan. 
Tapi yang menjual tu nampaknya tak berapa nak kurus. BAdan sihat je cam doremon. So, tak sesuai lah. 
NAsihat saya pada yang nak menjual produk kurus, atau produk kecantikan, pastikan dulu diri sendiri memang dah kurus (atau nampak cam kurus) dan memang takde jerawat di muka, barulah kena trampilannya. 
JAngan jatuhkan air muka sendiri dan don't drag the product along with you. 



JANGAN MALU BERKONGSI

BErkongsilah dengan rakan-rakan. 
Jujur.
 Berkongsilah saat suka, saat berjaya, saat gagal, saat kantoi dengan berjayanya..  
Kongsilah.
KEbanyakkan pelanggan terdiri daripada kawan-kawan kita juga jadi tak apa yang perlu disegankan.
KAlau kita terlampau ego , tak besh jugak.
Jika kawan-kawan kita suka kita , dia tak lokek pun nak share dengan kawan-kawan dia plak. 
SHARING is the best way to connect with your future customers. 
KAlau share menda bajet BEST je pun kang orang kata poyo lak.
Taknak la wat statement yang TOO GOOD TO BE TRUE , kan? 
Life ni ada ups and downs. SO normal la tuhhh....



TAMBAHKAN PENGETAHUAN

Biarlah kita nampak cam tak berapa cerdik tapi hakikatnya kita cerdik.
Seeloknya, always try to look cerdik la. 
TAknak la nampak cerdik, tapi tong kosong saja. 
Banyakkan gi kelas untuk menambah pengetahuan tentang sesuatu. 
Sebab tu la sesetengah perniagaan cam biz Hai O tu especially Premium Beautiful kena commit gi kelas. 
Even I quit my job sebelum ni dan involve ngan Prudential pun semata-mata nak gi training dan kelas. 
Bila kita ada cukup ilmu, keyakinan tu akan otometik terpatri dalam diri. Dan keyakinan sangat penting kalu bab meniaga nih. 
Orang tak beli kat penjual yang bila ditanya tentang sesuatu je kuar jawapan cam ni.."Errr...AAAaaa....Err...Jap ekk... Nak check..." 
Dan jawapan yg diberi tu kena haruslah TEPAT tau.
Taknak salah. 
MAkin HEBAT produk yang kita jual, MAKIN banyaklah ilmu kena belajar.
 Dan MAKIN banyaklah kelas nak kena pegi. 
TAkde yang mudah pun dalam donia ni beb. 
But, berbaloi. 



ALLOW QUESTIONS , YOU LISTEN.

Jangan gentar dengan soklan-soklan cepuklemas future customers and clients anda. 
Dan jangan bebal-bebal jawab soklan apatah lagi komen tentang soklan yg dia utarakan. 
Ingat, jangan buat bakal pelanggan anda nampak bodoh dan merasa dirinya bodoh.
Hormat pertanyaannya dan cakaplah TERIMA KASIH. 
JAwab dengan rendah diri tetapi padat dengan isi penting.
Sebolehnya, explain in the way the customer could understand.
Kalau anda buat presentation , gunalah bahasa yang mudah difahami. 
RIngkaskan.
 JAngan pusing ke laut, guna bahasa grand-grand nak tunjuk kate kita ni educated.
 Misi kita , nak bagi orang paham. 
Orang tak kisah pun anda blajo kat HArvard ke hape. 
YAng penting, presentation WELL DONE!
Dan orang paham. 
Buat presentation orang tak paham, cakap gegar-gegar penat je. 
SIlap-silap orang baling kasut, cam JoshBush tu. KEKEKEKE...~ 



SERVICE
Servis ni bukan tertakluk pada kastemer kita sahaja.
 YAng mana dah beli,baru kita servis.
 Yang tak beli, gi mampus kat dia. 
BUKAN MACAM TU.
Sentiasa open kan 'pintu' supaya orang selesa bertanya dan tak segan nak tanya. 
Dan kepada yang dah jadi customer tu, keep on tanya khabar. 
Minta feedback dan sesekali tanya kalao dia ada masalah atau nak puji ke.... HAHAHA...
 Komunikasi tu kan penting. 
KAlau Makbed lak.. berpegang pada nasihat Leader : SEBOLEHNYA MUDAHKAN ORANG. Jangan buat dia rasa susah apatah lagi menyusahkan dia. 



BE ORIGINAL. BE UNIQUE
Nak jadi yang TULEN ye. 
TAknak berpura-pura menjadi orang lain.
Sebab tu penting to KNOW YOURSELF. 
Kenapa?
Sebab kualiti tak baik dalam diri tu kita betulkan, dan jadikannya lebih baik.
Be original ni kena tonjolkan yang baik aje.
 Sikap dan sifat original tapi yang mazmumah punya takmoh. 
Sebolehnya dibuang jejauh sebab kita taknak impak negatif mencalarkan kredibiliti kita sebagai DUTA barang yang kita jual.
Ingat, menjaga kredibiliti tu samalah juga macam AMANAH ye. 
KAlau kita buat menda tak elok, maknanya kita tak amanah dengan diri sendiri.
Be Unique pulak adalah untuk kita jadi OUTSTANDING berbanding orang lain yang sedia ada.
Al-maklumlah, ramai kot yang berniaga.
YAng jadi agen insurans ada berapa ribu.
Agen Jamu Susuk Dara ada brapa ratus.
YAng jual SD2, Premium Beautiful suma tu ada berapa ramai?
Tu tak masuk dengan penjual tudung dan baju muslimah lagi. 
BANYAK!
KAstemer boleh pegi kepada sapa aje yang dia suka. Itu pilihan dia. KIta takleh marah diorang apatah lagi paksa diorang beli ngan kita. 
JAdi, setiap pelanggan tu dia akan ada kriteria peniaga yg dia suka. 

COntoh:
Peniaga A dan B jual kopok lekor.
Peniaga A jual kopok longgok je kat atas talam. KAstemer nak , pilih sniri boh dalam plastik.
Peniaga B pulak jual kopok lekor, dia tolong masukkan kopok tu ke dalam plastik. SIap tolong bawak gi kat keta lagi. 
Harga sama je. Satu kopok seposen. 
Cuba peniaga B tu vitamin lebih sikit, rajin. 
So... kalau korang nak pilih yg mana?

SOrila.. kalu ngan aku bila nak bagi contoh mesti related ngan makanan. 
HAHAHAHHAHAHAHA.

Kesimpulannya, cari KUALITI DIRI ANDA yang boleh bantu anda stand out atau menyerlahkan diri anda di celah-celah orang yg ramai..... PAham ke ni?



SENYUM
Senyum ni aura segala impak positif. 
Senyumlah. Ikhlas.
Sebab kalau tak ikhlas nanti dipanggil 'gheyih!'
KAlau terlebih senyum plak dipanggil 'meghela'. 
So... Senyum je ikhlas. 
Bersihkan hati. 
HAti bersih, muka pun comel. 
Takyah mekap pun comel da. 





 
Akhir kata, inilah dia antara cara-cara MENJUAL DIRI SENDIRI yang boleh diamalkan. 
Sesuai untuk mereka yang ingin berbisnes untuk jangka masa yang lama. 
Sebilangannya hanya mementingkan keuntungan dan komisen tanpa mengambil kira misi utama berniaga, JAdi, bila tak dapat untung dan komisen seperti yg dijangka, ramai yang berniaga ni tutup kedai dan ada pulak yg menyumpah-seranah dan menyalahkan produk yg dijual. 
Hakikatnya, diri sendiri perlu diperbetulkan. 


Even NAbi Junjungan kita pun membina kredibiliti Baginda berdasarkan sifat-sifat yg baik sehingga digelar Al-Amin. 
Baginda pun berniaga, kan?
Apakah sifat-sifat RAsullah?


Amanah - bukan khianat
Siddiq - Orang yang berkata benar / tak berdusta
Tabligh - Menyampaikan. TAdi MAkbed citer pasal sharing, kan? 
Fathonah - Bijaksana. Tadi ada sebut pasal menambah ilmu untuk jadi pandai. Betui?



Integriti itu sesuatu yang tak mudah diperolehi dan amat sukar dijaga.
JAdi, berusahalah. 
Tiada apa yg mudah di dunia ini.
Even nak mati pun, kena berusaha dengan gigih. 














MArilah kita MENJUAL DIRI SENDIRI.

CHaiyokk! CHaiyokkk!!




Sekianlah ceramah saya pada hari ni.

TErima kasih sebab sudi baca.





Sumber ilmu diperolehi daripada :
How to Sell Yourself (and Why Your Career Depends On it)
5 Unique to Sell Yourself





Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram