Followers

8 Aug 2012

Sahur MAkan Salad aje ...



Alhamdulillah.
Selesai bersahur pagi ni dengan nasik putih , daging masala dan ikan sepat pekasam goreng bersama bawang merah dan cili kering. 
Fuhyoo~
Lauk simple je...
CUma kalau daging masala tu dimakan oleh orang-orang yg senantiasa lalok ketika bangun sahur memang boleh menterkejutkan diorang kembali ke alam nyata. 
Super Pedas.


Lepas bersahur nasik, kami makan salad plak.
HAaa... menu yg sihat untuk orang diet seperti aku. 

















Disebabkan YoguRoom hanya ada kat MAnjung je wat masa la ni, so aku kena lepas geram makan Wall's Selection: Fruit Salad. 
So , Kak Min, plis la consider adakan cawangan tambahan kat Alor Setar. 
Rasanya dah ada satu kedai yogurt aiskrim kat area Tesco Mergong. 
TAk ingat exactly namanya tapi ada Smile-Smile kat belakang. 



Sapa yg belom try Fruit Salad adalah dijemput try. 
Udah namanya eskrim, mestilah sedapkan.
It gives you a new sensation of eating ice cream. 
This flavour tastes amazingly. 


Semalam sanggup gi Giant Souq Al-Bukhary semata-mata nak gi beli eskrim ni jek.
BErkelahi sekejap ngan Alang sebab dia tetiba berpaling tadah tanak beli Fruit Salad bila ternampak Cookies and Cream, satu lagi flavour dari Wall's Selection. 
LEpas aku hentak-hentak kaki berkeras nak jugak, maka dia pon beralah la. HAHAHA~



The defeated face. 



Kebetulan kat tepi souq tu ada la khemah-khemah jual baju raya. 
SO, kami yang suka mengamik kesempatan ni pergi la jenjalan kat situ. 
BAju kurung kain cotton mahal-mahal plak. Dah le tak cun.
HArga mcm kat butik. 
TAk paham aku. 
TApi, jalan sikit lagi aku tetiba nampak satu kedai jual tudung bawal ala-ala Kak Juma itewww...
WOh! Woh!!
TErkinja-kinja sekejap ibarat Oni yang kesukaan kerana dapat gi padang permainan. 
Sebenornye aku memang mengidamkan tudung itu cuma tak sempat nak gi beli.
TAtau plak ada jual online.
Bila nak mengonlinekan diri, website dia dah tutup dah plak. 


Dan paling suka sebab even tudung tu simple, ia nampak sangat cool dan cute, at the same time tudung tu lebar. 
Sesuai dengan kehendak aku yang suka tudung berbidang lebih dari 45. 
Dan tak sarat ngan bling-bling. 
Aku memang ada masalah dengan hiasan batu-batu di tudung sejak kemunculan tudung bawal lagi. 


Aku belikan 2 helai untuk diri sendiri. 
MAybe selai tu nak kasi mak atau Linda. 
Tu pun kalau MAk berkenan..
Sebab rasanya aku ada terdengar MAk nak beli tudung yang kaler cam puding-puding ...Tudung yang warnanya bercampur-campur. 
ALa..cenggitu la katanya.
Korang tau la Mak aku tu... She has so many ways expressing things around her yg hasilnya salu jadi lawak.

Dan aku beli sehelai untuk Shue, gepren si Alang.
Sebab dia selalu tolong babysit ONi dan Wawan bila emegensi. 




Itu saja cerita untuk kali ini.
NAnti maybe ada cerita lagi, insyaALLah. 

HAiya 'ala Solah!
moh kite..


Tengkiut....
Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram